Jom Follow!!!

Monday, December 31, 2012

Bersangka Baik Dengan Allah..

"serius aku frust dengan result aku. Aku pulun study, dapat 6A je? sedih kot."

"kenapa mesti aku yang kena musibah ni? keluarga orang lain best kot. Semua cukup."

"aku tak faham, kenapa dia tipu aku? Khianat aku?"

"bengangnya rasa. Cikgu ni pilih kasih. Aku buat apa semua nampak salah. Budak tu buat apa semua cikgu puji."

Hm. Meh sini duduk sebelah aku diam-diam. Jangan sedihlah. Semua yang berlaku, mesti ada sebab. Ada hikmahnya. Dah dah, jangan menangis. Kadang tu, benda yang menyakitkan kita sekarang, akan menguatkan kita pada masa akan datang. Sabarlah. Kau ada Allah. Percayalah, sekali kita utamakan Allah dalam hidup, kita dapat rasa bahagia tu.

 Nak bahagia di syurga, kenalah rasa sakitnya penjara dunia. Kalau nak rasa nikmat syurga dunia, nanti rasakanlah pula seksa neraka.

Nak tahu satu rahsia tak? Rahsia macam mana para mujahid dulu-dulu sentiasa nampak kental? Sentiasa bertenang walau ditimpa musibah? Rahsianya, mereka dahulukan Allah dalam setiap perkara. Bukan macam kita.

Cuba check balik diri kita.

Bila bangun tidur, mana lagi cepat? Check phone atau baca doa bangun tidur?

Bila dengar azan, masa tu kita tengah online. Mana kita dahulukan? Solat atau online?

Bila tengah marah, mana kita utamakan? Mencarut mengeji atau istighfar?

Bila nampak Al Quran dengan Handphone. Mana kita lebih teruja nak tengok dulu? Phone, atau Al Quran?

Bila tengah syok layan movie, sekali tengok jam dah sesuai untuk solat dhuha. Kita akan pilih solat dhuha, atau teruskan menonton? Dengan alasan, "Ala solat dhuha tu sunat je. Bukan wajib pun."

 Bila terbangun tengah malam, kita choose untuk sambung tidur, atau solat sunat dulu?

Kadang-kadang kita terlampau marah dengan aturan Allah, sampai terlupa, kita lahir ke dunia ni pun atas aturan Allah juga. Betapa sikitnya kita bersyukur, sedangkan kita ada banyak masa yang kita kufur.

*senyum*

Dah dah. Jangan sedih bila ditimpa musibah. Kita kan ada Allah? Dia tak pernah tinggalkan kita. Walau manusia lain jauhi kita, walau manusia lain benci kita, walau manusia lain tinggalkan kita, Allah masih setia bersama kita. And yet, kita masih sibuk nak cari perhatian manusia. Kita rakus nak dapat perhatian manusia, sampai lupa yang Allah sentiasa berikan perhatian pada kita.

Tangan kanan sentuh dada. Tutup mata. Lafazkan, walaupun perlahan.

"Sangka baik dengan Allah. Walau mati ditengah jalan, pasti segalanya sudah tertulis dalam aturan. Bahawa segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang aku sendiri belum tahu. Yakin, Allah itu tak pernah salah."

*senyum*

Terlupa pulak tahun baru dah nak masuk. Apa azam kalian?

Jom kita azam bersama. Kita bangun solat malam. Boleh? Ala kenapa tak boleh? Kita jaga hubungan kita dengan Allah. Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia. Dalam setiap tindakan kita "hablu minnallah" dulu, kemudian baru "hablu minnannas".


Bangun malam, solat sunat. Doakan kejayaan kita. Kita semua, boleh? Aku doakan kamu, kamu doakan aku. Aku doakan ukhuwah kita sampai syurga, kalian doakan ukhuwah kita sekencang dakwah. Amacam? Bersatulah, bersatu kerana Allah! Inilah kisah cinta kita. Kisah cinta kita, berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.

Bila nampak ada yang terjatuh, walaupun baru saja berazam tahun baru, janganlah cepat mengutuk. Bantu, kawan. Bantu. Andainya aku jugak jatuh, tarik aku. Begitu juga sebaliknya.

Jom kawan, amalkan baca Al Quran paling kurang sehari satu muka surat. Jangan baca saja tapi fahamkan. Amalkan sentiasa berwudhuk. Jom kawan, kita berukhwah sampai syurga.

Takmil wa istikmal gitu boh! Jom kawan, lari sama-sama dengan aku di atas trek dakwah ini! Lari jauh-jauh dari jahiliyah! Cepat kawan, masa kita tak banyak, dah singkat!

SAYONARA JAHILIYAH! KAMI BERLARI MENUJU MARDHOTILLAH!

OHAYO TARBIYAH! KAMI DATANG UNTUK BERSIHKAN DIRI DARI KARAT JAHILIYAH! NAK BINA GENERASI HARAPAN UMMAH!









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
best entry ni.syukran jiddan ya ukhti.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .