"Fifah nanti awak tolong buat ek kerja tuh, awak dah faham kan."
"InsyaAllah.."
"Jangan la insyaAllah, yakin buat"
"Ye saya cuba, insyaAllah...."
"Yakin sikit......"
"Ye saya cuba, kalau saya tak tahu atau kurang faham saya akan tanya yang lain. InsyaAllah saya akan cuba buat..."
------------------------------------------------------------
Sejak bila
pulak kalau kita cakap insyaallah, maksudnya kita tak yakin tak serius? Bukan ke kalau
kita sebut insyaAllah tu, maksudnya kita kembalikan segala pergantungan tu pada
Allah? Sepatutnya bila kita sebut insyaAllah, kita akan lebih semangat untuk laksanakan.
Sebab kita berjanji dengan nama Allah.
"Dan janganlah
sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'Aku pastikan melakukan itu
esok pagi,'. Kecuali dengan mengatakan Insya Allah..."
Cuba teka ayat ni dalam surah apa.. ?
Semalam baru kita baca surah ni, ingat tak ?
Semalam hari jumaat kita baca surah ni... :')
Surah Al Kahfi, ayat 23 dan 24
Ok sambungan ayat ni apa ?
"Dan ingatlah
kepada Tuhanmu apabila engkau lupa, dan katakanlah 'Mudah-mudahan Tuhanku akan
memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat kebenarannya daripada
ini."
tengok Allah dah jelaskan dalam ayat
Quran..
Tapi zaman sekarang ni
orang salah tafsirkan maksud insyaAllah tu sendiri. Bagi mereka, kalau tak confirm,
baru sebut insyaAllah. Kan?
Bila rasa macam
taknak janji. Bila rasa macam taknak buat sesuatu perkara, baru nak sebut insyaAllah. Ada tu siap guna lafaz InsyaAllah sebagai tiket untuk mungkir janji.
Maka mulai hari ni,
sebutlah Insyaallah. Tak rugi pun. Tak mati pun. Tak sia-sia pun. Tak buang
masa pun.