Jom Follow!!!

Monday, February 27, 2012

Kenapa Saya Berblog ?


 Salaamun 'ala manittaba'al huda..

ada waktunya untuk menulis sebaris ayat pun terlalu sukar, tatkala kekontangan cetusan ilham dan idea. Walau segenap usaha diperah, semakin buntu jadinya. Itulah yang sering berlaku dan menjadi kebimbangan yang amat menghantui. Tidak dinafikan, bukan mudah untuk menulis dengan akal yang lemah dan terbatas ini...

namun, kebimbangan ini saya redakan dengan keyakinan dan kesedaran bahawa cetusan ilham adalah milik mutlakNya. Hanya Dia yang boleh memberikan kepada sesiapa yang yang dikehendaki. Kerana itu seringkali saya berdoa :

“Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, ajarkanlah kepada diriku apa yang boleh dikongsi bersama para hambaMu yang lain, dan jadikanlah ia sesuatu yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala-galanya...”

sesungguhnya kemampuan untuk menabur budi, memberi sesuatu kebaikan kepada manusia lain, hanyalah semata-mata dengan keizinan-Nya. Allah menegaskan di dalam firmanNya :

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana mengatur sebarang perkara yang dikehendaki-Nya).” (al-Insan:30)

justeru, saya menulis dan terus menulis dalam bertatih...

pernah suatu ketika dahulu seorang sahabat saya bertanya, kenapa saya berblogging..apa yang saya boleh dapat dengan hanya berblog?

 keinginan hanya satu, mahu berkongsi seberapa banyak kebaikan. Mungkin ia hanyalah coretan yang sangat kerdil jika mahu dibandingkan dengan karya-karya mereka yang dikurniakan limpahan lautan ilmu yang luas. Sejujurnya saya mengakui.

hari ini saya melihat, andai hanya ada seorang daripada ribuan pembaca subuhmenjelma yang mendapat manfaat daripadanya, sememangnya ia amat bermakna dan merupakan nikmat yang besar bagi saya. Tiada lafaz sebaiknya yang mampu saya ucapkan melainkan dipanjat kesyukuran yang tidak terhingga.

"Ini adalah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk menguji adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenang nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka sesungguhnya faedah syukur itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan barangsiapa yang ingkar, (maka tidak menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah." (an-Naml: 40)

seringkali pula saya memikirkan, siapalah saya... Siapalah saya untuk menyampaikan tinta-tinta nasihat, layakkah saya sedangkan ilmu yang dimiliki tidak setinggi mana, malahan saya amat merasakannya ketika muhasabah diri dalam keheningan, saya punya kelemahan dan kekurangan yang amat ketara sekali. Diri ini sentiasa bergelut di antara taat dan ingkar, ingat dan lupa. Hakikatnya berterusan tewas dalam kelalaian dan kelekaan.

ada juga sahabat-sahabat yang tidak dikenali hadir mencoretkan rasa terima kasih kerana berjaya membangkitkan semangat dan kekuatan diri dek tulisan di subuhmenjelma yang biasa ini. Apa yang saya rasakan, teruja? Malu sendiri? Keliru? Ya, semua itu bercampur baur, sehinggakan saya terasa seperti bersalah pada diri sendiri. Sepatutnya saya yang terlebih dahulu mengambil peringatan dan manfaat hasil dari coretan itu.

namun, niat saya hanya satu, ingin berkongsi kebaikan. Saya tahu, selama mana kita istiqamah dengan usaha menyeru kepada ketaatan kepada Allah SWT, sama ada melalui lidah ataupun pena, ia pasti akan menjadi sebahagian dari amal soleh di sisi-Nya.

lebih dari itu, seandainya kita berusaha membantu orang lain dengan kemampuan yang ada, insya-Allah, Dia pasti akan membantu tatkala giliran kita pula dirundung kesusahan.

percayalah.....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 23, 2012

Kenapa Saya Baca Solusi ?


"fa beli majalah apa tu..... ?"

"solusi......"

"macam ustazah la plak, beli solusi................"

hanya tersenyum mendengarnya....

kenapa setiap bulan, saya beli solusi ?

kenapa setiap bulan, saya akan ketepikan sedikit duit untuk membeli majalah ini ?

membaca solusi kadang-kadang mengetarkan jiwa saya...

menyebabkan saya berada  dalam khayalan akibat penangan majalah ini...

terasa masa seperti terhenti apabila saya membeleknya...

sedar-sedar sudah sejam dua saya menyelak dan membaca...

merenung dan menilai helaian demi helaian majalah ini...

membaca solusi ibarakan saya seperti sedang menghadiri bulatan-bulatan halakah...

seperti sedang duduk dan berhadapan dengan mereka yang berilmu...

dengan membaca solusi, semangat saya mula kembali apabila saya dalam keadaan sedih dan resah...

dengan solusi terasa kadangkala saya diajar dengan penuh kelembutan dan disergah dalam keadaan senyuman... =)

 syukran kepada sahabat yang memperkenalkan majalah ini kepada saya ^^,

solusi terbaru isu no 40
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 18, 2012

Bukan Mudah Menjadi Penulis Yang Baik~


Salaamun 'ala manittaba'al huda..

menulis atau bercakap, jika tidak "dihadirkan" Tuhan, segalanya bagai tiada erti...

 bagaikan jasad tanpa roh. Tiada nyawa. Tiada deria. Tiada rasa....

saya seorang penulis (blogger). Alhamdulillah, Allah kurniakan sedikit bakat untuk menulis. Juga minat dan keinginan. Namun saya sering menegur dan mengingatkan diri sendiri, betapa susahnya untuk menjadi seorang penulis yang baik....

ia cukup-cukup sukar....

penulis yang baik, tidak lahir sekadar dari kursus-kursus dan bengkel-bengkel penulisan...

penulis yang baik, tidak menjelma dari sekadar keindahan lakaran-lakaran sastera yang puitis...

penulis yang baik, tidak menjelma dari sekadar keindahan lakaran-lakaran sastera yang puitis...

penulis yang baik, bukan penulis yang hanya mampu menulis...

bahkan lebih dari itu, penulis yang baik sebenarnya adalah penulis yang mampu merawat hati-hati manusia...

tulisannya, adalah ubat kepada hati yang membaca...

dari mata, ia turun ke hati. Meresap jauh ke dalam sanubari, mengocak tasik keinsafan seterusnya mencetus keinginan dan tekad untuk melakukan perubahan dan penghijrahan. Dari gelap kepada terang. Dari maksiat kepada ibadat. Dari dikir kepada zikir....

itulah penulis yang paling baik....

ungkapan nasihat dari seorang murabbi berjiwa besar, Al-Fadhil Ustaz Subki Abdur Rahman sentiasa segar di pendengaran. "kata-kata dari hati yang tidak baik tidak akan mampu meresap dalam hati-hati yang mendengar "

adakalanya saya menulis tentang cinta. Tentang soal hati. Tentang segala hal yang berkaitan dengannya, yang begitu rapat dengan dunia remaja dan anak muda seperti saya...

menulis tentangnya bukan mudah, lagi-lagi saya merupakan anak remaja yang baru berusia 22 tahun...

silap tulis, berbicara tentang fitrah boleh menjadi fitnah....

"banyak lagi benda lain yang perlu ditulis selain pasal cinta"

 "asyik cakap pasal cinta, bukan mendidik ummah ke arah agama"

menyambutnya dengan senyuman. Dengan jiwa besar...

namun menyanggahnya sebagai "bahan tazkirah" sudah tentulah suatu perbuatan yang sangat rugi...

bersyukur kerana masih punya hati. Dan hati itu, Allah masih berikan "nyawa" untuk terus hidup...

lantas menggamit jiwa raga saya untuk merenung topik ini. Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi penulis yang baik...

menulis tentang cinta contohnya....

adakah sekadar untuk menambahkan "sampah sarap" dalam otak para remaja seperti saya ?

adakah sekadar "perisa tambahan" untuk meningkatkan keobsesan para anak muda seperti saya kepada kalimah cinta ?

saya tegas menjawab tidak....

saya pernah menukilkan satu masa dahulu. Menulis atas tajuk apa sekalipun, jika matlamatnya adalah untuk merawat hati manusia, ia adalah suatu dakwah yang susah. Tiada hamparan permaidani merah dan tiada laluan yang indah-indah....

ia adalah kerja. Tanggungjawab. Kemestian....

ada idea, ada bakat, ada kreativiti, ada minat, jika tidak disalurkan demi manfaat agama dan ummah, di akhirat kelak menjawablah di hadapan Allah SWT...

zikir yang mencetus fikir. Fikir yang lahir daripada zikir....

mengajak manusia mengenal Allah dan menjernihkan hati.....

seruan-seruan yang menjadi ubat kepada hati....

sesungguhnya penulis yang baik bukanlah penulis yang hanya berbicara dengan otak pembacanya, jauh sekali dengan hawa nafsu dan keinginan pembaca semata-mata. Sebaliknya tintanya adalah penyembuh yang cukup berharga kepada hati-hati yang sedang sakit.

kembali merenung, saya disapa kesayuan....

situasi sukar menerima solusi yang dilontarkan, masih tidak faham-faham meskipun telah berulangkali dijelaskan, berdegil untuk melakukan perubahan dan masih berdolak dalik dengan sejuta alasan, semuanya sukar diatasi apabila penawar kepada hati gagal diberi....

semuanya berpunca daripada kesempitan jiwa. Lebih malang, jika kesempitan jiwa itu puncanya dari pengabaian kepada peringatan-peringatan Allah. Sebagaimana Firman Allah SWT
  
Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya bagi dia kehidupan yang sempit, dan Kami akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta. ( Taaha : 124 )

kita kepenatan bercakap dengan otak pesakit, akibat kegagalan kita menyuntik ‘roh’ ke dalam jiwa pesakit tersebut....

saya sedar, di alam maya, saya bertemu dengan ramai pesakit....

 mereka boleh jadi sengaja datang atau tidak sengaja "terjumpa" dengan saya di subuhmenjelma ini. Namun pokok pangkalnya, mereka sedang mencari ubat dan penawar kepada penyakit masing-masing...

Ssya menginsafi bahawa saya masih belum mampu menyediakan penawar yang terbaik kepada para pesakit tersebut....

interaksi dengan hati, saya kira masih lemah....

sekaligus menjadi cabaran terbesar untuk saya merealisasikan impian ke arah menjadi penulis yang baik...

masih banyak yang perlu saya selami tentang selok belok jiwa manusia...

tetapi sebelum itu, sudah tentulah jiwa penulis sendiri yang perlu diteroka....

kekotoran dari jiwa penyampai, kesannya menghijab jiwa pendengar...
  
saya mohon dijauhkan dari ujian yang tertimpa ke atas sebahagian penulis. Apabila mengira telah mendapat sedikit nama, kemuliaan dan sanjungan, maka terus merasa bangga, gembira dan tinggi lagaknya...

sedangkan hakikatnya, kemuliaan itu hanya datang setelah Allah menutupi segenap keaiban yang kita ada...

semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita...

semoga Allah berikan rahmat dan hidayahNya kepada kita semua...

semoga setiap amalan baik yang kita lakukan mengundang belas kasihan dan maghfirahNya...

menjadi penulis yang baik, ia bukan sekadar cita-cita....

ia adalah bukti sebenar sebuah CINTA.....

kalau saya menaip nama beberapa individu di google atau yahoo, dan nama mereka keluar sebelum sempat habis saya taip lagi nama mereka, dan betapa banyaknya blog/website yang menceritakan perihal mereka, saya rasa kagum. Masa itu hati saya terdetik :

"nanti kita ada kemungkinan jadi macam merekakah ?"

cita-cita ingin menjadi penulis muda seperti hilal asyraf...

semoga satu hari nanti saya jadi seperti mereka....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 11, 2012

Aku Sayang Kamu Dengan Caraku Sendiri ✿◠‿◠♥

Salaamun 'ala manittaba'al huda...

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (3:31)

kepada dia bakal suamiku yang ku tidak ketahui siapa...














(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu) (2:165)

jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri..

sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan Dia menunaikannya dengan caraNya yang tersendiri....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 7, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H...


Salaamun 'ala manittaba'al huda...

tak terlambat rasanya nak ucap Salam Maulidur Rasul 1433H...

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad....

bukan hari tertentu saja yang kita kena selawat ke atas nabi, tapi setiap hari...

jangan kedekut untuk selawat ke atas Baginda SAW...

takut-takut Baginda SAW jugak kedekut untuk memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak..

Sabda Rasulullah : "orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."

dan ikutlah sunnah Baginda SAW...

dan jika tak dapat buat semua sunnahnya, janganlah di tinggalkan semua...

perbualan dengan salah seorang sahabat saya...

"fa, kenapa hang pakai cincin ?"

dengan wajah kehairanan saya bertanya semula "kenapa ?"

"tak la hang kan tak tunang lagi, kahwin apatah lagi..hang dah pakai cincin, cincin mas pulak tu, susah tahu dak orang laki nak tahu hang dah berpunya ka belom..."

senyum ^_____^ sambil jawab di dalam hati "pemakaian cincin itu sunnah nabi dan sebagai kaum hawa saya ingin mengelakkn gangguan daripada adam yang ingin permainkan hati saya, jika benar adam inginkn saya ikutlah sunnah nabi dengan terus berjumpa ibu bapa saya.. ^^, "

"iisshhh dia ni, senyum plak dah..aku dok tanya hang ni..............."

perbualan ini, terhenti di situ....

*************

“nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari :
--->  jari manis
---> jari kelingking (anak jari)

dan janganlah memakai pada jari
---> jari tengah
---> jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

p/s : cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 1, 2012

Tunggu Sempurna Baru Boleh Bagi Nasihat ?


Salaamun 'ala manittaba'al huda...

perbualan antara saya dan sahabat di pejabat :

"jom solat, dah zohor.."

"hang solat la dulu, aku tak solat..banyak kerja nak kena siap ni"

"hang tak solat ? apa sebab hang tak solat ? hang kan lelaki, kalau perempuan aku paham la.."

"hang pi la solat, aku banyak benda nak kena buat ni..hang tak payah tunjuk baik ngan aku..aku tahu la nak buat"

"maaf la kalau aku kasar tegur hang ni, kita ni kalau gaji 10 ribu pun, pangkat tinggi macam mana pun atas dunia ni kalau tak solat, tak guna juga..Allah tak redha apa yang kita buat. hang kena ingat kita ni hidup, bukan selama-lamanya, akhirat menanti kita. buat bekal di dunia, bekal akhirat tak ada, tak guna jugak. walaupun aku baru kerja kat sini tapi sebagai sahabat seislam aku wajib tegur hang.."

kalaulah kita sukar terima nasihat dari orang and pandang pelik dekat orang yang selalu mengajak kepada kebaikan and then said; “alah, kau tu macam lah baik sangat.” Then, adakah kita harus menunggu sampai semua orang perlu jadi baik 100% untuk saling menasihati antara satu sama lain. adakah itu kriterianya dan baru LAYAK bagi nasihat dan supaya tidak dipandang "bajet bagus" ?

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." -Hassan Al Basri-

seperkara that we should know, everyone is not perfect to be a perfect. Hanya Allah yang Maha Sempurna. We keep doing mistakes even seribu kali pun diberi peringatan. Sebab kita human being yang of course ada cacat celanya. Cumanya, cuba tanya sekejap pada diri. Apakah reaksi kita sewaktu diajak melakukan kebaikan ? Apakah respons kita apabila sedang dinasihati apabila telah melakukan kesalahan ?

"come on, nak ceramah pergi masjid lah"

 kita sebenarnya terlupa, hakikatnya memang manusia yang mengajak kita melakukan kebaikan, kenyataannya memang manusia yang menasihati kita tapi actually, Allah yang sedang berbicara dengan kita tanpa kita sedar. Adakah kita sedang sombong dengan pencipta kita ?

kadangkala Allah menegur kamu melalui lisan pengkritik yang pedas. Jiwa kamu akan rasa persoalan, apakah kamu menyambutnya dengan perubahan atau sekadar menghentam semula pengkritik yang Allah hantarkan ?

Allah sayang kepada kita. DIA sentiasa melihat kita, apabila DIA mula nampak kita sudah semakin berubah, contohnya dek kesibukan kerja, kita mula renggang tak solat, kita mula jarang baca al-Quran, maka Allah hantarkan seseorang untuk datang memberi peringatan kepada kita yang terlupa. Kita terlupa bahawa kita hidup di dunia ini adalah sebagai hambaNya. Tidak layak sombong kepada Dia walau sedikit pun.

apabila kita sedang menasihati orang lain, secara automatiknya diri kita juga turut dinasihati. Means, saling berpesan antara satu sama lain di samping memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Itulah hikmahnya. Memesan sambil dipesan, memperbaiki sambil membaiki. So macam mana pula bagi si pemberi nasihat yang sering mengalami penolakan ?


Rasulullah s.a.w juga pernah mengalami penolakan. Lebih hebat dari kita. Memang diakui, sedih kerana ditolak, kecewa apabila kita memberi peringatan namun, dibalas sepi. Kita harus tahu, hidayah itu milik Allah. Dia berikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan menarik kembali dari sesiapa yang Dia mahu. Kita cuma menyampaikan, selebihnya terserah kepada individu tersebut untuk menerima.

Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Al-Qasas:56).

 dalam memberi peringatan, bersedialah untuk menerima kekecewaan, kuatlah menghadapi penolakan dan tentangan. Itu perkara biasa. Tidak semua mudah menerima keindahan kebenaran dan mudah juga mengamalkan dosa yang menjadi kebiasaan. Well, just keep praying for them, agar Allah memberikan mereka hidayah untuk menerima nasihat. InsyaAllah.  #Peringatan buat diri sendiri terutamanya. =)
  
p/s: update masa cuti-cuti je. selamat bercuti kepada warga wilayah persekutuan. =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .