Jom Follow!!!

Monday, August 22, 2011

Menangis Dalam Hujan..



biarkan diri menangis dalam hujan agar tangisannya tidak kelihatan....

biar hanya Allah yang Maha Mengetahui bukan sahabat handai...

biar terpaksa menangis sendiri asalkan manusia sekelilingku kegembiraan....

biar kamu kesesakan tapi kamu tahu bahawa Allah itu ada....

manusia di sekelilingmu tidak mampu membantu kamu sembuh tapi Allah itu ada pengubat segala keracunan hati...

bertahajudlah pada Dia mohon agar dikuatkan hati  menerima takdir...

bukan semuanya yang kita mahukan akan kita perolehi...

mengadulah pada yang sudi, Ya Rahman, kerana dia punya pelbagai solusi hati...

jadi mengapa mahu menangis sendiri dan merasa sunyi sedangkan engkau punya Allah di hati...

Dia tak akan pernah menginggalkan dirimu sendiri di saat ramai manusia meninggalkanmu...

di keheningan malam tafakur di kesyahduan...

merindui janjiMu Tuhan...

bantuan di perjuangan...

ku titiskan air mata taubat segala dosa..

moga terangkat penghijab kalbu antara Kau dan aku..

Ya Allah ya Tuhanku...

ku sujud pada kudratMu..

ku serahkan jiwa ragaku...

pada takdir iradatMu..

pimpinlah daku dalam redhaMu..

kasihi daku dalam rahmatMu..

hanya padaMu  Ya Allah aku mengadu...

kuatnya kita adalah apabila kita dekat dengan Allah kerana Dialah pemilik segala kekuatan..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Kak iman said...

tiada yg lebih pedih n perit jika dibandingkan dgn ujian allah
tiada yg lbh mnis jika d bandigkan dgn ganjaran sabar
pape pon yg terjadi maka hanya 1 je
kite kmbli padaNYA
(^_^)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .