Jom Follow!!!

Tuesday, June 28, 2011

Satu Cinta...



ku memohon dalam sujudku padaMu..

ampunkanlah segala dosa dalam diri..

ku percaya Engkau bisa meneguhkan..

pendirianku… 

keimananku…

Engkau satu cinta..

yang selamanya aku cari..

tiada waktu ku tinggalkan..

demi cintaku kepadaMu..

walau seribu rintangan...

kan menghadang dalam diri..

ku teguhkan hati ini..

hanya padaMu..

ku pasrahkan…

Oh Tuhan…

 selamatkanlah hamba ini..

dari segala fatamorgana dunia..

Oh Tuhan… 

jauhkanlah hamba ini..

dari hidup yang sia-sia....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, June 27, 2011

Blogger itu Pendakwah..


saya terjun dalam dunia blogging juga merupakan hasil aspirasi daripada sahabat yang menggunakan perantaraan blog untuk menyebarkan kebesaran Ilahi...

 tidak jemu menulis dan berkarya..

 menonjolkan keindahan islam itu sendiri..

 sama ada peringatan buat diri sendiri atau orang lain...

 sedari itulah saya mula menyedari bahawa blogger itu adalah pendakwah...

saya mula berminat untuk menceburi bidang ini..

maka terhasil lah "subuhmenjelma"..

sekurang-kurangnya ilmu yang saya ada saya boleh kongsi..

ataupun saya singgah mengutip mutiara ilmu daripada sahabat blogger yang lain..

bertambahlah ilmu saya dari sehari ke sehari..

walaupun sahabat blogger ini hanyalah sahabat alam maya sahaja..

tapi kami boleh berkongsi ilmu...

Menulis Kerana Allah
kalau pembaca di sini belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini, biar saya menjadi manusia pertama yang bertanya :
"Apa tujuan utama saudara/ saudari berblog?"
jawapan yang diberikan mungkin pelbagai mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula dikurniakan ilham untuk menulis di blog...
 mungkin kerana minat menulis dan berkarya, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka...
tetapi satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya. Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger...
"Sahaja aku berblogging kerana Allah Taala"
atau
"Sahaja aku menulis kerana Allah Taala"
Pengisian yang Berisi
tidak kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita, sama ada berbentuk Islami, motivasi, peribadi, perkongsian hidup dan pengalaman, perniagaan atau apa sahaja, andai niat kita adalah kerana Allah, Insya-Allah pasti mampu memberi manfaat dan bererti kepada para pembaca. Pasti ada unsur keindahan Islam yang dapat kita ketengahkan kepada para pembaca...
andai kita menulis soal kehidupan diri kita, selitkan nilai dan pengajaran di sebalik perkara kebaikan atau kesalahan yang pernah kita lakukan, agar para pembaca dapat mengambil iktibar daripada penulisan kita. Bukan berniat berbangga dengan kebaikan, apatah lagi berbangga dengan dosa dan maksiat yang dibuat...
andai kita meminati bidang fotografi, dan sering berkongsi gambar yang diambil bersama pembaca di blog, itu juga mampu membuat para pembaca berfikir sebentar, bahawa betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa agungnya Dia yang Mencipta segalanya...
jika kita menjalankan perniagaan melalui blog, berniagalah dengan cara Islam. Tiada riba dan unsur penindasan. Tiada unsur penipuan dalam perniagaan. Jika menjual pakaian, biarlah menutup aurat. Andai menjual makanan, biarlah halal dan berkhasiat. Insya-Allah, selain keberkatan dalam berniaga, pastinya ada saham kita di akhirat, kerana mungkin ada pembaca atau pelanggan, atau tidak kurang juga pesaing perniagaan kita yang mempraktikkannya dalam perniagaan dan kehidupan mereka...
Islam itu indah bukan ?
"Islah Nafsak wad'u Ghairak."
"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."
Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain.
Bukan :
"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"
"Perbaiki dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."
jelas bukan, kita semua dituntut berdakwah. Kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah. Cuma, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini, atas tiket seorang blogger...
Buang pemikiran:
"Aku bukan ustaz."
"Aku bukan ustazah."
"Aku bukan baik sangat pun."
"Isy, seganlah. Nanti buat salah sikit orang tegur."
buang, lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah s.a.w. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana...
berdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain... =)
terima kasih kepada sahabat yang dicintai Ainul Elmy kerana anda pintu hati saya terbukak menjadi seorang blogger..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 26, 2011

Contengan Jalanan...

pertanyaan si kecik yang comel...


qistina : kenapa akak baca buku terbalik ?

fifa : hanya senyum...

qistina : buku apa ni ? contengan jalanan.. novel ek ? buku cinta la tu...

fifa : dalam hati -ewaahh si kecik ni..pandai pula mengomen..macam orang tua...-

qistina : kenapa diam..betul la tu buku cinta...............hehehehe....

fifa : hanya senyum...

qistina : isshhh malas la nak cakap..bukan nak jawab..jom tolong ina main game cari-cari ni...

apa yang saya nak cuba nak sampaikan ?

saya baru aje habis baca buku Contengan Jalanan....

buku apa tu ?

Contengan Jalanan by Hlovate...


saya cuma nak cakap...

saya terima banyak sekali bahan untuk membuat refleksi diri bila baca novel ni...

CONTENGAN JALANAN...

sebuah kisah kehidupan yang diconteng dalam perjalanan mencari TUHAN..

sebuah kisah yang mungkin membawa anjakan paradigma kepada anda yg betul-betul menghayatinya...

"the man who decided to change on the twelve hour,die on the eleven"

besar ertinya kepada mereka yang faham...


apabila kita kenal Allah kita akan jatuh cinta...

daripada seorang yang tidak tahu apa-apa sehinggalah dia berubah apabila dia mengenal Allah..


 subhanallah....


 hati manusia ni Allah yang pegang....

 bila Allah nak dia jadi baik, memang dia akan jadi baik....

 hidayah Allah datang tiap saat...

 dan tiap saat juga kita lihat ada orang mengabaikan dan ada pula yang ambil petunjuk hidayah tu...

 bila manusia buat keputusan untuk menerima hidayah maka Allah akan baiki hati dia...

 Allah akan pusing hati dia 360 darjah....

 Dari kiblat yang mengadap Hollywood, boleh jadi kiblat dia kembali mengadap masjidilharam....

 tak mustahil Allah akan buktikan bahawa kita boleh jadi manusia paling rugi...

 kalau kita jadi orang yang mengabaikan hidayah itu...

kalau nak buang tatu pada kulit pun dah pedih, nak buang tatu dosa pada hati mesti akan jadi lebih pedih..

rasanya memang berbaloi untuk berubah..

 sebab kita tak tahu bila kita akan mati...

 tak rugi pun jadi baik sekarang..

  the man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh...

Kalau nak berubah, jangan tunggu pukul 12...takut-takut pukul 11 ajal sampai....

mungkin kita lah yang 11th tu. Regretting life? Will be...

" bukan mudah untuk berubah..dari tanpa arah ke sejadah..dari tepi jalanan ke sujud menghadap Allah.."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, June 25, 2011

Haramkah Ustazah Pilihan ?


secarah SAH Astro Oasis telah pun selesai buat perasmian rancangan realiti terbaru iaitu Ustazah Pilihan yang bermatlamatkan pencarian ikon muslimah dan pendakwah dikalangan wanita....

 rancangan ni telah pun dirasmikan oleh Ustazah paling popular di Malaysia tak lain dan tak bukan Dr Mashitah Ibrahim...
bakal ditayangkan pada jangkaan bulan Oktober 2011..

konsepnya lebih kurang imam muda...
10 orang peserta...
ada matapelajaran tertentu cuma ianya melibatkan kesemua krew wanita, mursyid wanita @ mursyidah..
penonton yang datang juga adalah dikalangan wanita sahaja....
 tumpuan mereka adalah isu isu wanita masa kini...
 penerbit juga menjanjikan ianya berlandaskan syarak....

tapi disini saya bangkang sebangkang-bakangnyanya mengenai rancangan ini...

kenapa ?
 
Al-Quran :

“dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(An-Nuur:31)

 Hadith :

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita."
(Riwayat Al-Bukhari)

Pendapat Ahl-Bait : Saidatina Fatimah

"Perempuan yang baik itu adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"
--yakni selain mahramnya---

Jadi fitnah wanita pada hati lelaki secara umumnya...:

 Suara Wanita (nada)..
 Senyuman wanita..
Lenggok jalan..
* semua ini akan berlaku dalam siaran ustazah pilihan kan ?

 merujuk balik kepada dalil yang diberikan..
sememangnya jelas dinyatakan bahawa perempuan itu adalah fitnah bagi lelaki...
 islam amat menegaskan kepada penjagaan diri muslimat itu sendiri, apa jua jalan yang membawa kepada fitnah haruslah dihindarkan...

kenapa JAWI menyetujui program ini ?
saya meneka bahawa mungkin disebabkan dakwah yang ingin ditonjolkan kepada masyarakat dan membina idola yang tersendiri daripada kalangan muslimah untuk para remaja. Namun, apa yang perlu kita tekankan disini adakah perkara ini bersesuaian dengan syarak dan fitrah utama kejadian wanita itu sendiri ?

niat tidak menghalalkan cara..
  walaupun tujuan dakwah yang diketengahkan itu amat baik dan menarik..
 namun cara atau kaedah yang digunakan iaitu dengan menampilkan wanita di khalayak umum bukanlah suatu kaedah dan cara yang terbaik...

 sesuatu perkara apabila ia sempit maka akan melapang, apabila terlalu lapang maka akan menyempit...

bermaksud selama ini, dakwah dilihat menyempit dengan program di masjid dan surau, lalu cuba untuk dibesarkan, seperti akademi al-Quran dan Imam muda. Apabila sudah dibesarkan, maka keterlaluan pula sehingga akan tersekat semula. Kenapa? Kerana apabila sesuatu perkara itu sudah semakin masyhur maka kebiasaannya akan menjadi “lari” dari landasan yang sebenar. Oleh itu, Islam menganjurkan kesederhanaan..

Saya berpendapat dengan melihat kepada situasi dan realiti masyarakat kita pada masa ini, mengadakan rancangan “ustazah pilihan” adalah “terlalu luas” yang melanggar kepada hukum asal syarak itu sendiri...
 Ia lebih banyak menjuruskan kepada fitnah berbanding dengan menyebarkan dakwah...
 Meskipun diselia dan diuruskan oleh staf perempuan..
 namun penontonnya mesti ada lelaki kan ?
 jika penontonnya semuanya PEREMPUAN..
 maka saya akan amat menyokong..
 tapi hakikatnya bukan begitu...
 saya berpendirian bahawa adalah tidak wajar malah sangat tidak bertepatan dengan syarak untuk melaksanakan program “Ustazah Pilihan” buat masa ini......

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, June 24, 2011

Pelupa...

Bismillahirrahmanirrahim...

situasi ni yang selalu berlaku pada kita termasuk la saya sekali..hee...

lagi-lagi time tengah study..

selalu je jadi...

ni lagi dua minggu nak habis cuti sem...

memang kena jaga makan balik...

pesan mak...

jangan makan paru kerap sangat...(paru lauk paling saya suka)

jangan makan benda-benda yang boleh lemahkan daya ingatan...

jika tak...cam ni la jadinya....



even bukan waktu study pun..

boleh lupa....




tapi selalu je bagi alasan dekat mak...

usia adik makin meningkat macam ni la...asyik lupa je...hee...

sebab tu lah manusia perlukan organizer, reminder ke dan sewaktu dengannya....

termasuklah saya sediri...

wajib ada benda alah tu...

sebab kita memang asyik terlupa...

terlupa yang ada assingment..

terlupa ada kuiz atau test...

memang jadi gelabah la time tu kan...

 terlupa letak barang-barang berharga dekat mana...

sifat manusia memang pelupa.....

 manusia berasal dari perkataan al-Insan kata akarnya nasiya (lupa)...

tapi kita jangan pula terlupa...

bahawa sewaktu kita di alam rahim dahulu, kita pernah berjanji dengan pencipta kita...

 bersetuju menjadi hamba-Nya....

 kita ada perjanjian dengan Nya...

Allah berfirman..

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka, dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):’Bukankah Aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab: ‘Benar, (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.’ (Kami lakukan yang sedemikian itu) agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan : ‘Sesungguhnya kami (bani adam) ialah orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).” (al-A’raf 7:172)


jika kita sering ingat terhadap satu perjanjian yang pernah termaterai antara kita dengan Allah..


 kita akan cepat sedar diri even iman kita sering tu turun dan naik...

 kita kalah sendiri dengan perbicaraan hati...

 sekejap hati membisikkan kebaikan sekejap lagi nafsu pula datang merajai diri...

 sukar untuk mengawal diri...

 namun jika Allah menjadi tujuan utama cinta teragung bagi diri kita sendiri..

 insyaallah segala yang payah menjadi mudah..

 segala yang mustahil akan menjadi realiti...

 indahnya hidup dalam peraturan Allah...

 hati seluruhnya diselerahkan kepada-Nya.... =)

p/s : sahabat poli shah alam jangan buat-buat lupa cuti sem dah nak habis...heee...~

 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 23, 2011

Hati...



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَ الرَّحِيم


dah lama rasanya tak update subuhmenjelma ni..
akibat terlalu sibuk dengan final projek sem akhir...
rasa rindu pulak dekat subuhmenjelma...
rindu untuk mencoret rasa di dalam hati ini..

duhai hati.....
jika engkau terluka....
janganlah engkau terus lalai...
dan tenggelam dalam lautan lukamu itu....

jika engkau menangis...
tangisanmu akan dikira...

jika engkau tersiat dengan perbuatan manusia padamu...
biarlah...
Redha segala ketentuanNya....

ketahuilah...
ALLAH ingin mengujimu.....
itu teguran ALLAH buat dirimu yang sering alpa dan leka..

duhai hati...
usah dibiarkan dirimu dipenuhi dendam kesumat....
sungguh ALLAH tidak menyukainya....

sedarlah...
kamu sedang berurusan dengan manusia...
bukan dengan malaikat.....
 
ingatlah....
walau betapa sakit diri dilukai....
walau betapa berat perbuatan manusia lain padamu....
walau betapa hebat perancangan manusia...

ketahuilah...
ALLAH MAHA HEBAT perancangannya....

wajarkah engkau sebagai hamba..
untuk tidak memaafkan org lain... 
sedangkan ALLAh itu sndr MAHA Pengampun...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .