Jom Follow!!!

Saturday, June 25, 2011

Haramkah Ustazah Pilihan ?


secarah SAH Astro Oasis telah pun selesai buat perasmian rancangan realiti terbaru iaitu Ustazah Pilihan yang bermatlamatkan pencarian ikon muslimah dan pendakwah dikalangan wanita....

 rancangan ni telah pun dirasmikan oleh Ustazah paling popular di Malaysia tak lain dan tak bukan Dr Mashitah Ibrahim...
bakal ditayangkan pada jangkaan bulan Oktober 2011..

konsepnya lebih kurang imam muda...
10 orang peserta...
ada matapelajaran tertentu cuma ianya melibatkan kesemua krew wanita, mursyid wanita @ mursyidah..
penonton yang datang juga adalah dikalangan wanita sahaja....
 tumpuan mereka adalah isu isu wanita masa kini...
 penerbit juga menjanjikan ianya berlandaskan syarak....

tapi disini saya bangkang sebangkang-bakangnyanya mengenai rancangan ini...

kenapa ?
 
Al-Quran :

“dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(An-Nuur:31)

 Hadith :

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita."
(Riwayat Al-Bukhari)

Pendapat Ahl-Bait : Saidatina Fatimah

"Perempuan yang baik itu adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"
--yakni selain mahramnya---

Jadi fitnah wanita pada hati lelaki secara umumnya...:

 Suara Wanita (nada)..
 Senyuman wanita..
Lenggok jalan..
* semua ini akan berlaku dalam siaran ustazah pilihan kan ?

 merujuk balik kepada dalil yang diberikan..
sememangnya jelas dinyatakan bahawa perempuan itu adalah fitnah bagi lelaki...
 islam amat menegaskan kepada penjagaan diri muslimat itu sendiri, apa jua jalan yang membawa kepada fitnah haruslah dihindarkan...

kenapa JAWI menyetujui program ini ?
saya meneka bahawa mungkin disebabkan dakwah yang ingin ditonjolkan kepada masyarakat dan membina idola yang tersendiri daripada kalangan muslimah untuk para remaja. Namun, apa yang perlu kita tekankan disini adakah perkara ini bersesuaian dengan syarak dan fitrah utama kejadian wanita itu sendiri ?

niat tidak menghalalkan cara..
  walaupun tujuan dakwah yang diketengahkan itu amat baik dan menarik..
 namun cara atau kaedah yang digunakan iaitu dengan menampilkan wanita di khalayak umum bukanlah suatu kaedah dan cara yang terbaik...

 sesuatu perkara apabila ia sempit maka akan melapang, apabila terlalu lapang maka akan menyempit...

bermaksud selama ini, dakwah dilihat menyempit dengan program di masjid dan surau, lalu cuba untuk dibesarkan, seperti akademi al-Quran dan Imam muda. Apabila sudah dibesarkan, maka keterlaluan pula sehingga akan tersekat semula. Kenapa? Kerana apabila sesuatu perkara itu sudah semakin masyhur maka kebiasaannya akan menjadi “lari” dari landasan yang sebenar. Oleh itu, Islam menganjurkan kesederhanaan..

Saya berpendapat dengan melihat kepada situasi dan realiti masyarakat kita pada masa ini, mengadakan rancangan “ustazah pilihan” adalah “terlalu luas” yang melanggar kepada hukum asal syarak itu sendiri...
 Ia lebih banyak menjuruskan kepada fitnah berbanding dengan menyebarkan dakwah...
 Meskipun diselia dan diuruskan oleh staf perempuan..
 namun penontonnya mesti ada lelaki kan ?
 jika penontonnya semuanya PEREMPUAN..
 maka saya akan amat menyokong..
 tapi hakikatnya bukan begitu...
 saya berpendirian bahawa adalah tidak wajar malah sangat tidak bertepatan dengan syarak untuk melaksanakan program “Ustazah Pilihan” buat masa ini......

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Srikandi permata said...

Salam..nbilah sokong..law nk buat gak prog..buatlah secara tertup..agar maruah muslimh terjaga..bgos nukilan y mmbincgkn isu smsa..moha trus menulis..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .