Jom Follow!!!

Sunday, March 24, 2013

Manfaat Pada Yang Lain.

"Awak nampak cawan ini? Apa yang awak nampak dari cawan ini?"


 "Cawan tu boleh guna untuk minum la, fa."
"Cawan tu boleh hilangkan dahaga kita."

Cawan itu hanyalah perumpamaan kepada sebuah kehidupan.

Ada orang mungkin memandang cawan hanya untuk menghilangkan dahaganya. Tetapi, ada orang memandang lebih besar daripada itu. Cawan yang kecil boleh diguna untuk memberi minum kepada ramai orang yang lebih memerlukan.

Itulah perumpamaan kepada sebuah kehidupan. Ada orang memandang kehidupan ini hanyalah untuk memenuhi kehendak-kehendak dirinya. Hanya untuk memenuhi kehendak duniawi saja. Maka hidupnya tidak lain hanyalah sekadar bermanfaat untuk dirinya. Bangun pagi, pergi kerja, main game dan cuma itu saja. Orang lain tidak meneguk walau sedikit manfaat daripadanya. Alangkah ruginya begitu.

Jadilah sebaik-baik manusia sebagaimana sabda Rasul s.a.w. :
"Sebaik-baik manusia, adalah yang bermanfaat kepada manusia lain."

Ketika orang lain memandang hidup ini hanya untuk kepuasan dirinya, kita akan tetap memandang hidup sebagai medan khidmat untuk manusia.

Biar dengan segala manfaat yang ada pada kita,
Islam mampu tumpang dan manusia lain dapat meneguk hikmah pula darinya.

--------------------------------------------

Alhamdulillah sudah masuk hampir sebulan saya bekerja di Jabatan Pengairan dan Saliran. Baru merangkak-rangkak untuk belajar apa yang tak diketahui. Menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai seorang juruteknik.

"Awak akan diberi amanah untuk memegang salah satu sungai yang berada di negeri Selangor. Sekirannya banjir berlaku, awaklah yang akan berhadapan dan bersoal jawab dengan rakyat.." - Jurutera Daerah

Sangat berat tanggungjawab yang diberi. Tapi insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk menggalasnya dengan sebaik mungkin.

Saya akan berusaha untuk menjadi manusia yang memberi  bermanfaat kepada manusia lain. 

Kerana merasakan diri ini punya kekurangan yang begitu banyaklah, saya akan berusaha melakukan sesuatu yang baik. Supaya kalau ada manfaatnya yang dapat diambil oleh sesiapa pun yang, saya berharap manfaat itu menjadi saham untuk saya di sisi Allah. 

Tak mampu nak menjanjikan jadi yang terbaik. Tapi insyaAllah cuba untuk jadi yang terbaik. 

Nak minta doa boleh? Doakan ya! :')

Saya sentiasa berharap pada doa orang-orang yang membaca apa yang saya tulis, berharap doa dari orang-orang yang saya sayang. Saya tahu, ada yang lebih soleh dan solehah dari saya. Yang dirinya lebih dekat dengan Allah, doanya makbul di depan Allah.

Hendak berharap pada doa diri sendiri yang banyak dosa ini, sudah tentulah payah. Maka, pada doa kalian yang soleh dan solehahlah saya menumpang manfaat.

Kadang, kita berdiri di tempat kita berada hari ini bukanlah kerana doa kita, tetapi kerana doa-doa orang soleh yang sentiasa mendoakan kita, walau kita tidak tahu siapakah dia. 

"Aku cintakan orang-orang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka."







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .