Jom Follow!!!

Thursday, September 29, 2011

Status ' in a relationship ‘~


Pakwe. Boyfriend. Teman lelaki. Marka. Balak.

Namakan apa saja. Ia tetap bukan seorang lelaki yang sah, bergelar suami. Tahap, taraf dan martabatnya seinci pun tidak sampai ke kedudukan itu. Untuk ditaati, dihormati, disayangi, dirindui, langsung tidak berkelayakan. Itu syariatullah yang harus diakui oleh semua orang.

status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya...

SYARI’ATULLAH

Dikisahkan, wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan Allah. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita.

Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat, elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan.

Analogi yang selalu kita dengar, syariat itu umpama papan tanda di lebuh raya. Bayangkan apa akan terjadi, jika lori balak sama-sama bersaing di laluan kanan bersama motosikal dan kereta? Bayangkan pula, jika semua orang bebas memandu ke arah mana yang mereka suka, tanpa ada lampu isyarat ataupun papan tanda?

Begitu juga. Bayangkan bagaimana jika wanita yang seharusnya lebih mahal dan lebih tinggi sifat malunya, membakulsampahkan kesemua sifat tersebut di hadapan lelaki? Dan situasi ini sebenarnya telah banyak terjadi dan terus terjadi, terutama di kalangan gadis remaja kita.

MULIANYA ANDA WAHAI KAUM HAWA

Jangan jadi gula-gula yang terdedah tanpa balutan plastik, kerana tiada orang akan memilih gula-gula itu berbanding yang masih tertutup dan tersimpan rapi di dalam bekas. Gula-gula yang terdedah, samalah seperti ucapan dan perbuatan yang menjatuhkan maruah.

Tidak ada sesiapa yang akan berbangga dengan status ‘ in a relationship ‘ anda  di facebook, walaupun anda dan dia sudah bertunang. Kalau pertunangan itu pun disuruh rahsiakan, apatah lagi jika anda dan dia langsung tidak ada apa-apa ikatan dan sekadar bermain perasaan?

Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.

Mungkin masih ramai menganggap, teman lelaki kesayangan mereka itu sumber inspirasi. Dan kisah cinta mereka adalah pencetus motivasi. Tetapi sebenarnya, anda sedang bermain dengan harga diri. Islam mengangkat anda ke tempat yang cukup tinggi semata-mata untuk memuliakan anda sebagai wanita. Islam prihatin dengan sifat malu yang menjadi benteng maruah diri anda.

Jangan biarkan Syaitan terus-terusan menghiasi amalan anda. Hayati kembali keindahan syariat Islam. Perhalusi kembali hikmah di sebalik larangan.

Bercinta dan berhubungan dengan bukan mahram adalah satu dosa, dan mengisytiharkan dosa itu dengan bangga di khalayak ramai menambahkan satu lagi dosa. Di sebaliknya, maruah anda sebagai wanita sedang terhina.

Kembalilah pulang...

Masih belum terlambat untuk beralih memperbaiki kesilapan. Bangga sangatkah mempamerkan perlanggaran hukum Tuhan?

Di facebook , berhentilah dari status ‘ in a relationship ‘ dengan kaum adam yang bukan mahram...

Lebih parah jika sampai tahap status ‘ married to ‘ yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang tiada ikatan..

Saya kasihan, kerana saya yakin, dalam diri mereka ada kecintaan kepada Islam. Dan mudah-mudahan, artikel ini mampu menyuntik sedikit kesedaran. Sayangilah diri anda sebagai kaum hawa yang dimuliakan Allah. Moga Allah memberi kekuatan untuk melakukan perubahan...

muhasabah diri..tepuk dada tanya iman~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 26, 2011

Motivasi Petang : Buka Buku Baru~


jika kita dulu masa dekat sekolah..

kita adalah budak PALING TERjahat yang pernah orang kenal...

tapi bila sampai satu masa..

 kita dah bertukar tempat belajar di ipta..

usia pun dah makin meningkat...

 situasi dan suasana dah berbeza dan dikelilingi oleh orang yang baru kita kenal..


 jika ada kesempatan nak berubah untuk menjadi orang yang PALING baik...

maka berubahlah...

bukak buku baru..

 grab the chance..

muhasabah diri untuk diri ini, awak dan mereka..

sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..

perlu diingat manusia yang jahat takkan selamanya jahat..

tepuk dada tanya iman~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, September 23, 2011

Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Indah..

Bismillahirrahmanirrahim...

 buat yang sedang bersedih hati...

terutama buat diri ini..

 ini satu bingkisan buat diriku dan dirimu...

 ubati hatimu dengan ayat-ayat cinta dari-Nya agar dirimu kembali bahagia...


bersabarlah di atas setiap ujian yang menimpa dirimu kerana kamu adalah insan terpilih antara berjuta makhluk untuk merasai hikmah ujian ini...

ujian itu diturunkan adalah untuk menaikkan darjat ketakwaanmu di sisi Allah..

 maka bersangka baiklah di atas ujian yang telah Allah kurniakan...

 ada manisnya di sebalik pedihmu itu...

dengan adanya kesusahan dan kepedihan dalam kehidupan, kita dengan bijak dapat membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala)...

 manusia akan dapat belajar erti syukur...


dan ingatlah, bahawa ujian yang kita perolehi ini ternyata amat kecil dengan ujian orang lain...

 kita masih mampu tersenyum di sini, tetapi ingatlah ada insan lain yang terpaksa merintih setiap hari untuk hidup, ternyata ujian mereka itu lebih besar daripada ujian yang kita alami saat ini...

setiap masalah pasti ada hikmahnya...

setiap kesulitan yang dialami, akan membuatkan manusia menyedari betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah, sekaligus menyedari betapa Allah itu Maha berkuasa...

Dan ingatlah, bahawa ujian itu tandanya Allah mencintai seseorang itu...

 dibiarkan hamba-Nya merasai manisnya hikmah ujian itu di penghujungnya walau di awalnya derita yang dirasa...


menyedari kita hanyalah hamba Allah..

 kita sememangnya layak diuji...

 jangan pernah mengeluh andai kita merasa pedihnya takdir..

 jangan pernah mencebik andai kita merasa sukarnya hidup...

 ya, mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah... =)


bersyukurlah andai kita merasai musibah mahupun ujian kerana Allah sangat rindu untuk mendengar rintihan kita kepada-Nya...

 manusia itu sendiri sering lupa, maka didatangkan ujian untuk kembali mengingati-Nya...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 20, 2011

Bahagia...


bahagia itu dari dalam diri..

kesannya zahir rupanya maknawi..

terpendam bagai permata di dasar hati..

bahagia itu ada pada hati..

bertakhta di kerajaan diri..

terbenam bagai mutiara di lautan nurani..

bahagia itu ada di jiwa..

mahkota di singgahsana rasa..

bahagia itu adalah suatu ketenangan..

bila susah tiada gelisah..

bila miskin syukur pada Allah..

bila sakit tiada resah di jiwa..

bukankah Allah telah berfirman..

ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang..

kebahagiaan itu suatu kesyukuran...

bila kaya jadi insan pemurah..

bila berkuasa amanah..

bila berjaya tidak alpa..

bila sihat tidak lupakan Allah..

hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati Allah..

semua insan kan mengerti maksud terseni Ilahi..

itulah zikir yang hakiki...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 15, 2011

Masalah Hati..


Salam to all readers... 

lama dah tak update...

'asif sebab terlalu banyak kerja sejak dua menjak ni..

dengan final projek semester akhirnya..

hujung minggu pula..ada je aktiviti keluarga..

minggu lepas balik kedah..

minggu depan kenduri doa selamat untuk mak ayah tunaikan haji tahun ni.. 

tapi insyaallah, saya cuba mengupdate sedikit peringatan especially to all muslimat out there...

 thanks for always come here tak kira masa even saya tak update dan belog dah bersawang-sawang...

 thanks again for your support. =)

masalah hati...

perbualan antara dua sahabat..

Ukhti 1: awak..saya selalu ada masalah hati, kenapa ye ?


Ukhti 2: awak ada masalah hati yang macam mana ? antara hati awak dengan seorang ukhti, atau antara hati awak dengan seorang akhi, atau hati sahaja tanpa melibatkan sesiapa ? =)

Ukhti 1: entahlah awak.. ujian hati dirasakan bertubi-tubi menghentam diri...hati telah terlanjur mengkagumi seorang muslimin yang dirasakan memang sangat tidak mungkin menjadi milik diri...kesannya, diri sendiri yang merana, menanggung beban perasaan...
  
Ukhti 2: Subhanallah, syukrulillah !
 sebenarnya satu nikmat bila kita jumpa dan terkesan dengan qudwah dari orang-orang yang soleh/solehah =) setuju...memang susah nak lupakan, sebab nak ditakdirkan jumpa dengan rajulun soleh juga bukan mudah...sekali kita tertarik dengan qudwahnya, bagaikan satu anugerah dari Allah , kan =)

bagus bila awak ingatkan yang kita perlu YAKIN yang Allah sedang aturkan seseorang yang jauh lebih baik dan serasi...Dan Insha-Allah kita YAKINI juga yang Allah hendak melatih kita SABAR...
perasaan cinta yang menyinggah di hati,atas anugerah ALLAH, dan bila dapati dia bersama dengan orang lain, juga atas iradah ALLAH. Dan bila kita terasa kecewa, juga satu didikan dari ALLAH...

'Sabar', memang mahal awak..sabar bukan sekadar untuk musibah, dalam nikmat pun kena sabar... sebab tu Allah ungkapkan dalam Al-Quran yang 'fasabrun jamil - sabar itu cantik'. Sebab nak mendidik hati sabar, bukan mudah...

kita sama-sama percaya, ini sebagai satu tarbiyyah dari Allah, mengajar kita erti Sabar...sama-sama kita yakin, ni satu persediaan sebelum kita membina baitul-muslim yang kita dambakan...
  
definasi baitul-muslim sendiri, bukan sekadar mukminah solehah berkahwin dengan rajulun soleh. tapi, baitul muslim betul2 terdiri bila kita mengurus diri dan pasangan, keluarga dengan biah/suasana islamiyyah...dan dalam kita nak URUS juga, bukan perkara mudah. Sebab kita berurusan dengan suami yang berperasaan/emosi, anak-anak yang juga punya emosi.. semua perkara ni menuntut jiwa isteri, ibu, wanita yang kental..

 contohnya, katakan, ALLAH nak uji kita suami-isteri dan nak tengok kesungguhan kita bina baitul muslim, maka Allah datangkan orang2 pendengki di dalam cinta kita dan suami...tak boleh tidak, kita perlu tangani parasit pendengki dengan sabar kan...nak didik anak-anak di era yang mencabar hari ni, juga memerlukan bekalan sabar kan...

ini didikan istemewa dari Allah, awak =) sama ada kita sabar merelakan dia pergi dari bermain di hati, juga sama ada kita sabar menunggu tibanya janji Ilahi...

Allahu-akbar... tarbiyyah Allah memang sangat halus...sangat halus...

Ukhti 1: saya selalu diuji dengan soal hati begini..Allah benar-benar hendak menguji diri saya..terima kasih awak sebab bagi motivation dekat saya =)
  
Ukhti 2: insyaallah, my shoulder is to be lean on ;) we keep on helping each other in goods and taqwa ea. Siiru 'ala barakatillah, awak -burulah keberkatan Ilahi- Semoga dalam pemburuan cinta Ilahi, ditakdirkan bertemu cinta sejati. Yakini iradah Allah =)

Ukhti 1: insyaallah saya sedang upgrade cinta kepada DIA dulu, insyallah akan datang yang terbaik untuk saya~ =)

Ukhti 2: insyaallah :) biidznillah, moga bertemu yang terbaik...insyaallah...  

p/s : Janji-Nya, akan hadir rajulun soleh dalam kehidupan kita di saat Allah tahu, kita memang dah siap sedia jiwa raga membina baitul muslim dan bidadari istimewa buat si 'dia'...
cintailah seseorang itu secara diam-diam, seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah r.a dan Saidina Ali k.w, yang akhirnya Allah pertemukan jua. sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad. berjihad menentang kehendak diri. menundukkan nafsu hati..













Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, September 2, 2011

Surat Cinta...


bayangkan kita menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih namun kita tidak memahaminya...

 sedangkan ianya sebuah kata-kata cinta yang penuh bermakna...

 Allah telah mengutuskan 114 surat cintaNya kepada kita...

 namun bukan semuanya yang benar-benar kita fahami...

 sedangkan surah al-Fatihah pun kita tidak berapa faham T____T 

apatah lagi surah-surah yang lain...

 sedangkan surat-surat cinta yang Allah utuskan mengandungi peringatan serta kisah-kisah yang perlu diambil iktibar...

saya rasa selama ini pun kita dah tahu yang kita tidak tahu makna bacaan solat tapi kita bersikap tak apa, tunggu atau nantilah...

 sedar tidak sedar sikap sambil lewa kita itu berlarutan sehingga puluhan tahun..

sebabnya kita tak serius dalam solat..

punca tidak serius dalam solat adalah sebab kita rasa solat tu tak penting..

macam mana kita nak rasa solat ni penting even kita dah tahu yang solat ni memang penting ?

kita tahu kepentingannya tapi tak terasa...

 tak terasa bersalah pun kalau solat tertinggal..

 tak rasa bersalah pun if solat cincai-cincai...

 tapi cuba kalau hilang duit, rumah terbakar, harga barang naik, harga minyak naik..

kisah Nabi Muhammad s.a.w yang bersolat sehingga bengkak-bengkak kaki akibat terlalu lama berdiri semasa solat. Juga bagaimana Abdul Rahman bin Auf r.a. yang menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratulihram dalam solat jemaah pimpinan Rasulullah...

mengapa kita berbeza dengan mereka ?

sebab kita tak rasa Allah itu penting dalam kehidupan kita..

kita hanya akan berhubung seseorang itu bila kita merasakan dia penting atau ada keperluan je..

 bayangkan apa perasaan kita bila kita berada di sebuah kawasan yang berada di luar kawasan liputan, handphone tak dapat nak guna..

rasa macam kurang selesa kan ?

rasa gelisahkan masa tu ? 

rasa macam nak menangiskan masa tu ?

macam tu lah pentingnya Allah lebih dari segala-galanya...

tiada panggilan yang lebih penting dari seruan Ilahi..

kalau Allah tak beri, kita tak punya apa-apa walaupun satu sen...

bayangkan kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna...

 tak hairalah kalau hati kita lalai dalam solat...

 jika tak faham macam mana kita nak menghayatinya dalam kehidupan seharian ? 

kita sujud tapi hati kita tidak sujud...

 kita ucapkan subhanallah tetapi tak terasa kita sedang mensucikanNya...

itu baru kalimah yang mudah-mudah...

 tak masuk lagi doa iftitah, alfatihah, qunut dan lain-lain...

 dah hafal tapi tak faham maknanya..

zaman sekarang ramai juga yang masih tak hafal bacaan solat..

tu yang solat...

 yang tak solat ?

baru-baru ni bulan ramadhan berapa ramai yang tak solat..

seolah-olah puasa tu wajib solat lima waktu sunat..

puasa je tapi tak solat, tak ada guna juga..

tak hairanlah kemungkaran makin berleluasa di tengah masyarakat kita ni... 

bila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran..

sekarang dah makin mudah...

tafsir al quran pun dah banyak dijual..

cuma mahu dan tak mahu belajar untuk memahami surat cinta dari Allah..

muhasabah diri untuk diri saya sendiri, awak dan mereka..

tepuk dada tanya iman..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .