Jom Follow!!!

Monday, August 15, 2011

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa...



“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa”  [al-Baqarah 2: 183]

sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan....
separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu...
jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak..
separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan...
berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan...
semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang....

apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini ?
andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena....
maksiat kita tinggalkan tapi kebaikan tidak kita lakukan....
tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Allah....

andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah....
namun kita belum selamat....
pasukan nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan...
mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan....
tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu....
biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat bukan sentiasa di atas urat...
namun kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya…
kamu di ambang kekalahan....
Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa....
ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita..
apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang ?

tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan...
bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang...
masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian....
dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua…
apakah masih ada ruang untuk berlengah ?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin. ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

kita telah tahu formula (iman + puasa) = Taqwa....

kita juga telah tahu bahawa puasa ini istimewa kerana ia suatu amalan yang tersembunyi....
tidak seperti Solat yang kelihatan, Zakat yang ada catatan atau Haji yang ada pendaftaran, puasa ini begitu eksklusif antara kita dengan Allah...

kita tidak menelan air semasa mandi di bilik air, tidak melihat yang haram walaupun sendirian jauh dari pandangan manusia, semuanya kerana kita berpuasa atas dorongan iman kepada Allah...
dorongan ini kita ulang 30 kali dalam sebulan untuk menanam nilai tulus dan ikhlas dalam beramal kepada Allah....

atas maksud inilah, Allah memberikan ganjaran khusus lagi eksklusif kepada mereka yang berpuasa kerana ia adalah taabbud yang istimewa antara seorang hamba dengan Penciptanya....
sama ada Taqwa itu berjaya dicapai atau tidak boleh dilihat pada tatacara dan tingkah laku kita semasa meninggalkan Ramadhan serta di ambang menyambut Syawal....

jika puasa itu telah berkesan tentunya semua kebaikan yang telah diulang 30 kali dalam sebulan, akan menjadi tabiat dan kebiasaan yang boleh kekal berpanjangan...
namun nilaikanlah erti Aidilfitri kepada kita....

adakah ia manifestasi kehambaan kita kepada Allah...
atau hari rasmi melepaskan nafsu liar dari kandang latihan ?
bagi seorang hamba, raya itu adalah ibadah dan bukannya adat....
menukar ibadah kepada adat, adalah sifir songsang bagi kehidupan seorang hamba...

tidak selayaknya untuk seorang yang telah menempuh bulan Ramadhan, hanya mampu menggambarkan Syawal menerusi jamuan makan, pesta budaya dan agenda bersuka-suka semata...

apakah yang demikian itu hasil ibadah kita ?

apakah itu erti Taqwa bagi kita ?

apakah layak untuk kita beraya tanpa Tuhan?

sedangkan kita hanya hamba yang menumpang kediaman…
selamat memburu Lailatul Qadar… ^^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .