Jom Follow!!!

Wednesday, August 31, 2011

Cerita 1 Syawal 1432 Hijrah...


kullu a'min wa antum bikhair...

tadi ada seorang sahabat tanya apa maksud kullu a'min wa antum bikhair ?

kullu a'min wa antum bikhair ucapan nabi saw ketika eidul fitri..

ucapan ini lebih baik disebarkan daripada selamat hari raya...

pagi 1 syawal..

pagi yang hening..

pagi yang membawa sebuah harapan..

seusai solat eidul fitri bersama keluarga at Masjid Muadz bin Jabal...

bermaafan bersama keluarga...

dan sekarang masa yang amat dinanti untuk berangkat ke Rembau Negeri Sembilan..

Ya Allah betapa aku rindu saat ini..

tujuh tahun telah berlalu..

detik-detik yang akan sentiasa dikenang di layar memori..

menziarahi pusara wan (nenek) tercinta..

teringat akan kata-kata ustaz Mohd Zawawi Yusoh saat diri ini mengajukan soalan...

air mata anak yang soleh kerana merindukan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia boleh memadamkan
 api neraka..

maknanya ni raya ketujuh tanpa arwah wan disisi..

seperti yang dijangka emosi dan perasaan tidak lagi mampu diseka..

bercucuran juga air mata segenap isi keluarga..

Al-Fatihah buat arwah wan..

moga tenang disana bersama orang yang beriman..

hanya doa yang mampu kami kirimkan..

dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada pembaca blog subuhmenjelma ini..

andai ada yang tidak menggemari tulisan saya disini..

andai ada yang mengguris hati pembaca..

pohon kemaafan dari diri ini...

yang baik itu datang dari Allah..

yang buruk itu datang dari saya..

adakah syawal ini yang terakhir bagi kita ?

hanya Allah yang mengetahui...

kemaafan mampu memberi ketenangan yang tidak mampu digambarkan..itulah indahnya memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja ^^




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .