بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَ الرَّحِيم
ok entry kali ini..
saya nak cerita tentang songkok atau kopiah..
pemakaian songkok atau kopiah
mungkin dapat mengelak kaum adam
daripada melakukan kemungkaran secara tidak langsung....
pernah tak nampak orang pakai songkok
atau kopiah pergi masuk disko?
Pernah tak nampak orang pakai kopiah merempit buat maksiat ?
Ada juga pendapat yang mengatakan songkok dan kopiah ini mewakili parti politik....
Noktah...
Tidak mahu bercerita panjang mengenainya...
Faham-faham sendiri la...
kadang-kadang kalau saya tanya la dekat segelintir kaum adam..
kenapa kamu semua pakai songkok ?
" hmmm..peraturan nak buat macam mana..nak tak nak pakai je la..."
" aku pakai nak lindung rambut aku yang berwarna ni..kang kantoi pulak dengan pensyarah mati aku.. "
" saja je aku pakai..nak exam kan..buat baik sikit.. "
Hei..anda pakai kopiah maksudnya anda bawa imej Islam...
anda sedang mempromosikan Islam...
anda adalah duta Islam...
niat anda tu kena betul la wahai kaum adam...
Kalau anda pakai kopiah atau songkok...
JANGAN lakukan benda yang Allah murka..
JANGAN datang lewat ke kelas..
JANGAN sampai dapat result exam teruk sangat..
JANGAN mengorat perempuan di bus stop...
JANGAN keluar dating dengan awek di taman..
JANGAN buat wheely kat tengah-tengah jalan...
JANGAN langgar lampu isyarat merah..
JANGAN potong barisan semasa beli makanan di kafe..
JANGAN masuk disko..
JANGAN......................................... lakukan kemungkaran jika anda sedang memakai kopiah atau songkok....
AWAS !
Anda sedang diperhatikan...
Jangan jadi fitnah kepada Islam...
Ingat anda sedang bawa imej islam..
1 comments:
ya betol!
salam~ =)
Post a Comment