Jom Follow!!!

Monday, May 30, 2011

Tidak Pernah Ku Harapkan...

 
 Seketul daging....
 
Terisi di dalamnya dengan seribu perasaan yang kadang-kadang sukar untuk diertikan....
 
Hati....

Segalanya bermula di situ....

Hati yang penuh dengan keinginan kasih dan sayang..

hati yang sentiasa cintakan kedamaian...

Betapa sukar untuk menjaga sekeping hati...
 
" anak orang kl...macam tu la ada kereta..."
 
"anak orang kl...macam tu la cakap semuanya mudah..."

"anak orang kl...macam tu la makanan order je..."

"anak orang kl...macam tu la..cakap apa je semuanya dapat.."
 
Jangan pernah berprasangka seperti ini kerana hati manusia sangat rapuh....

Sangat-sangat rapuh....

dalam hati berbisik beruntung ke jadi anak orang kl ?
 
keluar rumah maksiat sana sini...

kurang kasih sayang...

mak ayah sibuk dengan kerja...

pergi pagi balik petang....

hujung minggu belum tentu dapat rasa masakan yang best-best...

Ya Allah maafkan hambamu ini....

bukan aku tidak bersyukur atas apa pemberianmu ini...

Andai diri ini...

Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat..

Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu..

Maka aku mohon kepada-Mu ya Allah..

Andai tiada syurga buatku sekalipun..

Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak..

Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu..

Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi...

Sudah cukup membahagiakan ku..
 
Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu..

Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat..

Dengarlah rintihan hatiku ini ya Allah..

Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .