Jom Follow!!!

Wednesday, November 28, 2012

Sayang Dan Terlalu Sayang..

kau lihat jalan aku mudah,
kau kata family aku supportive,
kau nampak aku ceria ketawa,


tapi kau tak tahu mehnah,
Dia tetap ada untuk aku.
kau kata aku kuat, kau kata kau lemah.
tapi kau tak tahu, sebab kau aku kuat.
sebab Dia, aku bertahan.
akhawat fillah, aku cinta banget dengan kalian.

aku tahu,
Dia yang ubah aku,
Dia yang temukan aku dengan jalan ini,
Dia juga temukan aku dengan kalian.

dan hanya pada Dia,
aku mohon, aku doa, aku rintih.
moga kita terus sahabat.

bukan aku ego,
bukan aku hati kering,
tapi aku tak boleh tunjuk air mata.
aku malu.
apalah sangat mehnah aku terima.
berbanding dengan kalian.

 dulu mungkin ya,
aku tak matang,
sikit-sikit aku nangis,
sikit-sikit cengeng,
sikit-sikit mengadu.

tapi kalian,
bukan mudah menjadi "KITA" yang kini
seriously.

memang impian aku semua indah-indah belaka.
kalau lukis, dapat warna-warni persis pelangi.
tapi kau pun tahu bukan, Dia bagi ikut yang terbaik untuk kita.
bukan ikut suka hati kita.

kalau satu hari nanti aku dah tiada,
tak boleh ligat lagi,
tak boleh pimpin tangan bersama kalian lagi,
tak mampu bersuara lagi,
tak mampu tersenyum lagi,
aku mohon,
ampunkan aku.
maafkan aku.
doakan aku.


aku sayang, sayang...
malah terlalu sayang dengan kalian semua.
Akhawat fillahku. Abadan abada! Biiznillah.
LOTS OF LOVE <3 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 27, 2012

Rasulullah SAW & Buah Limau.

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

entry kali ini saya ingin menceritakan kisah Rasulullah SAW dan buah limau..

mungkin ada yang dah penah dengar kisah ini, tapi saya tetap ingin bercerita  sebab saya nak sahabat-sahabat yang saya sayang ingat dan contohi bagaimana mulianya akhlak Rasulullah SAW yang kita sayang.

kisahnya bermula begini....

satu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.

wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Buahnya sangat cantik. Siapa yang melihat pasti akan terliur. 

baginda menerimanya dengan senyuman gembira....

hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Terus makan. Makan dengan senyuman sehingga habis semua limau itu.

kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. 

sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

lalu mereka bertanya...

dengan tersenyum  Rasulullah SAW menjelaskan :

"tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, aku bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu aku habiskan semuanya. ..."

begitulah akhlak  Rasulullah SAW..

baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biar pun benda yang tidak baik, apatah lagi dari orang bukan islam.

wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa...

kenapa?

sebenarnya dia bertujuan ingin mempermainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malang ia tidak berjaya. Rancangannya "ditewaskan" dengan akhlak mulia  Rasulullah SAW.

* Rasulullah SAW.  Mekar di hati. Biarkan jasad di dunia. Namun hati bersamaNya. *


sedang berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik. Tegurlah aku, andai aku terlalai :">
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 21, 2012

Pray For Gaza~


Salaamun 'ala manittaba'al huda.

bila kita menerima berita saudara-saudara kita yang sedang teruk diuji di Gaza, di Syria dan pelbagai lagi tempat di dunia ini, sebenarnya kita perlu menyedari satu hakikat bahawa kita juga tidak terlepas dari diuji sebenarnya.

ketika kita menerima berita sedemikian itu, kita juga sedang diuji.

apakah kita cakna atau tidak?
apakah yang telah kita lakukan sekiranya kita benar-benar cakna dengan isu itu?

bagaimanakah respon kita bila berdepan dengan isu-isu sebegini?
adakah lebih banyak menyindir orang lain atau kita pun berusaha mengusahakan sesuatu?
adakah lebih banyak kita menyedarkan orang ataupun kita lebih banyak menjatuhkan orang?

adakah dengan tindakan kita menjadikan orang semakin rasa ingin dekat dengan isu-isu sebegini ataupun menjadikan orang lebih tawar hati?

kita diuji juga sebenarnya...
bukan mereka saja yang diuji.

mereka di sana mungkin sedar dan tahu yang mereka sedang diuji, kerana ujian itu zahir di depan mata mereka. kita di sini, diuji dengan ujian yang kadangkala tidak kelihatan di mata kita, tetapi mudah sekali untuk membuatkan kita ini tewas.

sebab itu, berhati-hati dan beringat-ingatlah.
beri pesanan, sebarkan sayang, cadangkan penyelesaian dan kembalilah kepada Tuhan.

kerana ketika kita berusaha memberi kesedaran, bukan kita sebenarnya yang menyampaikan kesedaran, tetapi Allah jualah yang menyampaikan kesedaran itu pada hati-hati manusia.


"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami jugak telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia. Kami akan terus tetap di dalam perjuangan. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua..." kata-kata dari Khalil Ismail al-Haya Whips HAMAS.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 5, 2012

Takut Untuk Memberi Harapan~

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

teman,
gantungkanlah harapanmu kepada Allah,
nescaya Dia akan memberikan yang terbaik buat kamu.
jangan berharapkan kepada manusia seperti aku,
kerana aku hanyalah seorang manusia,
yang tiada kudrat dan upaya,
yang tunduk dan patuh kepada ketetapan Rabbul ‘Izzati.

sesungguhnya,
aku takut untuk memberikanmu walau secebis harapan,
kerana aku amat takut,
suatu hari nanti,
aku tak mampu untuk memenuhinya….
lalu hatimu akan terhiris,
oleh tajamnya kecewa.

teman,
sandarkanlah harapanmu kepada Tuhan,
bergantung haraplah kepada-Nya,
kelak nanti,
jika dirimu kecewa,
kecewamu akan bersandarkan Redha…

sesungguhnya kita merancang, Allah jua membuat perancangan untuk hamba-Nya. Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik pula bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [al-Baqarah:216]

bukan sengaja tak bersuara tapi kadang-kadang diam tu lebih power.

diri ini mungkin boleh tolak cinta demi persahabatan.
tapi diri ini takkan boleh tolak jodoh demi persahabatan.
cinta itu hadir dari hati. jodoh itu ketetapan dan ketentuan dari Ilahi.

* Demi kau. Untuk dia. Kerana Allah. *





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 2, 2012

Sayang Nabi? Jom ikut Sunnah Baginda..


Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

entri kali ini, lebih kepada perkongsian hadith-hadith yang berkaitan dengan video lagu "The Chosen One" oleh Maher Zain. Maher Zain salah seorang artis yang saya minat dengan lagunya ^^,

boleh pause seketika lagu kat blog saya dibahagian atas sekali, untuk menghayati lagu The Chosen One by Maher Zain..

moga entry ini bermanfaat. Kadang-kadang bila kite dengar lagu, kita sekadar mendengar saja tak menghayati apa maksud yang cuba disampaikan. Jom kita hayati sekejap apa yang cuba disampaikan oleh Maher Zain..

Minit 0:32 > Mereka membuang sampah/kotoran di depan rumah.

“Malah, mereka akan datang dengan usus yang berlumuran darah dan membuangnya depan pintu rumah ku…” |al-Tabaqat al-Kubra:Ibn Saad, seperti yang dipetik dalam al-Jami’ al-Kabir: as-Suyuti|

Dalam riwayat lain, ia disebut apabila hal ini berlaku, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam akan mengambil sampah itu dengan sebatang kayu, datang ke luar pintu dan berkata dengan kuat, “Wahai anak-anak Bani Abdul Manaf, apakah jenis perlindungan yang diberikan ini?” (kerana puak beliau telah berjanji untuk melindunginya, tetapi tidak menghalang kedengkian itu bahkan sampai depan pintu rumah Baginda). Kemudian, beliau akan membuang sampah dari depan pintu itu dan meneruskan perjalanannya. |Subulal-Huda wal-Rashad: Muhammad b Yusuf as-Solihi; ar-Raheeq al-Makhtum: al-Mubarakfuri|

Minit 1:08 & 1:27 > Suka bersedekah.

“Wahai para pedagang, sesungguhnya syaitan dan dosa kedua-duanya hadir dalam jual-beli. Maka hiasilah jual-beli kalian dengan sedekah.” |HR Tirmidzi no. 1208, ia berkata: “Hasan Sohih”|

“Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” |HR Bukhari no.1033, Muslim no. 2307|

Minit 1:40 > Rutin harian di rumah.

Daripada Saidatina A’isyah Radiyallahu Anha apabila ditanya apakah yang dibuat oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam ketika Baginda berada di rumah, dia menjawab: Sesungguhnya dia menjahit bajunya, membaiki sepatunya, dan membuat kerja seperti lelaki-lelaki lain di rumah. |Musnad Imam Ahmad: 24947|

Minit 1:45 > Kanak-kanak menunggang di belakang ketika sujud.

Dari Syaddan Al-Laitsi Radhiyallahuanhu berkata,"Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam keluar untuk solat di siang hari entah Zohor atau Asar, sambil menggendong salah satu cucu Baginda, entah Hassan atau Hussain. Ketika sujud, Baginda melakukannya lama sekali. Lalu aku mengangkat kepalaku, ternyata ada anak kecil berada di atas punggung Baginda Sallallahu Alayhi Wasallam. Maka aku kembali sujud. Ketika Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah selesai solat, orang-orang bertanya,"Ya Rasulullah, engkau sujud lama sekali sehingga kami mengira sesuatu telah terjadi atau turun wahyu". Baginda menjawab,’Semua itu tidak terjadi, tetapi anakku (cucuku) ini menunggangi aku, dan aku tidak ingin terburu-buru agar dia puas bermain. |HR Ahmad, An-Nasai dan Al-Hakim|

Minit 2:01 > Membuang bahaya di jalanan.

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah bersabda:

“Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari, engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.” |HR Bukhari dan Muslim|

Minit 2:08 – 2:15 > Memberi minum kepada binatang.

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Anh: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam berkata,

“Ketika seorang lelaki telah berjalan, dia berasa haus dan pergi ke bawah perigi dan minum air daripadanya. Apabila dia keluar daripadanya, dia melihat seekor anjing kembang-kempis dan minum lumpur kerana dahaha yang berlebihan. Lelaki itu berkata: Anjing ini mengalami masalah yang sama seperti aku. Jadi dia turun semula ke dalam perigi, mengisi kasutnya dengan air, menangkap dengan giginya dan memanjat lalu memberi minum kepada anjing itu. Allah berterima kasih kepada perbuatan baiknya dan memaafkan beliau. ‘Tanya orang ramai, “Ya Rasulullah! Adakah terdapat pahala bagi kami dalam melayani binatang?” Baginda menjawab, “Ya, ada pahala kerana telah berkhidmat dengan mana-mana makhluk yang bernyawa.”

|HR Bukhari, Hadith # 551 Bab Mengagihkan Air|

Minit 2:17 – 2:21 > Suami Isteri beriadhah.

Daripada A’isyah Radiyallahu Anha: “Semasa aku bersama Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dalam satu perjalanan, aku telah berlumba dengan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dan aku telah mengalahkannya, apabila aku menjadi semakin berisi, aku telah berlumba (sekali lagi) dengan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dan Baginda telah berjaya mengalahkanku,” lalu Baginda bersabda: “(kemenangan) ini adalah untuk (kekalahan) yang dahulu.” |Sunan Abi Daud, Sunan Ibn Majah|

Minit 2:26 – 2:33 > Menyaksikan persembahan.

Juga telah diriwayatkan daripada A’isyah Radiyallahu Anha bahawa Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam pernah membawanya menyaksikan permainan para sahabat yang berasal dari Sudan.

Katanya: "Hari itu adalah hari raya di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (A’isyah Radiyallahu Anha) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk menyaksikannya atau Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam yang berkata: Apakah kamu ingin melihatnya? Aku pun menjawab: Ya. Aku disuruhnya berdiri di belakangnya di mana pipiku bersentuhan dengan pipi Baginda. Baginda berkata: Teruskan wahai Bani Arfidah! Ketika aku merasa letih, Baginda bertanya kepadaku: Adakah engkau sudah puas? Aku menjawab: Ya. Baginda pun bersabda: Pergilah.”
|HR Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 950|

Minit 2:55 > Membantu orang dalam kesusahan.

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah bersabda:

“Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari, engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.” |HR Bukhari dan Muslim|

Minit 3.12 > Mengasihi kanak-kanak.

Diriwayatkan oleh Usamah ibn Zaid Radiyallahu Anh:

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam meletakkan saya di (salah satu) pehanya dan meletakkan Al-Hasan ibn `Ali pada peha yang lain, dan kemudian memeluk kami dan berkata," Ya Allah! Engkau kasihanilah mereka, kerana aku sangat mengasihani mereka. "|HR Bukhari|

Minit 3:40 – 3:55 > Memberi makanan kepada jiran.

قال النبي صلى الله عليه و سلم : يا أبا ذر إذا طبخت مرقة فأكثر ماء المرقة وتعاهد جيرانك أو اقسم في جيرانك

Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam berkata, “Wahai Abi Zarr! Jika engkau memasak sup, lebihkanlah airnya (sup) dan penuhilah kewajipan engkau kepada jiran-jiran engkau atau membahagikannya kepada jiran-jiran engkau.” |Adab al-Mufrad|

sesungguhnya kami amat mencintaimu wahai Rasulullah.
Allahumma Solli 'ala Muhammad, Wa 'ala Aali Muhammad.

kita berdoa agar Allah memberikan kita kekuatan untuk menaladani sunnah Baginda, Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wasallam.

Like Sunnah, Share Khair! <3










Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .