Jom Follow!!!

Friday, November 2, 2012

Sayang Nabi? Jom ikut Sunnah Baginda..


Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

entri kali ini, lebih kepada perkongsian hadith-hadith yang berkaitan dengan video lagu "The Chosen One" oleh Maher Zain. Maher Zain salah seorang artis yang saya minat dengan lagunya ^^,

boleh pause seketika lagu kat blog saya dibahagian atas sekali, untuk menghayati lagu The Chosen One by Maher Zain..

moga entry ini bermanfaat. Kadang-kadang bila kite dengar lagu, kita sekadar mendengar saja tak menghayati apa maksud yang cuba disampaikan. Jom kita hayati sekejap apa yang cuba disampaikan oleh Maher Zain..

Minit 0:32 > Mereka membuang sampah/kotoran di depan rumah.

“Malah, mereka akan datang dengan usus yang berlumuran darah dan membuangnya depan pintu rumah ku…” |al-Tabaqat al-Kubra:Ibn Saad, seperti yang dipetik dalam al-Jami’ al-Kabir: as-Suyuti|

Dalam riwayat lain, ia disebut apabila hal ini berlaku, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam akan mengambil sampah itu dengan sebatang kayu, datang ke luar pintu dan berkata dengan kuat, “Wahai anak-anak Bani Abdul Manaf, apakah jenis perlindungan yang diberikan ini?” (kerana puak beliau telah berjanji untuk melindunginya, tetapi tidak menghalang kedengkian itu bahkan sampai depan pintu rumah Baginda). Kemudian, beliau akan membuang sampah dari depan pintu itu dan meneruskan perjalanannya. |Subulal-Huda wal-Rashad: Muhammad b Yusuf as-Solihi; ar-Raheeq al-Makhtum: al-Mubarakfuri|

Minit 1:08 & 1:27 > Suka bersedekah.

“Wahai para pedagang, sesungguhnya syaitan dan dosa kedua-duanya hadir dalam jual-beli. Maka hiasilah jual-beli kalian dengan sedekah.” |HR Tirmidzi no. 1208, ia berkata: “Hasan Sohih”|

“Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” |HR Bukhari no.1033, Muslim no. 2307|

Minit 1:40 > Rutin harian di rumah.

Daripada Saidatina A’isyah Radiyallahu Anha apabila ditanya apakah yang dibuat oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam ketika Baginda berada di rumah, dia menjawab: Sesungguhnya dia menjahit bajunya, membaiki sepatunya, dan membuat kerja seperti lelaki-lelaki lain di rumah. |Musnad Imam Ahmad: 24947|

Minit 1:45 > Kanak-kanak menunggang di belakang ketika sujud.

Dari Syaddan Al-Laitsi Radhiyallahuanhu berkata,"Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam keluar untuk solat di siang hari entah Zohor atau Asar, sambil menggendong salah satu cucu Baginda, entah Hassan atau Hussain. Ketika sujud, Baginda melakukannya lama sekali. Lalu aku mengangkat kepalaku, ternyata ada anak kecil berada di atas punggung Baginda Sallallahu Alayhi Wasallam. Maka aku kembali sujud. Ketika Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah selesai solat, orang-orang bertanya,"Ya Rasulullah, engkau sujud lama sekali sehingga kami mengira sesuatu telah terjadi atau turun wahyu". Baginda menjawab,’Semua itu tidak terjadi, tetapi anakku (cucuku) ini menunggangi aku, dan aku tidak ingin terburu-buru agar dia puas bermain. |HR Ahmad, An-Nasai dan Al-Hakim|

Minit 2:01 > Membuang bahaya di jalanan.

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah bersabda:

“Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari, engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.” |HR Bukhari dan Muslim|

Minit 2:08 – 2:15 > Memberi minum kepada binatang.

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Anh: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam berkata,

“Ketika seorang lelaki telah berjalan, dia berasa haus dan pergi ke bawah perigi dan minum air daripadanya. Apabila dia keluar daripadanya, dia melihat seekor anjing kembang-kempis dan minum lumpur kerana dahaha yang berlebihan. Lelaki itu berkata: Anjing ini mengalami masalah yang sama seperti aku. Jadi dia turun semula ke dalam perigi, mengisi kasutnya dengan air, menangkap dengan giginya dan memanjat lalu memberi minum kepada anjing itu. Allah berterima kasih kepada perbuatan baiknya dan memaafkan beliau. ‘Tanya orang ramai, “Ya Rasulullah! Adakah terdapat pahala bagi kami dalam melayani binatang?” Baginda menjawab, “Ya, ada pahala kerana telah berkhidmat dengan mana-mana makhluk yang bernyawa.”

|HR Bukhari, Hadith # 551 Bab Mengagihkan Air|

Minit 2:17 – 2:21 > Suami Isteri beriadhah.

Daripada A’isyah Radiyallahu Anha: “Semasa aku bersama Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dalam satu perjalanan, aku telah berlumba dengan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dan aku telah mengalahkannya, apabila aku menjadi semakin berisi, aku telah berlumba (sekali lagi) dengan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dan Baginda telah berjaya mengalahkanku,” lalu Baginda bersabda: “(kemenangan) ini adalah untuk (kekalahan) yang dahulu.” |Sunan Abi Daud, Sunan Ibn Majah|

Minit 2:26 – 2:33 > Menyaksikan persembahan.

Juga telah diriwayatkan daripada A’isyah Radiyallahu Anha bahawa Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam pernah membawanya menyaksikan permainan para sahabat yang berasal dari Sudan.

Katanya: "Hari itu adalah hari raya di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (A’isyah Radiyallahu Anha) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk menyaksikannya atau Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam yang berkata: Apakah kamu ingin melihatnya? Aku pun menjawab: Ya. Aku disuruhnya berdiri di belakangnya di mana pipiku bersentuhan dengan pipi Baginda. Baginda berkata: Teruskan wahai Bani Arfidah! Ketika aku merasa letih, Baginda bertanya kepadaku: Adakah engkau sudah puas? Aku menjawab: Ya. Baginda pun bersabda: Pergilah.”
|HR Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 950|

Minit 2:55 > Membantu orang dalam kesusahan.

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah bersabda:

“Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari, engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.” |HR Bukhari dan Muslim|

Minit 3.12 > Mengasihi kanak-kanak.

Diriwayatkan oleh Usamah ibn Zaid Radiyallahu Anh:

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam meletakkan saya di (salah satu) pehanya dan meletakkan Al-Hasan ibn `Ali pada peha yang lain, dan kemudian memeluk kami dan berkata," Ya Allah! Engkau kasihanilah mereka, kerana aku sangat mengasihani mereka. "|HR Bukhari|

Minit 3:40 – 3:55 > Memberi makanan kepada jiran.

قال النبي صلى الله عليه و سلم : يا أبا ذر إذا طبخت مرقة فأكثر ماء المرقة وتعاهد جيرانك أو اقسم في جيرانك

Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam berkata, “Wahai Abi Zarr! Jika engkau memasak sup, lebihkanlah airnya (sup) dan penuhilah kewajipan engkau kepada jiran-jiran engkau atau membahagikannya kepada jiran-jiran engkau.” |Adab al-Mufrad|

sesungguhnya kami amat mencintaimu wahai Rasulullah.
Allahumma Solli 'ala Muhammad, Wa 'ala Aali Muhammad.

kita berdoa agar Allah memberikan kita kekuatan untuk menaladani sunnah Baginda, Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wasallam.

Like Sunnah, Share Khair! <3










Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

PeRdU cINta said...

Tidak terhitung sunnah baginda yang harus kita contohi..berdikit-dikitlah kita lunaskan supaya kita tidak berasa malu untuk bersua muka di sana nanti.. *_*

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .