Jom Follow!!!

Monday, October 22, 2012

Satu Kisah & Zulhijjah~

Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

ada satu kisah, yang lebih kurang begini ceritanya...

suatu hari sedang saya memandu kenderaan, saya memasang CD bacaan ayat suci al-Quran daripada seorang Qori’ yang terkenal, dan yang ada bersama saya ialah seorang anak kecil. 


kemudian Qori’ itu membaca satu ayat daripada surah Fussilat:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan.."

si kecil  itu kebingungan dan bertanya dengan pantas: "kenapa tak boleh sujud kepada tanda-tanda kekuasaanNya seperti matahari dan bulan, habis tu kita nak sujud kepada siapa?"

maka Qori’ tadi pun melengkapkan ayat itu selepas berhenti sekejap untuk mengambil nafas:

"..dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau benarlah kamu hanya beribadat kepada Allah."

si kecil ini pun bersetuju dengan berkata: "Ha’ah la, benar!"
maka bermanfaatlah apa yang didengar oleh telinganya, dengan apa yang dihayati oleh hatinya… 
*41:37

sahabat yang saya sayangi, beberapa hari lepas kita dah masuk 10 malam terawal Zulhijjah. Kita ingat-ingat balek amalan-amalan yang kita buat masa 10 malam terakhir Ramadhan dulu..

hari-hari kita berdoa mohon Syurga, hari ini Allah membuka lebuhraya untuk kita menujunya.

jom kencangkan amalan kita, jangan risau highway ni tak ada AES speed trap. Insyaallah setiap kelajuan akan dicatat dalam buku amalan.

dan semoga setiap amalan kita diterimaNya

teringat doa  ketika pertengahan Ramadhan dulu..

"Ya Allah sepertimana Kau pertemukan kami dengan Ramadhan, pertemukan juga kami dengan Lailatul Qadr"

maka 10 hari terawal Zulhijjah perbanyakkan doa, yang lebih kurang sama seperti doa di atas.

"Ya Allah sepertimana Kau pertemukan kami dengan Zulhijjah, pertemukan jugak kami dengan Hari Arafah"

hari ni dah masuk 6 Zulhijjah. Teruskan mood melipat gandakan amal soleh. 10 Hari yang paling diberkati ini Allah SWT pilih untuk kita berada di dalamnya seperti mana Allah SWT juga pilih dikalangan hamba-hambaNya untuk menikmati bulan Ramadhan ataupun bertandang ke Masjidil Haraam sebagai tetamuNya bagi menunaikan ibadah Haji.

jom kita berpuasa, banyakan zikir, doa, istighfar, solat sunat, tilawah dan selawat..

"tidak ada hari yang paling disukai Allah untuk melakukan amal soleh melebihi hari-hari tersebut (yakni hari-hari awal Zulhijjah tersebut)" (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

9 Zulhijjah nanti kita sama-sama berpuasa insyaallah. Diampunkan dosa setahun sebelum dan setahun yang akan datang.
Allahumma Solli wa Sallim 'ala Nabiyyina Muhammad 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

PeRdU cINta said...

tiada sempadan yang membataskan untuk kita sentiasa beribadat kepadaNYA..yang utama hati kita sama ada mahu atau tidak melaksanakannya..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .