Jom Follow!!!

Sunday, May 22, 2011

Temuduga Tertutup..


TEMUDUGA TERTUTUP :- 
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR
TANPA SEBARANG PENGECUALIAN !

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga

 TARAF JAWATAN (Untuk Semua Jawatan A, B dan C)TETAP
 
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (Khas Untuk Jawatan A Sahaja) :

1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga Yang Kekal Abadi

TARIKH TEMUDUGA : 

Bila-bila masa bermula dari saat kita bernyawa

LOKASI TEMUDUGA :  

Di Dalam Kubur (Alam Barzakh)

KELAYAKAN : 

Anda tidak perlu bawa siji-sijil..
termasuklah sijil-sijil saham di Bursa Saham dan saham internet...
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes atau Kad Kredit...
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul...
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi...
Sila bawa dokumen asal sahaja iaitu : 
Iman dan Amal serta Sedekah Jariah sebagai sokongan...

  PANEL/PENEMUDUGA :

  Mungkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda ?
2. Apa Agama anda ?
3. Siapa Nabi anda ?
4. Apa Kitab anda ?
5. Di mana Kiblat anda ?
6. Siapa Saudara anda ?

CARA MEMOHON : 

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda...
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi)...
Ia akanberlembut kepada orang-orang tertentu..
dan akan bengis kepada orang-orang tertentu...
Ia diberi nama Izrail...

P/S : Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk 16 Allahyarham2 mangsa korban tanah runtuh rumah anak yatim di Sungai Gahal, Ulu Langat, Kajang. Semoga Allah SWT menempatkan mereka dikalangan orang yang diredhai olehNya. Al-Fatihah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .