Jom Follow!!!

Wednesday, July 25, 2012

Duta Kepada Agama~

Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

pagi 5 Ramadhan tadi hati tiba-tiba terasa sayu kerana telah berlalunya 4 Ramadhan, dan bakal berlalu hari-hari Ramadhan yang lain kelak -_-,

moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

alhamdulillah bacaan al Quran pun sudah mencapai target mengikut hari Ramadhan.

1 hari 1 juzuk..

moga diri ini dan sahabat terus istiqamah dalam melakukan ibadat dan kebaikan..

moga Ramadhan kali ini membasmi segala kuman yang ada dihati, dijiwa, diminda.

benar.. sukar menentang nafsu yang bermaharajalela.

namun.. bagi seorang hamba.. nilai ibadah menjadi ukuran amalan.

harus diinsafi detik dan waktu yang berlalu..

Ya Rabbi.. kurniakan kepada ku.. sahabat-sahabatku.. keluarga ku.. dan saudara seislamku.. keberkatan dan kerahmatan yang telah Engkau janjikan..amin..amin ya rabbal alamin..

hari ini saya nak berkongsi satu kisah cerita yang terjadi kepada sahabat saya.

cerita yang boleh jadi iktibar kepada seluruh umat islam..

ceritanya...........

4 tahun dulu, sewaktu saya menuntut di Kuantan Pahang, pernah saya parking kereta di sebuah lot parking tanpa menyedari ia punya had masa sampai 1 tengah hari. keluar dari shopping tengok-tengok kereta dah tak nampak, dipenuhi dengan gerai orang berniaga walaupun masa itu baru 12.45. rupanya itu adalah tapak orang berniaga petang. kereta saya tersangkut ditengah-tengah, sangat dekat dengan kereta sebelah kanan dan kiri ada orang menggoreng guna minyak panas, selamba~

saya minta izin untuk keluar, tambahan ada temu janji ziarah bersama kawan-kawan ke rumah seorang guru waktu itu. semua peniaga buat sombong, masing-masing marah dan mengeluarkan kata-kata yang sangat menyakitkan hati, proses untuk keluar amatlah sukar dan memakan banyak masa, bayangkan kereta anda berada ditengah-tengah pasar malam..

hinggalah datang seorang not yet Muslim membantu, dia turut dimarahi dengan teruk, namun dia tetap tabah membantu sehingga kereta saya berjaya dikeluarkan. sepanjang proses tersebut dah ada rasa macam nak menangis, tapi risau nampak tak macho, saya sabar.

namun,not yet muslim tersebut tinggalkan saya dengan seungkap kata yang sangat pedih hingga berkaca mata saya. mungkin dia sangka saya bukan muslim kerana kulit saya agak gelap.
dia kata: "sabar,orang Islam memang macam tu

beberapa hari yang lepas, selepas solat asar, naik lif balik ke pejabat. turut bersama dua orang not yet Muslim, mereka berborak sesama mereka,mungkin mereka sangka saya tidak faham bahasa mereka. mereka kata: "sembahyang 5 waktu sehari, tapi kerja entah apa-apa" merujuk kepada sekumpulan muslim yang baru balik dari solat Asar.

aduh!

tanpa kita sedari, setiap hari setiap seorang daripada kita adalah duta kepada agama yang mulia ini, kebanyakan masa orang menilai agama dengan perangai kita seorang.


semalam disebabkan perlawanan Malaysia vs Arsenal kedai makan lagi penuh dari masjid. Allahurabbi..
 

sangat pelik masuk malam ke 5, masjid rasa makin membesar... 

dua tiga hari lepas masjid kecil sangat sampai ruang untuk orang solat terawih berkurang... 
semalam tiba-tiba masjid berubah jadi besar.. 
banyak ruang kosong... 
agaknya nanti 25 Ramadhan ke atas mesti masjid lagi besar kan...

nanti jangan ada not yet muslim kata "orang pergi solat dekat masjid, dia duduk kedai mamak sambil isap rokok.."


semoga Allah SWT ampuni kita dan melindungi kita daripada menjadi fitnah kepada agama yang sempurna ini.sama-sama kita baiki dan perkemas sikap dan akhlak kita.

# Perta Elfrida (not yet Muslim) merupakan salah seorang sahabat saya yang begitu perihatin terhadap orang islam. pernah suatu ketika dia berkata dan mengadu dekat saya akibat blackberrynya hilang dan dia tahu siapa mencurinya. dan dia kata "solat 5 waktu tapi mencuri.."   =_="



lihat saja ucapan Salam Ramadhan dia terhadap umat islam. menunjukkan betapa perihatin, ambil berat dan menilai agama kita..

saya percaya pada bagaimana kita bertutur dengan orang, cara kita menulis, bahkan apa yang disebut ketika melatah juga, itu lah menunjukkan akhlak kita sebagai umat islam, dan tahap pemikiran kita.

sebab itu saya pantang dengan kata-kata: "dia tu mulut je macam tu, tapi hati baik."

tidak ada istilah sedemikian pada Nabi Muhammad dan di kalangan para sahabat. bagaimana sucinya hati mereka, ditonjolkan menerusi akhlak dan pertuturan mereka.

jadi muhasabah diri, jaga akhlak kita. setiap hari setiap seorang daripada kita adalah duta kepada agama yang mulia ini, kebanyakan masa orang menilai agama dengan perangai dan akhlak kita.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .