Jom Follow!!!

Saturday, July 14, 2012

Fuhhh..Pergilah Segala Kesedihan~~


mata menangis tapi hati ini tetap yakin Allah akan beri apa yang terbaik untuk hambaNya...

ada masanya Allah letak sesuatu tu terbaik untuk kite, walaupun kite rasa itu yang paling tak baik.

 jangan merungut menyalahkan Allah, redha is the best policy. kerna orang beriman itu sentiasa bersangka baik terhadap Allah.. :)

 monolog sendirian di dalam hati..

"cuba berikan satu sahaja nama hamba Allah yang tidak pernah diuji? satu sahaja..."

dan tiada jawapan untuk soalan itu..

setiap hamba Allah pasti diuji. mengapa? kerana Allah terlalu sayang kepadanya. Allah tersangatlah rindu kepada hambanya itu. Allah mahukan si hamba pulang kepada Allah dalam sujudnya. Allah mahukan si hamba menitiskan butiran manik jernih berupa air mata kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosanya. Allah  mahu sediakan sebuah "surprise" yang besar buat si hamba di syurga kelak. kerana Allah adalah sebaik-baik kekasih, maka Dia jua lah yang tahu apa yang terbaik buat kita semua.

tersenyumlah wahai diri, usah berduka lara..

redha dengan ujian yang menimpamu, kerana ia akan membuatkanmu kaya di dunia, dan kelak kaya di akhirat. jangan bersedih, kerana Allah itu Maha Pengampun dan rahmatnya Maha Luas. 

ujian itu membuatkan kamu terlalu istimewa. anggaplah ujian ini sebagai satu anugerah. Allah beri anugerah ini hanya untuk kamu seorang sahaja. tidak boleh dikongsi-kongsi. tidakkah kamu terasa diri istimewa? Allah memuliakan dirimu dengan anugerah berbentuk ujian. Allah yakin kamu boleh menghadapinya. sedangkan yang menciptakanmu sendiri yakin dengan keupayaanmu, mengapa tidakkah dirimu? ingatkah anda kepada SMS cinta daripadaNya yang berbunyi:

Allah tidak menimpa sesuatu ujian kepada hambanya melebihi kesanggupan hamba tersebut.

if Allah brings you to it, He will help you go through it as long as you remember Him in every single step.
~ rojak lah pulak huhu =) ~

kalam Allah yang indah dalam surah Al-Insyirah turut menyebut:

"Fainnama al usri yusra"
sesungguhnya dalam setiap kesusahan ada kemudahan

malahan, kekasih Allah Nabi Muhammad SAW pun diuji dengan ujian yang jauh lebih besar daripada yang menimpa diri kita. apalah sangat ujian yang kita terima ini? adakah ujian kepada insan yang mulia itu tanda Allah tidak adil. atau adakah ia bermaksud Allah tidak menyayangi baginda Rasulullah? tidak sama sekali. malah Allah hadiahkan baginda dengan raudhatul jannah yang kekal abadi. Rasulullah meninggalkan penawar buat diri kita yang menimpa musibah:

“ Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup
kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri
atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah
akan meningkatkan darjatnya satu darjat dan menghapuskan
satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”
 [riwayat al-Hakim]

maka apakah perlu bersedih lagi wahai Nur Afifah Ghazali?

fuhhh..pergilah segala kesedihan, sudahlah jangan menangis lagi wahai diri.....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .