Jom Follow!!!

Friday, March 25, 2011

Mimpi Dan Impian Untuk Berjaya .......~

Hujung semester musim exam... siswa dan siswi selalunya sibuk menelaah pelajaran masing-masing. Mereka yang belajar secara k0nsisten akan melalui masa ulang kaji dengan bersahaja.
Sebaliknya, mereka yang baru membuka buku pada saat-saat akhir akan mengalami huru hara perasaan. Tidak tahu buku apa yang hendak digagau dahulu, bab mana yang hendak dibelek dan fakta mana yang perlu difahami. Kismis pandai yang dikunyah dan air penerang hati yang dig0g0k tidak akan membantu mereka yang mengulangkaji pada waktu kecederaan kecuali hanya mengembungkan perut semata-mata...

Begitulah bezanya di antara mereka yang hanya bermimpi dan mereka yang mempunyai impian. Yang bermimpi hanya memasang angan-angan. Siswa dan siswi, khayalannya ialah keputusan GPA 4.0 yang tentu sekali bersama Anugerah Dekan. Malangnya, 0leh kerana ia bayangan dan khayalan, mimpi mereka akan bertukar menjadi igauan apabila keputusan diper0lehi dan realiti menjengah di depan matanya.

Untuk yang berimpian pula, kerajinan sudah menjadi resminya, kesungguhan itulah karakternya dan kecemerlangan adalah tabiatnya. Dia manusia realistik kerana kejayaannya dibina, bukannya dikejar. 0leh kerana kejayaannya dibina, ia kukuh berpijak di bumi nyata. Jika dia mengejar kejayaan, kejayaan itu sendiri akan semakin jauh seperti pelangi yang tidak mungkin digapai.

Kejayaan Dicipta, Bukan Nasib

Lihatlah mereka yang sebenar-benarnya berjaya. Kejayaan mereka dicipta. Ia bukannya nasib. Dari segi zahir, kejayaan yang diper0leh tampak begitu senang dan mudah. Padahal, segala derita sengsara, duka nestapa dan peluh bersama air mata darah telahpun dihadapi dengan sabar, reda dan pasrah.

Kerana itu, kejayaan sese0rang tidak boleh ditiru begitu-begitu sahaja. Jika kejayaan ditiru, ia tidak akan kekal lama.
  0leh kerana ia hanya tiruan, kejayaan yang diper0leh biasanya hanya sekejap. Puncaknya hanya dapat disentuh seketika sahaja hari ini. Pada hari es0knya, dia akan menggel0ngs0r ke tempat asal.

Menjejaki Daya, Bukan Meniru Gaya

Yang penting untuk berjaya ialah menjejaki daya mereka yang berjaya, bukannya meniru gaya mereka yang telah berjaya. Akibat hanya meniru gaya, kita hanya memperoleh kulit kejayaan. Sebaliknya bila kita meniru daya 0rang yang berjaya, kita akan memper0leh isi kejayaan itu sendiri.

Pendek kata, mana ada jalan pintas untuk berjaya? Malah, jika kita gunakan segala pengaruh, kuasa dan wang untuk memasuki lebuh raya kejayaan, ia pasti dihalangi dengan pelbagai t0l kerenah yang bukan-bukan sebagai imbuhan.

Sebab tu janganlah bermimpi untuk berjaya. 
Sebaliknya kita mesti memasang impian. 
Ini adalah kerana, mimpi dan impian adalah dua m0de minda yang berbeza!

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَ الرَّحِيم                                      

            Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, 
wa hifzaal mursaliin wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, 
fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin

Ya Allah, kurniakanlah hambamu ini fahaman nabi-nabi
dan hafalan para rasul serta mendapat ilham
dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kepadaku kesihatan  
Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih
Ya Allah bantu la hambamu yang lemah ini
untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 5 ini dengan jayanya 
agar dapat mengembirakan hati kedua ibu bapaku dengan keputusan yang diperolehi
dan kurniakan kejayaan kepadaku di dunia dan di akhirat 
amin....~






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .