Jom Follow!!!

Tuesday, December 20, 2011

".........."


Situasi 1 :

"suka betul u pergi KLCC eh ? "

"aah.. I kalau datang sini ,suka pergi taman dia .. tenang jer .."

"wah .. romantik la awak ni .eh awak, dah masuk zohor ni ..jom g surau .. kat mana mana surau sini yer .."

“ Er.. er..sana kot.. eh, tak .. belah sana .. tapi ari tu dah pindah blah sana ..i rasa dah tutup kot surau sini .."

"......….."

Situasi 2 :

"awak .. awak suka perempuan camana yer ? "

"saya suka wanita solehah cam awak .. lembut , sopan santun.. solat bila tiba masa  dan utamakan keluarga.."

"kalau begitu, saya mintak maaf la.. kita terpaksa putuskan hubungan kita …"

"hah ? tapi kenapa ? "

"parents saya tak beberapa sukakan awak .. sebab awak tak solat , pakai seluar pendek , pakai rantai , dan paling utama .. awak pentingkan kawan kawan awak lagi dari keluarga awak .."

"tang kawan-kawan tu , saya takleh terima ! saya utamakan keluarga saya ok !"

"kalau begitu , pasti awak solat , tak pakai rantai , dan tidak lepak sehingga jauh malam kan ? takkan parents tak nasihatkan awak kan?"

"erk …"
  
Situasi 3 :
  
"saya rasa , ini kali terakhir kita berjumpa"

"tapi kenapa ? "

"awak sekadar membuang masa keluar dengan saya .."

"kenapa lak awak kata macam tu ? apa buktinya ? "

"awak lebih suka bercerita tentang duniawi bila berada dengan saya.  awak inginkan wanita solehah tapi saya tak nampak awak mampu jadi suami yang soleh "

"esok jugak saya berubah ! "

" ok, jumpa saya setelah awak benar-benar berubah kerana Allah .. "

"macam mana saya nak buktikan yang saya berubah kerana Allah ? "

"awak takkan jumpa saya lagi. sebaliknya akan terus meminang saya  dan menikahi saya selepas itu .."

"ngeeeee...."

kesimpulannya....

seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calon idaman hatinya...

 ini kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan dapat memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya kelak.....

yang harus cerewet pastinya adalah Wanita....

 ini kerana dia sedang memilih calon IMAMnya...

 dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbingnya dengan baik didunia untuk dibawa bekalan di akhirat kelak...

maka..memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum...

jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya... Insyaallah~ 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Bulan Syurga Firdausi said...

hehehe yup betul3 :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .