Jom Follow!!!

Monday, May 9, 2011

Di Sebalik Sebiji Telur..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

sebuah cerita untuk sesiapa yang penggemar telur..

dulu saya pun suka makan telur..

pergi kedai makan..

" mamak bagi telur separuh masak satu set "

" makcik macam biasa la nasi goreng tambah telur mata "

kalau dekat rumah..

" mak makan la dulu adik nak goreng telur kejap"

walaupun pelbagai lauk dihidangkan telur mesti wajib ada..

sampai la satu ketika...

uiisshhh..gatalnya.. apa benda ni bintat-bintat kat badan ni..

mak adik kena ulat bulu rasanya ni..gatalnya....

bintat-bintat badan ni macam kena gigit nyamuk..

memang rasa macam nak menangis masa tu..

sampai kat klinik...

Dr : awak ni terlebih makan telur...
sehari berapa kali awak makan telur ?

fifa : Dr kalau makan telur pun boleh jadi macam ni ke.. ?

satu hari abang saya yang sorang tu la..

Ahmad Afif...siapa lagi adik beradik dua orang je ni..

bercerita tentang  Di Sebalik Sebiji Telur..

disebabkan adik dia ni suka sangat makan telur..

beginilah hakikat sebenar kejadian seekor ayam yang boleh terlihat dengan pancaindera..... 
dari sebiji telur yang menjadi santapan kita hari-hari...
Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pencipta... 
menghidupkan dan merubah sesuatu benda atas kehendakNya yang Maha Kuasa... 

Subhanallah...

namun begitu hakikat sebenar penciptaan 
setiap makhluk tetap menjadi rahsia Allah S.W.T... 
mari kita renungi...


















what u feel ?


SUBHANALLAH !
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kalau.Kalau dan Kalau..


"Kalau..Kalau..Kalau..Kalau..."

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita..
berapa banyak dosa kita ?
berapa banyak pahala ?
 
Kalaulah dosa itu macam batu..
berapa berat perlu kita angkat ?
Kalaulah pahala itu bagai duit..
Berapa banyak boleh simpan dalam akaun ?

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa..
dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri..
adakah kita akan berkawan dengan mereka ?
atau takut dan memusuhi mereka ?
atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. ?

Kalaulah Muhammad hidup bersama kita..
adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.. ?
kita malu berbuat dosa ..
malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat..
malu sebab tinggalkan risalah baginda..
malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara..
bergaduh hanya sebab kuasa, ideologi dan harta..
 
Padahal dah tahu tak bawak manapun..
harta berlambak kat akhirat nanti..
Padahal dah tahu pegangan kita sama..
Padahal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli keampunan dari Allah..

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka..
Tempat dan rupa nya bagaimana..
Apa isi dalam syurga..
Apa isi dalam neraka..
dan setiap Ahmad, Abdullah dan Arrijal dicop dia munafik, kufur, islam atau beriman...
masihkah saya dan awak lari dari tanggungan amalan.. ?
masihkah kita berdalih dan beralasan ?

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita..
masihkah kita sanggup syirikkan dia ?
agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia ?

Berkalau-kalau tu amalan syaitan..
Dan dalam islam berkalau itu tidak baik..
tapi "kalau" yang ini saya tulis ini..
untuk keluarkan saya, awak dan semua orang
dari terus teruk daripada syaitan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 8, 2011

Fikirkan Sebelum Menghisap & Menghembusnya..


Sesungguhnya setiap insan adalah hamba Allah yang diamanahkan 
supaya memelihara rohani dan jasmaninya...
Ini adalah kerana dirinya bukanlah miliknya yang mutlak...
Dirinya, fizikalnya serta tubuh badannya adalah milik Allah SWT...

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Al-Baqarah:195)
 
Jika dulu la kan..
para penagih rokok ni terdiri dari kalangan lelaki dewasa je..
tapi sekarang penagih rokok dah tak kira usia dan jantina...
Lelaki, wanita, dewasa dan remaja dan kadang-kadang..
murid sekolah rendah pun sudah ada yang merokok.
Apa nak jadi... ?
kalau kita tengok la..
kadang-kadang ada sesetengah kaum hawa ni...
slamber je hisap rokok depan orang ramai..
mana perginya malu seorang wanita ? 

 Bukankah merokok itu membahayakan kesihatan ? 

Diantara bahan kimia yang merbahaya di dalam setiap batang rokok
 

merokok merupakan penyebab utama berlakunya serangan kanser (barah) paru-paru..
Asap tembakau mengandungi sebanyak lebih kurang 4000 jenis kimia yang berlainan..
. Sekurang-kurangnya 43 daripada bahan kimia ini di ketahui menyebabkan kanser...
Terdapat juga bukti meningkat..
bahawa seorang yang sering terdedah dengan hembusan asap rokok..
dan mereka yang sering berada di persekitaran orang yang merokok..
boleh mengidap kanser paru-paru walaupun ia tidak merokok...
 
Ada je yang cakap..
 
“Aku kalau tak merokok sehari buntu rasanya, tak datang ilham.”
 
“Hilang rasa bosan bila kena sebatang.”
 
"rasa mengelatar lutut aku ni kalau tak merokok sehari"

Bagi seorang yang muslim..
ketenangan hati dan jiwa yang tenteram..
bukan diperolehi dengan benda-benda 
yang memudaratkan dan merosakkan...
Sebaliknya ketenangan hanya diperolehi 
dengan melakukan ibadat dan zikrullah...

“Orang-orang yang beriman 
dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. 
Ingatlah dengan mengingati Allah, 
hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra`d: 28)
 
Sebagai insan yang waras..
tekadkan dalam diri anda..
berikrar untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia..
khususnya merokok...

Jika kita fikirkan seseorang yang merokok.. 
yang dihisap adalah asap..
dan yang dihembus keluar juga adalah asap...
Jadi dimanakah untungnya merokok... ?
kenyang ke perut dengan hisap rokok ?
Kasihanilah orang lain disekeliling anda..
terutamanya keluarga yang terpaksa sama menghidu asap rokok...


Dalam islam merokok itu hukumnya haram..
tepuk dada tanya iman...
fikirkan la wahai hamba-hamba Allah..
tidak kiralah anda lelaki, wanita, kanak-kanak..
atau apa jua sekali pun umur dan jantina anda 
sayangilah diri anda..
kerana dirimu amatlah berharga...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu...

 
Mak..bergenang air mata adik..
Terbayang wajahmu yang redup sayu..
Kudusnya kasih yang mak hamparkan..
Bagaikan laut yang tak bertepian..

Biarpun kepahitan telah mak rasakan..
Tak pula mak merasa jemu..
Mengasuh dan mendidik dua orang anakmu yang nakal ini...
 
 
Ahmad Afif dan Nur Afifah....
Dari kecil hingga dewasa..

Hidupmu mak korbankan..
Biarpun dirimu yang telah terkorban..
Tak dapat adik balasi akan semua ini..
Semoga Allah memberkati kehidupanmu mak..

  Mak kau ampunilah dosaku..
Andainya pernah menghiris hatimu..
Restumu yang amatlah adik harapkan..
Kerana disitu letak syurgaku..

Tabahnya melayani kenakalan anakmu..
Mengajarku erti kesabaran..
  Mak bagai pelita di kala adik kegelapan..
Menyuluh jalan kehidupan..

Ya Allah kasihanilah bondaku yang telah melahirkan diriku..
Moga bahagia mak di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai..
Itulah harta yang engkau berikan..

Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku..
En Ghazali & Pn Noridah..
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil lagi...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 6, 2011

Walaupun Hanya Pelajar Politeknik..

 
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَ الرَّحِيم
 
Di sini saya mempuyai satu cerita..

Kebenaran yang sering berlegar-legar di sekeliling kita..
 
Situasi yang sering berlaku di dalam kehidupan kita..

Situasi : Klinik Kerajaan AU 2 Taman Keramat..
 
makcik : anak ni tunggu siapa ?

fifa : saya tunggu mak saya makcik..
selalu ayah saya yang bawa mak saya..
tapi hari ni saya free..saya bawa mak saya...

makcik : 0oowhhh..anak ni tak sekolah ke ?

fifa : sekolah makcik..cuma sekarang ni tengah cuti..
baru je lepas exam...

makcik : sekolah kat mana ?

fifa : poli shah alam..

makcik : poli ? politeknik...

fifa : ye saya...

makcik : politeknik je ? kenapa tak masuk universiti.. ?
anak makcik semua masuk universiti..

fifa : tak pe la makcik mugkin Allah dah tentukan rezeki saya kat situ..
tak semestinya pelajar poli tak boleh berjayakan...
sekurang-kurangnya saya ada minat untuk belajar..
saya usaha untuk mencari masa depan yang cerah..
Alhamdulilah saya tak seperti remaja lain..
yang berperleseran tak tentu hala..
abang saya pun pelajar poli juga makcik..
Alhamdulilah berjaya..sekarang dah kerja kerajaan dah..
rezeki tu Allah yang tentukan..
kita sebagai hambanya perlu usaha..
usaha untuk mencari masa depan yang lebih baik..
walaupun hanya sijil..hanya diploma..
yang penting kita usaha memperbaiki hidup kita..

makcik : hanya senyum...
 
fifa : saya balik dulu makcik..
tu mak saya dah habis jumpa DR dah..
assalamualaikum...

p/s : Jangan memandang rendah kepada seseorang..
walaupun hanya pelajar politeknik..
walaupun hanya seggulung sijil..
seggulung diploma...
tak semestinya kita tak boleh berjaya..
ada je orang yang belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya hanya jadi penganggur..
ada je orang yang phd tapi hanya jadi kuli kepada orang diploma..
yang penting kita usaha..
usaha untuk memperbaiki diri kita..
insyaallah..rezeki itu Allah dah tentukan..
Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk kita..
cuma kita sebagai hambanya perlu berusaha...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 5, 2011

Aku Ingin Mencintaimu....


Sebenarnya cinta kepada ALLAH itu ibarat pelita yang menyilaukan..
Jika ia menetap dalam jiwa ia akan memabukkan..
Pada lahirnya ia berupa rahsia..
Sedang pada batinnya ia berupa CINTA...
 
 Ya Allah aku Cinta Mu..
Ya Allah aku Rindu Mu..
Ya Allah sayang Mu....

Aku ingin mencintaiMu setulusnya..
Sebenar-benar aku cinta..
Dalam doa..
Dalam ucapan..
Dalam setiap langkahku..
Aku ingin mendekatiMu selamanya...
Sehina apapun diriku..
Ku berharap untuk bertemu denganMu Ya Robbi....
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pesanan Untuk Kaum Adam

Bismillahirrahmanirrahim....
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..

Entry kali ini bukan entry diskriminasi gender tapi ini adalah realiti..


 
 
 
 
 

 
 

“Tell the believing men to lower their gaze and be modest..
That is purer for them...
Allah is Aware of what they do...
And tell the believing women to lower their gaze and be modest.” 
(An-Nur: 30-31) 

Allah dah bagi peringatan supaya kita menjaga perhubungan sesama lawan jenis...
 
Bila mana kita tidak menjaga pandangan..
kelakuan pun tidak akan terjaga... 
Yes..benda ini yang kita nampak remeh je pun..
 Tapi kesan dia sangat besar..
Mempengaruhi seluruh kehidupan...
Penjagaan hati itu penting...
Amat penting.. 

Sekali lagi saya ingatkan..
Bukan niat saya untuk berat sebelah..
Untuk menyebelahi atau memenagi kaum wanita..
Tapi saya hanya berkongsi cerita tentang kebenaran..
Kebenaran yang sering berlegar-legar di sekeliling kita..
Sekadar peringatan bersama..
Waallahu'alam.. =)
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .