Jom Follow!!!

Friday, August 19, 2011

1001 Kesan di Hati...


Salam to all readers~ =)

kita akan masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan bermula malam ini...

waktu ini Rasulullah menyarankan kita meningkatkan amalan ibadah untuk 'bertemu' dengan malam lailatul qadar...

malam yang lebih baik dari seribu bulan..

1001 kesan di hati...

orang selalu cakap...

" alah..dia tu pun macam tu, nak tegur-tegur orang pulak..."

tapi kalau kita nak tunggu baik sebab kita tak perfect 100% sampai bila ?

sangat payah untuk hidup dengan orang yang banyak kritik je...

tak kira la tua ke muda..

tapi bila si muda menegur yang perkara yang baik...si dewasa kena la menerima...

janganlah anggap kamu dah dewasa sikit walaupun beza dua tiga tahun kamu berasa bangga dan anggap diri sentiasa betul...

kita manusia biasa...

kadang-kadang kita ada buat silap..

kita menegur, memberi ilmu, memperingati sesuatu, untuk mentarbiah diri..

teringat usrah minggu lepas...

" bila kita nak tunggu masa yang betul-betul kita sedia untuk jadi naqibah (jawabnya memang tak de lah kan) tapi anggaplah melalui usrah ini, yang mana bila kita tarbiah... kita tarbiah diri juga"

ingatlah dua perkara..

kebaikan orang kepada kita..

kita kena selalu ingat kebaikan orang kepada kita...

orang yang telah dan pernah menolong kita...

ianya mampu membuatkan kita menjadi lebih pemaaf bila kita ingatkan kebaikannya melebihi kesalahannya..

kesalahan kita kepada orang..

ia akan memimpin kita untuk selalu meminta maaf...

kata-kata maaf mampu melembutkan hati....

kita akan sentiasa beringat untuk tidak lagi melakukan kesalahan yang pernah kita lakukan...

lebih-lebih lagi dosa kita kepada Allah...

ingat kembali kederhakaan kita...

selalu liat solat awal atau berjemaah, selalu itu selalu ini...

ianya penting untuk menimbulkan rasa keinsafan dalam diri...

DOSA YANG MENYEBABKAN KITA MENANGIS LEBIH BAIK DARIPADA KEBAIKAN YANG MENIMBULKAN RASA TAKBUR...


lupakanlah dua perkara..

kebaikan kita kepada orang..

jangan kita suka ungkit-ungkit kebaikan kita kepada orang lain...

orang pernah kita tolong..orang yang pernah kita bantu...

kita cumalah wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikanNya kepada manusia lain...

lagi-lagi amalan kita terhadap Allah..

perbuatan mengingati amalan yang telah dikerjakan hanya akan merobek keikhlasan hati sahaja...

sedangkan semuanya atas hidayah dariNya juga...

so kita kena selamatkan diri dari rasa ujub, sum’ah, riak dan bangga diri...

kejahatan orang terhadap kita..

susah kan nak anggap seolah-olah tak ada siapa yang pernah buat salah dengan kita ?

kita kena latih diri menjadi seorang pemaaf...

ya peringatan buat diri Nur Afifah Ghazali sendiri juga.... ^^

benda ini akan melatih kita untuk mengawal rasa marah dan membuang dendam...

kita cumalah hamba Allah bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan...

makanya bila someone buat kesalahan kepada kita,,

anggaplah kita memang layak disakiti kerana KITA CUMALAH HAMBA ALLAH...

kita juga perlu melupakan segala kesusahan, ujian, musibah yang telah Allah timpakan..

dan kita harus menyedari bahawa setiap ujian dan musibah yang Allah timpakan ke atas kita adalah sebahagian mehnah daripada Allah untuk kembali mengajak kita bercinta denganNya kembali...

sebab kita selalu terlupa dan terleka urusan dunia..

dan Allah ingatkan kita kembali melalui ujian yang diberikan...

p/s : malam ni sudah masuk malam ke 20 Ramadhan iaitu fasa ke 3..bebas dari azab neraka..10 terakhir ramadhan ialah masa kemuncak hambaNya merebut pahala..jom kita kejar dan pecut pahala yang diberikan oleh Allah..islam itu indahkan ? =)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 15, 2011

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa...



“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa”  [al-Baqarah 2: 183]

sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan....
separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu...
jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak..
separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan...
berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan...
semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang....

apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini ?
andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena....
maksiat kita tinggalkan tapi kebaikan tidak kita lakukan....
tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Allah....

andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah....
namun kita belum selamat....
pasukan nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan...
mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan....
tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu....
biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat bukan sentiasa di atas urat...
namun kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya…
kamu di ambang kekalahan....
Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa....
ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita..
apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang ?

tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan...
bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang...
masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian....
dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua…
apakah masih ada ruang untuk berlengah ?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin. ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

kita telah tahu formula (iman + puasa) = Taqwa....

kita juga telah tahu bahawa puasa ini istimewa kerana ia suatu amalan yang tersembunyi....
tidak seperti Solat yang kelihatan, Zakat yang ada catatan atau Haji yang ada pendaftaran, puasa ini begitu eksklusif antara kita dengan Allah...

kita tidak menelan air semasa mandi di bilik air, tidak melihat yang haram walaupun sendirian jauh dari pandangan manusia, semuanya kerana kita berpuasa atas dorongan iman kepada Allah...
dorongan ini kita ulang 30 kali dalam sebulan untuk menanam nilai tulus dan ikhlas dalam beramal kepada Allah....

atas maksud inilah, Allah memberikan ganjaran khusus lagi eksklusif kepada mereka yang berpuasa kerana ia adalah taabbud yang istimewa antara seorang hamba dengan Penciptanya....
sama ada Taqwa itu berjaya dicapai atau tidak boleh dilihat pada tatacara dan tingkah laku kita semasa meninggalkan Ramadhan serta di ambang menyambut Syawal....

jika puasa itu telah berkesan tentunya semua kebaikan yang telah diulang 30 kali dalam sebulan, akan menjadi tabiat dan kebiasaan yang boleh kekal berpanjangan...
namun nilaikanlah erti Aidilfitri kepada kita....

adakah ia manifestasi kehambaan kita kepada Allah...
atau hari rasmi melepaskan nafsu liar dari kandang latihan ?
bagi seorang hamba, raya itu adalah ibadah dan bukannya adat....
menukar ibadah kepada adat, adalah sifir songsang bagi kehidupan seorang hamba...

tidak selayaknya untuk seorang yang telah menempuh bulan Ramadhan, hanya mampu menggambarkan Syawal menerusi jamuan makan, pesta budaya dan agenda bersuka-suka semata...

apakah yang demikian itu hasil ibadah kita ?

apakah itu erti Taqwa bagi kita ?

apakah layak untuk kita beraya tanpa Tuhan?

sedangkan kita hanya hamba yang menumpang kediaman…
selamat memburu Lailatul Qadar… ^^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 13, 2011

Larangan Pembesar Suara...


saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.....

 fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak.... 
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak....
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain...
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit....
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya...
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin:http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita ?
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 1, 2011

Seorang Pendosa Memasuki Ramadhan....

sejujurnya saya rasa terharu apabila seorang pendosa seperti saya diberikan oleh Allah SWT peluang untuk memasuki Ramadhan yang teramat-amat mulia ini....
ya...terharu.... seakan-akan Allah SWT bersuara :
“Nah, ini peluang untuk kamu membersihkan diri...”

seakan-akan ini adalah bukti tanda Allah masih ‘mahu’ pendosa ini memasuki syurgaNya...

kamu, saya dan mereka....

kita semua adalah pendosa...

  sungguh banyak kesilapan telah kita lakukan hasil kelalaian kita selama ini...

sudah diingatkan berkali-kali tetapi tetap alpa dan leka...

akhirnya terpalitlah pada diri ini dosa-dosa yang kalau kita lakarkan lukisan bentuk hati di atas kertas dan menitik satu titik hitam bagi setiap dosa nescaya mungkin gelaplah lakaran bentuk hati itu lantaran banyaknya dosa-dosa kita....

namun pendosa seperti kita ini Allah SWT berikan lagi Ramadhan kepada kita...

apakah perasaan kita ?
hanya orang yang mati sahaja akan mengetahui nikmat hidup...
 
dan hanya orang yang mati sebelum Ramadhan sahaja yang akan mengetahui betapa mahalnya sebuah Ramadhan untuk dirinya...
 
Ramadhan adalah medan di mana Allah lambakkan segala ganjaran...

tetapi lebih dari ganjaran-ganjaran tersebut adalah, Ramadhan ini Allah lambakkan juga dengan peluang-peluang keampunan yang terbuka luas...

dan perasaan bahawa Allah SWT masih memandang kita, masih memberikan peluang kepada kita, nyatanya di situ ada tanda yang jelas bahawa ALLAH MASIH SAYANG KITA...

justeru hati pendosa mana yang tidak kembang dengan perkara ini ?

seakan-akan orang yang lapar tidak makan berhari-hari, yang kemudiannya diberikan makanan...

begitulah pendosa-pendosa yang gelisah dengan dosa-dosanya dan kemudian diberikan ruang keampunan...
Allah itulah yang sedang memandang kita para pendosa dan memberikan belas kasihanNya kepada kita dengan memberikan peluang Ramadhan kali ini buat kita...


 siapakah kita?


kita yang penuh dengan lumpur-lumpur dosa...


kita yang bila diberikan peringatan lupa.... 


kita yang bila ditegur tak ambil peduli langsung..


kita yang terus-terusan mengulang dosa yang sama...


kita yang lambat bergerak menghargai peluang keampunanNya selama ini...


kalau Allah benci dengan kita Dia boleh sahaja mematikan kita sebelum Ramadhan...


tidak memasukkan kita dalam kalangan yang mendapat peluang ini...


tetapi sekarang Ramadhan telah tiba dan kita berada di dalamnya...


maka marilah kita para pendosa yang masih hidup ini, bersyukur, dengan mengambil peluang Ramadhan ini, menjadikan Ramadhan kali ini medan perubahan kita...


apakah yang lebih besar dari perasaan “Allah Masih Memandang Aku. Allah Masih Sayang Aku.” 


nyata orang-orang yang melihat akan tersedar, lantas mengambil peluang Ramadhan ini...


Allah masih sayangkan kita...

Ya Allah sekiranya Ramadhan ini yang terakhir untuk kami jadikanlah Ramadhan ini terbaik untuk kami Ya ALLAH....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

 
Ramadhan..

bulan dimana nafas kita menjadi tasbih..
 
tidur kita menjadi ibadah..
 
amal kita diterima dan doa kita di ijabah...
 
Ramadhan.. 
 
bukan hanya bulan puasa..
 
tetapi apa yang paling besar adalah ia adalah bulan Al-Quran..
 
niat puasa
نويت صوم فرض رمضان كلّه هذه السنة لله تعالى   
Sahaja aku berpuasa sepanjang bulan Ramadhan keseluruhannya kerana Allah Taala
sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan..
 
puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan..^^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 26, 2011

Belajar Hormati Azan..

 
kematian itu pasti menjelma...
 
hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui...
 
cuba kita amati... 
 
kenapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..
 
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'..

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." 
 
jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri..
 
jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang...
 
sebagai orang yang beragama islam kita WAJIB menghormati azan...
 
banyak fadhilatnya...
 
jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri...
 
mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri ? 
 
muhasabah diri..
 
kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka...
 
mari kita sama-sama menghormati azan...
 
mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut...
 
"Ya Allah  Anugerahkanlah kematian ku dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah ku mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 19, 2011

Erti Ramadhan....



ramadhan tu bukannya diertikan sebagai bazar ramadhan..

bukan diertikan dengan malam tujuh likur pasang pelita..

bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung..

bukan diertikan dengan berlumba-lumba buka puasa di hotel..

bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di tv..

tapi benda-benda tu la yang jadi definisi Ramadhan kat Malaysia ni..

orang kita dah hilang erti ramadhan itu sendiri...

bagi saya ramadhan itu purification...

kira penyucian by all the mean and senses of the word..

kalau kita tengok apa yang orang kita faham banyak benda yang dah bercampur...

kenapa saya cakap macam ni ?

contohnya sambutan berbuka puasa...

memang la bagus nak meraikan buka puasa...

tapi cara nak meraikan tu pun kena la appropriate juga...

yang kita tengok kebanyakan orang buat sambutan buka puasa ni campur je lelaki dan perempuan..

dah gaya orang buat catching up kat mapley pun ada...

pergaulan tak terjaga..

layan dengan sembang-sembang kosong...

patutnya boleh buat pahala tapi dah jadi makna lain kalau macam tu gayanya..

mungkin ada yang kata saya ekstrem ke apa...

tapi itu kenyataan kan ?

sebab kat Malaysia ni benda-benda agama banyak yang dah jadi budaya..

padahal hitam dan puth itu sudah jelas nyata..

berapa ramai orang islam kat luar sana yang hanya menjadikan puasa dan bulan ramadhan tu hanya sekadar budaya je pada zaman sekarang...

erti ramadan tu tak terasa sangat..

ramadhan tu hanya diertikan oleh tak makan..

ramadhan tu hanya diertikan oleh bazar ramadhan..

ramadhan tu hanya diertikan dengan tarawih dan moreh..

ramadhan itu hanya diertikan jemputan berbuka puasa disini dan disana..

ramadhan tu dah jadi budaya bukan lagi tuntutan agama..

tengok kat KL pun dah cukup..

segala tempat makan yang ada mesti penuh..

tak kira la gerai ke..restoran ke..kedai mamak ke...hotel ke..

penuh dan akan terus penuh sampai la masuk waktu isyak..

dan orang di situ tak surut-surut juga sampai lah waku moreh pulak..

maghribnya kemana..isyaknya kemana..terawihnya kemana..

ada makna ke berlapar seharian tapi benda yang paling asas tak dibuat..

hari pertama puasa dah pasang lagu raya..

dah tu mana roh ramadannya ?

orang patutnya kejar Lailatur Qadar tapi orang Malaysia ni kejar lailatul kamdar..

baru masuk bulan rejab bulan syaabaan tempahan untuk berbuka puasa dah ada..

puasa ni bukan hanya tahan lapar dahaga di perut je..

tapi puasa ni untuk bersihkan roh..

muhasabah diri kita...

apa ertinya ramadhan pada diri kita sendiri..

Ya Allah, aku tidak mahu dan rela jika Ramadhan kali ini cuma "sama" atau lebih buruk lagi kurang prestasi dan pahalanya dari yang lalu..Izinkan Ramadhan ku kali ini menjadikan aku Muslimah sejati..ampunkanlah dosaku yang menimbun...Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu begitu saja..Ya Allah pimpinlah daku yang lemah ini mengharungi segalanya dengan sabar..aku mohon padamu ya Allah diberikan kekuatan..ku merayu padamu ya Allah supaya diterima amalan..amin ya rabbal alamin...~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .