Jom Follow!!!

Saturday, November 5, 2011

Berderai Jua....

berusaha menjadi kuat dan akhirnya berderai jua air mata ini...

raya pertama dalam seumur hidup berjauhan beribu batu dengan mak ayah...

sebak hati ini bila dapat panggilan dan salam aidil adha dari mereka ditanah suci...

lagi sebak bila dapat panggilan dari satu-satunya abang tersayang yang berkali-kalinya meminta maaf dekat satu-satunya adik yang dia ada sebab tak dapat balik raya dan menemani adiknya pada malam raya akibat terpaksa bertugas untuk negara tercinta...


kini hanya kesunyian dan kesepiaan yang menemani....

mendengar takbir raya seorang diri...

hanya mengosok baju raya untuk diri berbanding sebelumnya empat pasang baju raya perlu digosok...

salam aidil adha dari anakmu Nur Afifah Ghazali dan Ahmad Afif Ghazali hanya dapat disampaikan melalui doa...

semoga semuanya dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur...

kami disini begitu merindui ayahnda dan bonda...

rindu itu adalah anugerah dari Allah...

walaupun jarak kami jauh tapi hati kami sentiasa dekat...

syukran Ya Allah T_T
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 4, 2011

Pengorbanan~

Salam to all readers~ =) 

selamat menyambut Eidul Adha...

 Hari raya Eidul Adha seharusnya lebih meriah dari Eidul Fitri...

 sepanjang hidup  menyambut hari raya eidul adha inilah kali pertama diri ini beraya seorang diri...

tanpa ada keluarga tersayang disisi...

mendengar tadbir pada malam raya seorang diri dirumah...

biskut kering cicah air tea'o akan menjadi santapan pada malam raya...

pergorbanan diri ini untuk berjauhan dengan ayahnda dan bonda tercinta..

mohon doa para sahabat semoga perjalanan dan urusan ayanda dan bonda ke arafah pada hari ini dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur...

Hari Arafah yang mengumpulkan ummat dari segenap penjuru dunia, yang sepatutnya menjadi ‘booster’ kepada perubahan ummat ini, tetapi ramai-ramai begitu, tidak semua yang pulang menjadi seperti para sahabah yang lebih sedikit daripada jumlah itu....

di satu sudut pula, kita melihat terdapat ummat Islam yang tenggelam dalam kemaksiatan dan dosa kepada Allah....

 di celah kesenangan dan kenikmatan yang Allah hantarkan, maka dirosakkannya pula keindahan Islam itu...

tak perlulah kita sebutkan statistik kes zina, sudah jelas penyakit itu sehingga  hari ini timbul pula isu Seksualiti Merdeka di negara kita....



duduk keseorangan dirumah sempat lagi diri ni mengimbau tentang sirah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih Nabi Ismail, anaknya...















pengorbanan tatkala melaksanakan perintah Allah, adakah kita juga tergolong dalam golongan yang taat kepada perintah-Nya ? 

dalam menjauhi larangannya dan melakukan segala amal ibadah kepada-Nya...

Ummah zaman kini perlukan singa, bukan lagi kijang....

 kijang adalah binatang pengecut, pantang digertak sedikit, habis lari bertempiaran...

kita bukanlah orang yang lari ke belakang bila ditentang...

tetapi, kita adalah yang setia mempertahankan Islam di barisan hadapan, tidak gentar meskipun lebih sedikit daripada lawan...

berjemaah sesama ummah adalah suatu kewajipan bukan pilihan...

Rasullah S.A.W bersabda : 

"hendaklah kamu menyertai jemaah islam dan kepimpinannya"

"barangsiapa yang keluar dari jemaah islam daripada golongan islam walaupun sekadar sejengkal, seolah-olah dia memutuskkan  ikatan islam daripada tengkoknya kecuali dia mati"

bangunlah sebagai singa ummah, berhenti daripada merasa lelah, rasailah kegentingan untuk kita merapat pada Allah, kerana itulah bekalan menewaskan jahiliah !

p/s : jangan lupa para sahabat esok berpuasa sunat Hari Arafah, 9 Zulhijjah. Besar ganjarannya...

 Niat: "Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi).

jadi berdoalah banyak-banyak sepanjang hari 9 Zulhijjah dari masuk waktu maghrib (malam ini) sehingga tenggelam matahari esoknya. Mintaklah apa yang kita nak mintak. Ini salah satu waktu mustajab doa... =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, October 23, 2011

HIMPUN : Satu Ulasan~


Agak janggal sebenarnya kerana telah sekian lama tidak menulis tentang isu semasa. Namun tidak menulis atau mengulas, bukan bermakna tidak mengambil tahu.

Zaman ini, jika benar-benar mahu tahu, penentunya hanya di hujung jari.

Hari ini, sebahagian umat Islam berkumpul atas nama HIMPUN. Wasilah atau alternatif untuk menyatakan sokongan dan akidah umat Islam. Ada beberapa solusi yang telah sedia digariskan, di mana anda boleh ketik mana-mana laman akhbar untuk membaca mengenainya.

Banyak persoalan yang timbul tentang HIMPUN, begitu juga dengan pelbagai spekulasi ke atasnya. Namun ia tidaklah sehebat BERSIH 2.0. Realitinya, aksi HIMPUN jauh lebih longlai berbanding BERSIH. Sejuta yang diharapkan, hanya 9 peratus sahaja yang hadir.

AKIDAH ISLAMIAH

Setelah melakukan sedikit analisis, saya kira tidak ada mana-mana individu mahupun pihak-pihak tertentu yang membangkang, menolak atau tidak bersetuju bahawa akidah Islamiah adalah suatu perkara agung yang wajib dipertahankan.

Tiada orang pun sanggup membiarkan maruah Islam dipijak, umat Islam dimurtadkan secara berleluasa dan agama Islam diperlekehkan. Isu akidah adalah isu yang sangat sensitif di mana umat Islam pasti dan pasti sedia mati untuk mempertahankannya.

Di titik tersebut, kelihatannya tidak ada masalah.

WASILAH

Bertitik tolak dari situ, timbul di sana ‘ijtihad’ sebahagian pihak untuk berhimpun. Simboliknya, berhimpun itu untuk menunjukkan kepekaan, kesediaan dan konsisten ummat mempertahankan akidah.

Apa sekalipun nama perhimpunan tersebut, dari segi tujuan dan matlamatnya kita tidak melihat apa-apa yang janggal.

Kalau diperhatikan, penganjur perhimpunan tersebut semestinya mahukan kehadiran seramai yang mungkin bagi menjayakan agenda yang ditetapkan. Penganjur pastinya berpendapat, kehadiran yang ramai -lebih-lebih lagi jika melebihi target- adalah petanda penting berjaya atau tidak perhimpunan tersebut.

YA ATAU TIDAK

Namun dalam kehidupan, tidak semua orang akan bersetuju dan tidak semua orang akan tidak bersetuju. Apatah lagi pada perkara-perkara yang berbentuk ‘ijtihad’ sebahagian orang sahaja. Sebagai contoh ; pihak A berpendapat dengan memanggil seluruh ummat Islam berhimpun di stadium, ia mampu memberikan kesan positif kepada keutuhan akidah ummat Islam. Namun pihak B mungkin berpendapat, berhimpun sahaja tidak selesai masalah.

Bahkan pihak B mungkin saja berpandangan ada langkah-langkah lain yang lebih utama untuk dibuat, daripada berhimpun dengan hanya berpentaskan semangat.

Maka ‘ya’ atau ‘tidak’ adalah suatu yang sangat normal. Yang bersetuju dengan A akan datang beramai-ramai. Manakala yang bersetuju dengan B tidak akan datang.

SOKONG ATAU TIDAK ?

Datang berhimpun, bukan satu-satunya petanda bahawa kita benar-benar pejuang akidah Islam di Malaysia. Begitu juga kita tidak boleh dengan mudahnya mengatakan, orang yang tidak datang berhimpun itu tidak berjuang mempertahankan akidah Islam di Malaysia.

Menyokong perkara yang pokok, iaitu Akidah tetapi berbeza pandangan tentang cara mempertahankan Akidah, pada saya itu bukanlah suatu masalah besar. Bahkan sewajarnya kita menghormati perbezaan pendapat tersebut dengan penuh rasa ukhuwwah.

ANASIR

Kita dapat melihat, hasil pemerhatian dan analisis, bahawa di sana ada beberapa isu yang boleh mencetuskan perbezaan pandangan dalam isu HIMPUN.


Pertama tentunya tentang betapa mudahnya untuk berhimpun. Jika dahulu, rakyat yang mendokong kebebasan bersuara mahu berhimpun atas nama BERSIH, mereka ditekan dari segenap penjuru. Namun hari ini, kita tidak melihat keadaan tersebut. Tentunya, semua itu berlaku dengan ada sebab.


Kedua, slogan melayu. Isu perkauman yang dikembarkan dengan akidah nyata tidak sesuai dan mengundang sensitiviti meskipun sesama ummat Islam. Apabila sebahagian pihak mahu mengajak supaya bersatu atas nama kaum, ia secara tidak langsung mengenepikan kesatuan atas nama akidah. Saya secara peribadi menghormati pendirian pihak tersebut mahupun ijtihad mereka. Cuma, secara bacaan politik, nyata ia telah merugikan sokongan sebahagian besar ummat Islam di Malaysia.

Ketiga, cuba perhatikan sesetengah pihak yang seringkali kelihatan mahu menjadi ‘juara’ dalam isu agama. Kononnya merekalah pejuang sebenar Islam di Malaysia. Isu kalimah Allah, isu gereja dan banyak lagi isu yang lain, mereka semahu mungkin mahu menjadi hero. Tetapi janggalnya, apabila dalam isu menegakkan syariat dan undang-undang Allah, mereka membisu dan menghilang. Ini tentu sekali mengundang kepelikan besar kepada kita, di mana mungkin sahaja mereka-mereka ini mempunyai agenda tersembunyi. Kita bimbang mereka adalah sebagaimana kata-kata Saidina Ali k.w : ” Kalimatul haq yuradu bihil bathil ” bermaksud ‘ perkara yang dilaung-laungkan itu betul, tetapi apa yang mereka mahukan (agenda mereka) hanya kebatilan ‘.

Keempat, sepertimana saya pernah menulis bahawa BERSIH bukan isu 9 Julai, maka saya juga berharap HIMPUN bukan hanya isu 22 Oktober. Jika berhimpun itu mahu dianggap sebagai pencetus, itu bagus. Tetapi biarlah selepas ini benar-benar ada kesinambungan daripada perhimpunan tersebut dari segenap segi ; akidah,undang-undang,syariat,gejala sosial,isu-isu rasuah dan pelbagai lagi gejala buruk melibatkan ummat Islam. Kita tidak mahu Islam dilihat atas nama semangat semata-mata.

MUHASABAH

Non Muslim adalah rakan kita di Malaysia. Mereka adalah sasaran dakwah kita. Tidak salah kita menunjukkan ketegasan ke atas mereka, tetapi usaha memperkenalkan mereka dengan Islam yang sebenar biarlah bergerak selari dan seiring.

Kita sedih apabila dalam politik boleh berkawan dengan non muslim, namun pengetahuan dan maklumat mereka tentang apa itu Islam langsung tidak bertambah. Apatah lagi untuk menjadikan mereka tertarik dengan agama Islam. Soalnya, sejauh mana usaha menambat hati mereka kepada Islam dilaksanakan oleh semua pihak?

Hudud misalnya. Ia hukum Allah yang tidak boleh dipertikai. Namun jika kalangan umat Islam sendiri ‘menolak’ dan ‘jahil’ mengenainya, bagaimana mungkin kita mahu berharap supaya non muslim boleh faham dan menerimanya? Kerana itu, apa yang kita lihat hanyalah pelbagai musibah daripada salah faham terhadap agama.

Akhir kata, jika dengan undang-undang Allah kita buat tidak hirau, mengapa apabila agama lain mahu menapak kita bermati-matian mahu ‘membunuh’ mereka ?

Sekian~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 20, 2011

Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang~

buat itu salah...

buat ini tidak kena..

bercakap ini dikatakan bongkak..

berkata begitu dikatakan riak...

tulis ini dikritik...

tulis itu dihentam...

apa lagi tidak kena wahai sang manusia ?

manusia....

makhluk yang mempunyai akal budi...

makhluk yang tersangat aneh...

makhluk yang tidak pernah puas..

terlalu banyak untuk bentangkan satu persatu...

memang tidak pernah habis akan kriteria untuk seorang insan yang bergelar makhluk Allah S.W.T.

tidak pernah cukup dengan sehelai kertas...

tidak pernah lengkap dengan sebuah hiasan bermadah...

meniti kehidupan bergelar manusia, banyak benda yang diri ini telah  belajar...

terlalu banyak perkara yang dikutip...

mengenal manusia membuatkan diri ini lebih kenal dan dekat dengan Sang Pencipta...

membuatkan diri ini mengagumi kebesaranNya...

membuatkan diri ini lebih kental meneruskkan perjalanan...

kita sentiasa berusaha memperbaiki diri....

memperbaiki kelemahan diri seadanya...

mencuba dan terus mencuba melakukan yang terbaik....

bukankah itu diperlukan sebagai makhluk ciptaan Allah ?

kalau jawapan ya kenapa masih perlu ada sengketa ?

kenapa perlu tanamkan perasaan hasad dengki dalam darah daging kamu ?

kenapa biarkan darah daging itu membusuk ?

kenapa ?

tiada jawapan bukan ?

masa depan adalah sinar baru bagi setiap orang...

kenapa perlu memilih jalan yang kelam sekiranya sinar halus masih kelihatan ?

 mungkin kadangkala kita tidak nampak jalan walaupun haluannya terbentang luas...

kadangkala kita memilih jalan yang salah walaupun jalan yang betul telah sedia terhidang...

 kadangkala kita sudah pun memilih jalan yang sepatutnya, tetapi terhenti di pertengahan....

manusia dikurniakan dengan kesabaran...

 tetapi janganlah diuji kesabaran itu berkali-kali....

nescaya, meledak jua...

manusia dikurniakan dengan akal yang sihat lagi waras....

jangan meletakkan kewarasan itu pada tempat yang tidak sepatutnya....

manusia juga punya hati dan perasaan....

jangan sesekali lukakan sekeping hati yang penuh rasa kasih sayang atas alasan yang tidak masuk akal...

manusia juga dianugerahkan dengan maruah untuk dijaga....

janganlah biarkan maruah disepak terajang oleh manusia....jangan~

tiada manusia yang sempurna...

jangan salahkan orang lain atas sebab yang berpunca dari diri sendiri...

kita berusaha menjalani kehidupan yang lebih baik hari demi hari....

tetapi mungkin ada manusia yang lebih suka memilih masa silam untuk teruskan kehidupan...


 ''jika seseorang membuat kita berasa kecewa, marah, bengang maka 'dia' adalah guru yang hendak mengajar kita erti sabar.."

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 13, 2011

Segenggam Tabah~

bertali arus dugaan tiba..

menakung sebak airmata..

namun tak pernah pun setitis gugur berderai di pipi..

sayunya dijiwa...

diredah bersendirian...

tiada tempat mengadu..

ayahnda dan bonda jauh disisi..

 hanya kerinduan dan doa dihati untuk mereka ditanah suci

hanya Allah disisi tempat untuk mengadu...

bagaikan camar pulang senja..

patah sayap tetap terbang jua..

buat diri yang sedang rindu menanti..

segenggam tabah dipertahankan buat diri.. 

buat bekalan di perjalanan..

terlukis senyum di bibir lesu..

tak siapa tahu di hati..

biarpun keruh air di hulu..

mungkinkah jernih di muara...

biarpun jenuh hidup dipalu..

pasti akan ku bertemu tenangnya dengan hanya Allah sentiasa disisi..

Allah lebih mengetahui makna kerinduan ini..

tapi saya tak berasa saya bersendirian...

sebab saya tahu Allah sentiasa bersama saya..

dan di hati saya sentiasa ada mak ayah tercinta...

walaupun kami jauh..tapi hati kami sentiasa dekat..

andai hubungan kita dekat dengan Allah..

kita akan dapat rasa doa kita satu persatu dimakbulkan Allah...

syukran ya Allah hari ini doaku telah dimakbulkan olehMu..

walaupun sekejap kami bercakap..

tapi rinduku sedikit terubat mendengar suara keceriaan ayahnda dan bonda ditanah suci..

semoga mereka mendapat haji yang mabrur...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud haji yang mabrur itu tiada ganjarannya kecuali syurga~riwayat bukhari dan Muslim ~

Allah lebih mengetahui makna kerinduan ini T_T

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 12, 2011

Filem yang Penuh dengan Unsur Negative~

semoga kita semua berada dalam rahmat Allah...

 Sabda Nabi Muhammad SAW : "Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)"

13 Oktober 2011 ini akan ditayangkan sebuah filem yang berjudul Klip 3gp. 

diteliti promo filem ini di youtube (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=5esBMaOSX-k)

majoriti yang menjayakan filem ini beragama Islam....

jujurnya, saya berasa kurang senang, kecewa dan terkilan akan filem ini....

 apa yang mahu diketengahkan di dalamnya ? 

gejala sosial melibatkan remaja ? 

sebaran video lucah melalui kamera bimbit ? 

zina yang semakin membarah di dalam masyarakat ? 

berhati-hati kalau melakukan penzinaan, khuatir ada orang merakam aksi lucah anda ? 

atau cuba mengajar penonton kaedah menyebarkan keaiban orang lain di ruang internet ?

 sukar sangatkah menghasilkan filem yang didalamnya memiliki nilai positif lantas mendidik masyarakat di luar sana ?

saya sedar dunia layar perak ini tujuannya untuk bisnes...

 sudah pasti bisnes itu di hujungnya mahu mengaut keuntungan...

 sebab itu kebanyakan pembikin filem beralasan kononnya mereka menghasilkan sesebuah filem mengikut trend semasa dan memenuhi selera penonton.....

 namun dalam masa yang sama, tanggungjawab mendidik masyarakat itu terletak di bahu anda juga...

 apa guna filem mendapat kutipan berjuta-juta ringgit sedangkan filem itu rendah sekali nilai positif yang ingin dipaparkan....

beberapa minggu lepas, pabila isu Zizan di dalam Hantu Bonceng hangat diperkatakan kerana ada adegan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW...

ramai masyarakat Muslim yang bangkit dan menunjukkan keprihatinannya...

 ya, langkah ini saya puji...

 Zizan pula telah meminta maaf dan isunya telah dijawab sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus ( Original )..

 persoalannya, apabila filem itu mencetuskan polemik dan kontroversi, baru pihak-pihak yang berwajib mahu mengambil tindakan ?

buat penerbit, pengarah, penulis skrip dan mereka yang terlibat di dalam produksi ini, ingatlah, dunia ini hanya sementara...

 lakukan sesuatu kerana inginkan redha dari Allah...

 bukan mengaut keuntungan semata-mata...

 cukup-cukuplah dengan filem rempit, jenayah, hantu dan lain-lain...

 para pelakon pula janganlah hanya menganggap anda 'pelakon' dan bersedia melakonkan sebarang watak yang diberikan....

 hari ini boleh berlakon menjadi seorang Ustazah, esok berlakon adegan di ranjang...

 Alasan : Saya berlakon dan mencari rezeki yang HALAL. Soal dosa pahala itu antara saya dengan Allah. What?!!

masyarakat kini dambakan ilmu agama...

terutamanya remaja seperti saya...

 sebab ia fitrah di dalam diri setiap manusia....

  insan seni di Malaysia wajib tahu tugas berdakwah itu bukan milik Ustaz dan Ustazah sahaja...

 tetapi tugas kita semua...

 samada kita ini artis, penerbit filem, pengarah filem, bahkan pengguna facebook atau blogger sekalipun...

 moga kita semua terus berada dalam rahmat Allah SWT. Ameen~

"Jika makanan ada cop HALAL, bagaimana pula ya andai filem-filem di Malaysia diletakkan simbol yang sama. Barangkali sukar untuk mencari filem keluaran Malaysia yang ada cop HALAL dan boleh ditonton bersama keluarga tanpa was-was."

hamba Allah yang hina lagi kerdil..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 10, 2011

Kadang-kadang Kita Terlupa Berdoa...


Salam to all readers...

alhamdulillah selesai juga akhirnya kerja-kerja untuk semester akhir bagi projek english....

syukran kepada yang sudi memberi bantuan kepada saya...

yang menyokong saya..

doa saya agar Allah membalas segala pertolongan yang telah anda berikan kepada saya dan permudahkan lagi urusan anda didunia dan diakhirat..amin~

entry saya kali ini ialah "kadang-kadang kita terlupa berdoa"

bukanlah maksud saya, kita lupa berdoa dalam erti kata mengangkat tangan dan meminta kepada Allah...

 maksud saya, kita terlupa berdoa dengan bersungguh-sungguh, memahami makna doa kita, tahu apa yang kita minta, dan yakin bahawa Allah mampu dan akan memakbulkannya...

ya...kadang-kadang kita terlupa berdoa dengan bersungguh-sungguh..

masa susah dan senang

kita kadangkala, ketika susah kita mudah mengadu kepada manusia....

 kita mudah menceritakan semua masalah kita kepada mereka...

 itu memang satu perkara yang positif, berbanding dipendam seorang diri begitu sahaja...

 tetapi persoalannya, apakah kita telah mengadu kepada Allah terlebih dahulu dengan bersungguh-sungguh ?

pernah saat kita kesakitan, kita benar-benar berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku sakit. Sembuhkanlah...”

tapi pernahkah saat kita sukar hendak mengajak seseorang kepada kebaikan, kita bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku sayang dia, aku nak ajak dia pada kebaikan, tetapi dia asyik lari daripada aku ya Allah. Lembutkanlah hatinya, dan ampunkanlah dosa aku sekiranya dosa aku yang membuatkannya menjauh....”

pernahkah saat kita kesempitan, kita benar-benar berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku sempit. Lapangkanlah...”

dengan penuh keyakinan kita berdoa bahawa Allah memang akan menyembuhkan kita, akan melembutkan hati dia, akan melapangkan kehidupan kita..

tatkala senang pula, apakah pernah kita berdoa kepada Allah agar dikekalkan kesenangan kita ? 

pernahkah kita berdoa kepada Allah agar diluaskan lagi rezekiNya kepada kita ?

apakah kita berdoa kepada Allah agar kita tidak tertipu dengan nikmat pemberianNya ?

kadang-kadang kita terlupa berdoa...

sebab itu kita rasa seperti "terputus..."

Doa ibarat tali layang-layang..

keimanan adalah penghubung kita kepada Allah SWT...

 manifestasi daripada keimanan adalah amal...

maka amalan adalah penghubung kita kepada Allah...

kita buat, kita rasa keterikatan kita dengan Allah...

kita solat, membaca Al-Quran, berzikir, tadabbur alam, melakukan kebaikan-kebaikan, semua itu mengikat jiwa kita dengan Allah...

dan doa, adalah kemuncak hubungan kita dengan Allah SWT sebenarnya...

ya, selalunya kita hanya meminta dengan orang yang kita rapat...

kita hanya mengadu dengan orang yang kita percaya...

maka andai kita rapat dengan Allah, memang Allahlah yang akan kita minta kepadaNya...

Maka andai kita percaya dengan Allah, memang Allah lah tempat kita mengadu kepadaNya...

doa, mengikat kita lebih rapat dengan Allah... 

doa adalah tanda kita amat yakin dan percaya tanpa ragu-ragu bahawa Allah amat rapat dengan kita...

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Surah Al-Baqarah ayat 186.

maka berdoalah dengan bersungguh-sungguh...

susunlah doa kita...

 fahami apa yang kita doakan...

 yakini bahawa Allah akan memakbulkannya...

dan jangan sesekali lupa untuk berusaha dengan sesungguh-sungguhnya...

orang yang selalu berdoa pasti akan tenang...

kerana dia akan melihat, satu persatu doanya dijawab oleh Allah... 

orang yang tidak berdoa, mendapat kejayaan pun, dia tidak akan rasa apa-apa ‘nilai tambah’...

dia rasa, dia dapat itu dengan usahanya sendiri...

sebab itu apabila dia benar-benar ‘mati usaha’, dia akan putus asa dan tidak bangkit semula...

orang yang berdoa bila ‘mati usaha’, dia tetap merasakan bahawa Allah itu ada...

dan Dia akan membantu kita...

berdoalah kamu tidak akan rasa sunyi dan keletihan..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .