Jom Follow!!!

Wednesday, March 28, 2012

Dulukan.......



 dulu kan....

saya selalu merayu dan mengharap untuk dapatkannya, sesuatu yang mustahil untuk dimiliki bagi saya, tapi Allah tahu mana yang baik untuk hambanya....

dulu kan....

saya selalu membandingkan diri saya dengan diri orang lain, kerana kehebatan bercakap dan sebagainya, tapi Allah tahu kita berada di tahap yang sesuai untuk hambanya....

dulu kan...

saya mempersoalkan kenapa Allah beri ujian yang berat kepada saya, sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, tapi Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambanya....

dulu kan..

saya tidak bercita-cita belajar sampai ke tahap ini, tiada cita-cita langsung untuk menjadi seorang engineering. tiada cita-cita langsung  untuk ambil kos kejuruteraan awam, tapi Allah lebih tahu dan cepat mencorak masa depan hambaNya...

………………………………………………………………………………..

tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila kita bersyukur akan nikmatnya.

tapi kenapa kadang-kadang kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan?

itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dapat yang diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa untuk bersyukur pada yang Esa...

kita akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Firman Allah jelas: "Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya" |14:34|

sesekali cuba renungkan, berapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita tidak henti-henti tanpa kita meminta daripadaNya pun, maka siapalah kita utk berkira-kira denganNya terhadap satu dua permintaan (doa) kita yang masih belum dimakbulkanNya...

Allah tahu yang terbaik, dan Dia akan beri yang terbaik..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 11, 2012

Jadual~

Salaamun 'ala manittaba'al huda.....


sebenarnya bagus juga ada jadual begini...

tujuan jadual ini adalah untuk tarbiah kepada diri kita sendiri... 

yang selebihnya biarlah Allah sahaja yang tentukan.. =)

ni pulak jadual puasa...

~boleh tekan image untuk besarkan~

jangan sesekali timbul perasaan riak dan takbur kepada diri sendiri atas ibadah yang dilakukan...

bak kata ustaz saya suatu ketika dulu "jangan sembang kemas mencintai Allah dan Rasul, kalau solat subuh pun di kala mentari terang..."

muhasabah diri sendiri...

kalau kita tak muhasabah diri kita sendri, ada tak orang lain nak tolong muhasabahkan diri kita ?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 5, 2012

Biar Sampai Syurga~

Salaamun 'ala manittaba'al huda.....

ada sahabat pernah kata orang cina dia kuat bekerja sebab pada mereka dunia ini segalanya...

tapi kita muslim ini bagaimana ?

apa "end in mind" yang kita ada ?

mati ?

atau sehingga manusia nampak kita berjaya ?

berjaya itu, apa maknanya ?

syurga itu bukankah kita percaya ? "ya..!" 

jadi syurga itu yang perlu jadi "end in mind" kita....

kenapa syurga ?

sebab syurga itu lambang cinta Tuhan kepada insan. Insan yang sudi mencintai Tuhan. Cinta kita pada Tuhan mesti ada balasan dari Tuhan. Walaupun kadang-kadang amalan kita sesekali tak boleh memberi jaminan, tapi cinta Tuhan mengatasi segala kemungkinan. Kemungkinan untuk masuk neraka, siapa yang berani mengaku dia tak pernah berdosa ? Oh, tapi Tuhan itu kasih-Nya luar biasa.

Allah....

kita seringkali terlupa, walaupun kita tahu "end in mind" kita syurga, tapi kita selalu kabur dengan kabus dunia...

kita sebagai insan, dalam segala perbuatan, perlu kita fikir betul-betul, agar apa yang kita kejar dan mahukan, agar apa yang kita ingin miliki, betul-betul kita dapat bawa perkara itu ke syurga....

harta... 

harta apa yang kekal yang kita boleh "bawa" ke syurga ? 

harta yang kita beri di jalan Tuhan. Dan kita akan "dapat" kembali harta yang berlipat kali ganda di syurga...

ilmu....

ilmu yang boleh bawa kita ke syurga ialah ilmu yang selepas kita miliki kita kongsi. Bukan sekadar manfaat sendiri atau kepentingan peribadi, tapi kepentingan ummat serta seluruh isi bumi....

sahabat.... 

sahabat yang dapat beri nasihat untuk betulkan kita, yang betul-betul membantu kita saat susah dan sanggup bersama ketika derita, rakan yang sama-sama berdiri untuk menegakkan agama, maka sahabat ini akan "pimpin" kita ke syurga....



 cinta....

cinta bagaimana yang kita boleh bawa ke syurga ?

apabila cinta itu, mula, tengah dan akhirnya terjaga. Apabila asasnya kuat kerana Tuhan. Bilamana kita pilih jalan cinta yang diredhai Tuhan....

apa asas cinta untuk cinta Tuhan ? Apabila fitrah itu diurus tanpa fitnah. Apabila rasa itu ditujukan untuk jalan yang sah. Apabila halal itu didahulukan, dan haram tidak menjadi perhiasan. Apabila jalan untuk kemaksiatan itu ditutup rapi. Apabila nikah itu menjadi pintu kepada kesetiaan suami dan isteri. Kerana nikah itu melengkapkan separuh agama, maka apa lagi yang diragui ?

kalau perintah Tuhan diturut, usahlah takut. Yakinlah, bahawa bilamana kita pilih jalan taqwa, serahkanlah segala-galanya kepada Tuhan, dan jalan keluar kepada masalah itu kita tak pernah sangka-sangka....

maka cinta ini, bilamana mengikut perintah Ilahi, destinasi terakhirnya adalah syurga abadi...

maka bila jatuh hati, setelah kita pohon petunjuk Ilahi, dan kita yakin bahawa dia itu terbaik untuk dijadikan suami/isteri, bawalah dia ke jalan yang diredhai, bawa dia ke syurga abadi...

jangan pula bila kita ada perasaan, kita mula tak jaga pandangan, dan sayang kita akhirnya hanya membinasakan, kerana kita khuatir cinta sebegini hanyalah ke neraka yang tidak ada sesiapa pun mahu pergi.... mohon dijauhkan....

serahkanlah kepada Allah, kerana hanya Dia yang tahu isi hati, harapan dan mimpi, dan Dia juga yang boleh menjadikan harapan dan mimpi menjadi realiti...

Allah tahu apa yang kita tidak tahu. perancangan Allah itu terlalu sempurna sehingga tidak terjangkau dek akal dan minda. bila kita sudah mendapatkannya baru kita tersentak, tersedar, lantas mengucapkan alhamdulillah..

.  
 p/s : kuatkan hati ini ya Allah. Entah kenapa, hari ini diri ini tak mampu berdiri dan beredar pergi. terpaksa duduk di kerusi. seolah-olah cuba menanti, menanti dan terus menanti. entah kenapa, sekali lagi diuji. Entah kenapa, mata ini tiba-tiba ingin merenung ke depan, tiba-tiba bertemu dua pandangan. Aduhai. Aduhai..






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 27, 2012

Kenapa Saya Berblog ?


 Salaamun 'ala manittaba'al huda..

ada waktunya untuk menulis sebaris ayat pun terlalu sukar, tatkala kekontangan cetusan ilham dan idea. Walau segenap usaha diperah, semakin buntu jadinya. Itulah yang sering berlaku dan menjadi kebimbangan yang amat menghantui. Tidak dinafikan, bukan mudah untuk menulis dengan akal yang lemah dan terbatas ini...

namun, kebimbangan ini saya redakan dengan keyakinan dan kesedaran bahawa cetusan ilham adalah milik mutlakNya. Hanya Dia yang boleh memberikan kepada sesiapa yang yang dikehendaki. Kerana itu seringkali saya berdoa :

“Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, ajarkanlah kepada diriku apa yang boleh dikongsi bersama para hambaMu yang lain, dan jadikanlah ia sesuatu yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala-galanya...”

sesungguhnya kemampuan untuk menabur budi, memberi sesuatu kebaikan kepada manusia lain, hanyalah semata-mata dengan keizinan-Nya. Allah menegaskan di dalam firmanNya :

“Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana mengatur sebarang perkara yang dikehendaki-Nya).” (al-Insan:30)

justeru, saya menulis dan terus menulis dalam bertatih...

pernah suatu ketika dahulu seorang sahabat saya bertanya, kenapa saya berblogging..apa yang saya boleh dapat dengan hanya berblog?

 keinginan hanya satu, mahu berkongsi seberapa banyak kebaikan. Mungkin ia hanyalah coretan yang sangat kerdil jika mahu dibandingkan dengan karya-karya mereka yang dikurniakan limpahan lautan ilmu yang luas. Sejujurnya saya mengakui.

hari ini saya melihat, andai hanya ada seorang daripada ribuan pembaca subuhmenjelma yang mendapat manfaat daripadanya, sememangnya ia amat bermakna dan merupakan nikmat yang besar bagi saya. Tiada lafaz sebaiknya yang mampu saya ucapkan melainkan dipanjat kesyukuran yang tidak terhingga.

"Ini adalah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk menguji adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenang nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka sesungguhnya faedah syukur itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan barangsiapa yang ingkar, (maka tidak menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah." (an-Naml: 40)

seringkali pula saya memikirkan, siapalah saya... Siapalah saya untuk menyampaikan tinta-tinta nasihat, layakkah saya sedangkan ilmu yang dimiliki tidak setinggi mana, malahan saya amat merasakannya ketika muhasabah diri dalam keheningan, saya punya kelemahan dan kekurangan yang amat ketara sekali. Diri ini sentiasa bergelut di antara taat dan ingkar, ingat dan lupa. Hakikatnya berterusan tewas dalam kelalaian dan kelekaan.

ada juga sahabat-sahabat yang tidak dikenali hadir mencoretkan rasa terima kasih kerana berjaya membangkitkan semangat dan kekuatan diri dek tulisan di subuhmenjelma yang biasa ini. Apa yang saya rasakan, teruja? Malu sendiri? Keliru? Ya, semua itu bercampur baur, sehinggakan saya terasa seperti bersalah pada diri sendiri. Sepatutnya saya yang terlebih dahulu mengambil peringatan dan manfaat hasil dari coretan itu.

namun, niat saya hanya satu, ingin berkongsi kebaikan. Saya tahu, selama mana kita istiqamah dengan usaha menyeru kepada ketaatan kepada Allah SWT, sama ada melalui lidah ataupun pena, ia pasti akan menjadi sebahagian dari amal soleh di sisi-Nya.

lebih dari itu, seandainya kita berusaha membantu orang lain dengan kemampuan yang ada, insya-Allah, Dia pasti akan membantu tatkala giliran kita pula dirundung kesusahan.

percayalah.....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 23, 2012

Kenapa Saya Baca Solusi ?


"fa beli majalah apa tu..... ?"

"solusi......"

"macam ustazah la plak, beli solusi................"

hanya tersenyum mendengarnya....

kenapa setiap bulan, saya beli solusi ?

kenapa setiap bulan, saya akan ketepikan sedikit duit untuk membeli majalah ini ?

membaca solusi kadang-kadang mengetarkan jiwa saya...

menyebabkan saya berada  dalam khayalan akibat penangan majalah ini...

terasa masa seperti terhenti apabila saya membeleknya...

sedar-sedar sudah sejam dua saya menyelak dan membaca...

merenung dan menilai helaian demi helaian majalah ini...

membaca solusi ibarakan saya seperti sedang menghadiri bulatan-bulatan halakah...

seperti sedang duduk dan berhadapan dengan mereka yang berilmu...

dengan membaca solusi, semangat saya mula kembali apabila saya dalam keadaan sedih dan resah...

dengan solusi terasa kadangkala saya diajar dengan penuh kelembutan dan disergah dalam keadaan senyuman... =)

 syukran kepada sahabat yang memperkenalkan majalah ini kepada saya ^^,

solusi terbaru isu no 40
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 18, 2012

Bukan Mudah Menjadi Penulis Yang Baik~


Salaamun 'ala manittaba'al huda..

menulis atau bercakap, jika tidak "dihadirkan" Tuhan, segalanya bagai tiada erti...

 bagaikan jasad tanpa roh. Tiada nyawa. Tiada deria. Tiada rasa....

saya seorang penulis (blogger). Alhamdulillah, Allah kurniakan sedikit bakat untuk menulis. Juga minat dan keinginan. Namun saya sering menegur dan mengingatkan diri sendiri, betapa susahnya untuk menjadi seorang penulis yang baik....

ia cukup-cukup sukar....

penulis yang baik, tidak lahir sekadar dari kursus-kursus dan bengkel-bengkel penulisan...

penulis yang baik, tidak menjelma dari sekadar keindahan lakaran-lakaran sastera yang puitis...

penulis yang baik, tidak menjelma dari sekadar keindahan lakaran-lakaran sastera yang puitis...

penulis yang baik, bukan penulis yang hanya mampu menulis...

bahkan lebih dari itu, penulis yang baik sebenarnya adalah penulis yang mampu merawat hati-hati manusia...

tulisannya, adalah ubat kepada hati yang membaca...

dari mata, ia turun ke hati. Meresap jauh ke dalam sanubari, mengocak tasik keinsafan seterusnya mencetus keinginan dan tekad untuk melakukan perubahan dan penghijrahan. Dari gelap kepada terang. Dari maksiat kepada ibadat. Dari dikir kepada zikir....

itulah penulis yang paling baik....

ungkapan nasihat dari seorang murabbi berjiwa besar, Al-Fadhil Ustaz Subki Abdur Rahman sentiasa segar di pendengaran. "kata-kata dari hati yang tidak baik tidak akan mampu meresap dalam hati-hati yang mendengar "

adakalanya saya menulis tentang cinta. Tentang soal hati. Tentang segala hal yang berkaitan dengannya, yang begitu rapat dengan dunia remaja dan anak muda seperti saya...

menulis tentangnya bukan mudah, lagi-lagi saya merupakan anak remaja yang baru berusia 22 tahun...

silap tulis, berbicara tentang fitrah boleh menjadi fitnah....

"banyak lagi benda lain yang perlu ditulis selain pasal cinta"

 "asyik cakap pasal cinta, bukan mendidik ummah ke arah agama"

menyambutnya dengan senyuman. Dengan jiwa besar...

namun menyanggahnya sebagai "bahan tazkirah" sudah tentulah suatu perbuatan yang sangat rugi...

bersyukur kerana masih punya hati. Dan hati itu, Allah masih berikan "nyawa" untuk terus hidup...

lantas menggamit jiwa raga saya untuk merenung topik ini. Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi penulis yang baik...

menulis tentang cinta contohnya....

adakah sekadar untuk menambahkan "sampah sarap" dalam otak para remaja seperti saya ?

adakah sekadar "perisa tambahan" untuk meningkatkan keobsesan para anak muda seperti saya kepada kalimah cinta ?

saya tegas menjawab tidak....

saya pernah menukilkan satu masa dahulu. Menulis atas tajuk apa sekalipun, jika matlamatnya adalah untuk merawat hati manusia, ia adalah suatu dakwah yang susah. Tiada hamparan permaidani merah dan tiada laluan yang indah-indah....

ia adalah kerja. Tanggungjawab. Kemestian....

ada idea, ada bakat, ada kreativiti, ada minat, jika tidak disalurkan demi manfaat agama dan ummah, di akhirat kelak menjawablah di hadapan Allah SWT...

zikir yang mencetus fikir. Fikir yang lahir daripada zikir....

mengajak manusia mengenal Allah dan menjernihkan hati.....

seruan-seruan yang menjadi ubat kepada hati....

sesungguhnya penulis yang baik bukanlah penulis yang hanya berbicara dengan otak pembacanya, jauh sekali dengan hawa nafsu dan keinginan pembaca semata-mata. Sebaliknya tintanya adalah penyembuh yang cukup berharga kepada hati-hati yang sedang sakit.

kembali merenung, saya disapa kesayuan....

situasi sukar menerima solusi yang dilontarkan, masih tidak faham-faham meskipun telah berulangkali dijelaskan, berdegil untuk melakukan perubahan dan masih berdolak dalik dengan sejuta alasan, semuanya sukar diatasi apabila penawar kepada hati gagal diberi....

semuanya berpunca daripada kesempitan jiwa. Lebih malang, jika kesempitan jiwa itu puncanya dari pengabaian kepada peringatan-peringatan Allah. Sebagaimana Firman Allah SWT
  
Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya bagi dia kehidupan yang sempit, dan Kami akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta. ( Taaha : 124 )

kita kepenatan bercakap dengan otak pesakit, akibat kegagalan kita menyuntik ‘roh’ ke dalam jiwa pesakit tersebut....

saya sedar, di alam maya, saya bertemu dengan ramai pesakit....

 mereka boleh jadi sengaja datang atau tidak sengaja "terjumpa" dengan saya di subuhmenjelma ini. Namun pokok pangkalnya, mereka sedang mencari ubat dan penawar kepada penyakit masing-masing...

Ssya menginsafi bahawa saya masih belum mampu menyediakan penawar yang terbaik kepada para pesakit tersebut....

interaksi dengan hati, saya kira masih lemah....

sekaligus menjadi cabaran terbesar untuk saya merealisasikan impian ke arah menjadi penulis yang baik...

masih banyak yang perlu saya selami tentang selok belok jiwa manusia...

tetapi sebelum itu, sudah tentulah jiwa penulis sendiri yang perlu diteroka....

kekotoran dari jiwa penyampai, kesannya menghijab jiwa pendengar...
  
saya mohon dijauhkan dari ujian yang tertimpa ke atas sebahagian penulis. Apabila mengira telah mendapat sedikit nama, kemuliaan dan sanjungan, maka terus merasa bangga, gembira dan tinggi lagaknya...

sedangkan hakikatnya, kemuliaan itu hanya datang setelah Allah menutupi segenap keaiban yang kita ada...

semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita...

semoga Allah berikan rahmat dan hidayahNya kepada kita semua...

semoga setiap amalan baik yang kita lakukan mengundang belas kasihan dan maghfirahNya...

menjadi penulis yang baik, ia bukan sekadar cita-cita....

ia adalah bukti sebenar sebuah CINTA.....

kalau saya menaip nama beberapa individu di google atau yahoo, dan nama mereka keluar sebelum sempat habis saya taip lagi nama mereka, dan betapa banyaknya blog/website yang menceritakan perihal mereka, saya rasa kagum. Masa itu hati saya terdetik :

"nanti kita ada kemungkinan jadi macam merekakah ?"

cita-cita ingin menjadi penulis muda seperti hilal asyraf...

semoga satu hari nanti saya jadi seperti mereka....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .