Jom Follow!!!

Wednesday, December 7, 2011

Status Baik Di Social Network~


kata-kata hikmah di social network...

kata-kata hikmah selalunya berunsurkan kebaikan, motivasi dan islamik...

dan sesetengah apabila kata-kata ini di share di social network ada saja cakap-cakap manusia...

"issshhh...dia ni, asyik nak letak kata-kata hikmah je. Eleh nak tunjuk bagus la tu. Nak tunjuk yang dia berilmu la tu. Padahal copy paste je. Blah la~ " 

subahanallah, mengucap panjang bila ada yang berfikiran begini...

think positive la wahai sahabat...

Si A : kau tahu mana yang dia tu nak tunjuk bagus ?

Si B : eleh aku kenal la dia tu, dia tu biasa-biasa je..bukan bagus sangat pun~

Si A : la...apa masalahnya biarla dia biasa-biasa pun, dia tu sebarkan kebaikan, bukan buat dosa pun...

Si B : tak la, sekurang-kurangnya dia kena ada ilmu, bertauliah..baru boleh sebar ilmu...

Si A : Pulak dah, aku rasa tak salah pun.. Bak kata pensyarah aku la "knowledge is free" berkongsi ilmu apa yang kita tahu. Aku rasa tak salah pun. Malahan bagus apa, benda baik kenala tegur. Ingat mengingati, selagi tak bercangah dengah syariat biarla dia copy paste ilmu tu. Mana tahu, daripada orang yang tak tahu pasal sesuatu tu, jadi tahu sebab dia share. 

Si B : tapi dia kongsi tu nak menunjuk-nunjuk, riak je lebih...

Si A : subahanallah..mana kau tahu dia nak menunjuk-nunjuk ? kalau niat dia memang nak berkongsi dan langsung tak ada niat menunjuk-nunjuk, riak..macam mana ?

Si B : alaaa...kalau tak riak tak perlu la nak share selalu. mengharapkan orang like status dia~

Si A : iisshhh..sebab apa kau kata dia menharap pula ? bukti ?

Si B : tak perlu bukti, aku tahu sangat la~

Si A : see...dalam hal ni aku nampak kau je yang serkap jarang. kau yang fikir banyak sangat tentang dia. kau yang fikir buruk-buruk tentang dia. cuba bukak minda, think positive. kita sebagai sahabat, doakan je la untuk dia, dengan harapan semoga segala apa yang dia post, dikira oleh Allah sebagai sebahagian daripada amal soleh, tiada yang terlepas daripada perkiraanNya, hatta satu noktah kebaikan di alam maya..

dah jadi macam satu tradisi kat negara kita...

acapkali orang berfikiran negative...

cuba ambil positive dulu dari negative...

cuba lihat perkara kebaikan dulu dari kejahatan..

cuba ambil yang baik-baik dulu...

harus diingat sentiasa dihati dan minda kita, apabila kita menasihati orang lain kebaikan adalah secara tak langsungnya nasihatkan diri kita terlebih dahulu..

jangan selalu mencari kesalahan manusia dan terus menindas manusia tersebut, takut-takut anda sendiri yang tertindas...

setiap orang ada kebaikan dan keburukannya...

setiap orang mampu berubah kearah yang lebih baik...

hati kita ni Allah yang pegang...

kalau hari ini dia jahat, tidak mustahil esok lusa dia akan jauh lebih baik dari kita...

memang kita tidak mampu dan puaskan hati semua orang...

tapi kita cuba yang terbaik untuk diri sendiri, sekaligus menyebarkan kebaikan kepada semua orang..

 utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia...

"bersyukurlah sekiranya masih ada yang mahu menasihati kita kearah kebaikan. Itu tandanya orang itu peduli, dan tidak mahu kita terus hanyut"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Bulan Syurga Firdausi said...

semoga kite sntiase mendapat rahmat Nya :)

Neijie said...

betul tu..saya sokong..hehehe
ok la buat post macam tu kat facebook..^^

btw..blog awak ni cantik..dan saya suka baca post kat sini..salam kenal. ^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .