Jom Follow!!!

Wednesday, June 6, 2012

EURO 2012, Suami & Solat Subuh..

Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

untuk entry kali ni, saya lebih berminat untuk berkongsi tentang tiga perkara yang sangat berkait rapat dengan diri seorang lelaki.. 

EURO 2012 akan bermula pada 8 Jun 2012..

EURO 2012

wah…kemeriahannya semakin terasa!. Semakin banyak iklan yang dikeluarkan di kaca tv mengenai EURO 2012. Bagi peminat-peminat tegar bolasepak khususnya, sudah semestinya ternanti-nanti dan bersiap sedia untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing . Maksud saya di sini, bagi peminat fanatic bolasepak, sudah tentunya mereka telah mengetahui dengan teliti jadual waktu perlawanan pasukan kesukaan masing-masing, pasukan kesayangan mereka berada dalam kumpulan mana, siapa lawan pasukan mereka, dan tak terkecuali sudah membuat persediaan dan perancangan untuk menonton bersama kawan-kawan dan sebagainya. 

SUAMI

huh? Ape kaitan Suami dengan EURO 2012? Em, biasalah orang lelaki ni, kebanyakan daripada mereka ini memang minat sukan bolasepak ni, takkan minat bola jaring pulak kan… =P 

SOLAT SUBUH

solat adalah tiang agama. Bila solat tidak didirikan, maka runtuhlah agama seseorang Muslim itu.

“Jika ingin melihat kekuatan barisan tentera Islam itu, lihatlah soff pada waktu solat Subuh”- Saidina Umar R.A.

jadi, apa perkaitannya EURO 2012, Suami & Solat Subuh ini ?

mari kita teliti kisah pendek ini =)

GOOLLLLLLLL!!!!

Aliyah terjaga daripada tidur apabila terdengar sorakan itu. Aliyah melihat jam di dinding. Jarum pendek di angka tiga. Tahulah dia bahawa suaminya, Akbar masih belum masuk tidur. Dia sudah lali dengan perangai suaminya. Akbar sanggup berjaga malam kerana siaran langsung bolasepak. Sejak dari zaman bujang lagi, Akbar sangat meminati sukan bolasepak.

“Hmmm… abang ambil berat pasal jadual perlawanan bola sepak, tetapi tak ambil peduli pula jadual solat setiap hari.” Lancar sahaja Aliyah melontarkan kata-kata nasihat untuk suami tersayang tanpa rasa gusar. [dipetik dari buku Suami Yang Teruji]

--------------------------------------------------

inilah realiti kebanyakan daripada kita. Jadual perlawanan bola sangat dititikberatkan, tapi jadual solat?

sengaja melewat-lewatkan solat juga adalah merupakan perbuatan mereka yang lalai dalam solat.

 aduh, sungguh malang nasib orang Islam hari ini, sanggup bersengkang mata untuk menonton bolasepak, kunci jam untuk bangun pukul 2-3 pagi, tapi sayang bila masuk waktu Subuh, ramai yang tewas. Subuh mereka, nun…bila matahari sudah meninggi ataupun langsung tak solat. Inilah yang dikatakan sebagai perbuatan sengaja melewatkan solat dan juga mempersendakan solat!

mesti ada yang cakap "tak semua lelaki yang tengok bola, tak solat subuh..."

iya, tak semua peminat bolasepak macam ni, tapi kebanyakannya ada yang berpelakuan macam ni ;).

Sabda Rasulullah SAW:
kunci syurga adalah solat. [HR Muslim]

perbezaan antara iman dan kafir adalah solat. [HR Tirmizi, Muslim & Abu Dawud]

bagusnya sang isteri memberi teguran kepada suaminya. Saling berpesan atas kebenaran dan kesabaran. Memang kita tak mampu untuk menghalang minat suami, namun apa yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan nasihat/teguran/tunjuk ajar supaya minatnya itu tidak melanggar batas-batas syarak. Itulah peranan yang patut dimainkan oleh seorang isteri.

isteri yang memahami minat suaminya, tak akan menghalang, tetapi menunjuk ajar dan memberi nasihat agar minat itu selari dengan syariat Allah.

suami idaman wanita ialah lelaki yang bangun untuk solat malam (bukan untuk tengok bola lewat malam), manakala isteri idaman lelaki ialah wanita yang mampu memberikan nasihat dan teguran jika suami melakukan kesilapan. =)

kesimpulannya, anda boleh menonton EURO tetapi JANGAN melewatkan dan mempersendakan SOLAT. Ingat bola, ingat solat. (^^,)

"Ya Allah, janganlah Kau masukkan aku ke dalam golongan yang lalai..."

Wallahu'alam..

p/s: orang perempuan pun ada yang minat bola sepak jugak taw, Always Arsenal v(^_^)v












Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .