Jom Follow!!!

Wednesday, May 4, 2011

21 Anak Tangga Kehidupan..



Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...
Segala puji pujian bagi Allah Tuhan semesta alam... 
Dengan limpah rahmat Nya....
Dia memanjangkan usia hamba Nya sehingga hari ini...
Dia masih sudi meminjamkan oksigen untuk terus bernafas..
Dia masih sudi memberikan belas kasihan buat hamba Nya..
untuk terus menapak setapak demi setapak langkah...

Terima kasih ya Allah..
Atas segala nikmat yang Engkau pinjamkan..
Moga dengan segala nikmat yang Engkau berikan..
Akan menambahkan rasa syukur ku pada Mu..
Menambahkan rasa cinta terhadap Mu..
Menyuburkan belas dan kasih sayang terhadap agama Mu...
Ya Allah pandanglah hambamu..
Dengan pandangan kasih sayang Mu...

04 Mei 2011...
Usia telah meningkat dewasa...
Kalau 20 adalah pintu gerbang kepada puluhan...
Maka 21 adalah isi kepada dunia puluhan...
Kalau di Malaysia..
Orang cakap dah boleh daftar untuk mengundi..

Usai solat subuh..
Ucapan dari orang yang paling disayangi..
En Ghazali & Pn Noridah..


"Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 21... !"
"Waaaa... dah tuaaaa !"
Moga jadi anak yang solehah..
Mak dengan Ayah..
sentisa doakan adik dunia dan akhirat...

Adik : "Mak ayah.. belum lagi la...
 Adik lahir 12.00 tengah hari..
Nanti 12.00 tengah hari  Ayah azan kat telinga adik la yer... 
Pastu Ayah ucap 'Sanah helwa ya habibati.' Ok?"

Lalalala... Afifah Ghazali..
sila berkelakuan serius !
Dah 21 tahun...
Bukan kanak-kanak riang lagi Ok...
Cuma kanak-kanak blackcurrent je ^_^

Kenangan memasuki umur 21 amat mengharukan...
Rasa sangat tercucuk dengan sebak dan gembira...
Doa-doa terasa membasahi jiwa...
Sesungguhnya tidak pernah sekali saya rasakan..
Kejayaan-kejayaan saya adalah hasil doa saya yang makbul...
Sentiasa saya rasakan..
Kejayaan-kejayaan saya adalah kerana 
kemakbulan doa orang ramai...

Umur Semakin Pendek.Bukan Semakin Bertambah Panjang..

Pertambahan umur memang menggembirakan... 
Tetapi manusia perlu sentiasa beringat..
Pertambahan umur adalah petanda..
Bahawa umur kita semakin pendek...
Waktu kita semakin singkat...
Berakhirnya semalam tidak akan dapat dikejar...

Moga peningkatan umur menjadi perhentian muhasabah..
Semakin dekatlah waktu pertemuan saya dengan Allah SWT... 
Entah sampai bila lagi masih boleh menghirup udara
Menggunakan sisa tenaga yang ada...
Adakah mati dalam ketaatan ? 
Atau mati dalam keingkaran ?
Di sinilah letaknya keperluan pada kesungguhan usaha menjadi hamba-Nya.
Moga-moga..
Saya mati sebagai pemenang dalam ujian-ujian-Nya...

 Senang saya mengingatkan diri saya dengan satu ayat Al-Quran.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian
dan di akhirat kelaklah akan disempurnakan segala balasan. 
Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka
dan dimasukkan pula ke dalam syurga
maka sesungguhnya dia telah beerjaya. 
Tiadalah dunia ini melainkan 
kesenangan yang menipu daya” 
Surah Ali-Imran ayat 185

Ingatlah wahai diri saya bahawa mati itu pasti untuk kita...
Ketahuilah akhirat itu juga tempat kita hendak kembali...
Hanya yang diselamatkan dari neraka
Dan dimasukkan ke dalam syurga yang dinamakan berjaya...
Ketahuilah bahawa dunia ini hanya tipuan semata-mata..
Dan perlulah kita yang mempergunakannya..
Bukan dunia mempergunakan kita.
Semoga Allah redha dengan usia saya...

Segala kudrat yang ada..
Segala tenaga yang masih wujud..
Dengan umur yang masih berbaki..
Dengan waktu yang belum luput..
Saya akan gunakan semuanya di dalam usia yang masih ada ini..
Hingga segalanya kering sekering-keringnya...

Akan saya gunakan semua ini untuk Allah SWT..
Untuk menggapai redhaNya...
Biar mati dalam keadaan..
Benar-benar menjadi hamba yang tunduk dan taat kepada-Nya.
Doa saya pada pertambahan usia ini hanya satu...
“Ya Allah, kurniakanlah aku taat”
Taat kepada Allah SWT...

Usia ini akan saya gunakan..
Untuk tugas-tugas memperbaiki diri..
Biar hidup ini bermakna..
Dengan semuanya dikira oleh Allah SWT...
Biar mati nanti bermakna kerna..
Pulangnya saya sebagai pemenang dalam ujian-ujian-Nya...

Saya ucapkan infiniti syukur kepada Allah SWT..
Yang mengisi kehidupan saya..
Dengan pelbagai perkara yang menarik... 
Saya sujud kepada-Nya dengan rasa kerdil..
Agar Allah mempermudahkan pula..
Apa yang akan saya lalui selepas ini...

Moga saya benar-benar dapat meneruskan kehidupan ini dalam teritori hamba...
Hingga kering segala apa yang ada pada usia...
Hingga usia itu sendiri luput daripada dunia...
Sanah Helwa Nur Afifah Ghazali 。◕‿◕。
Jangan lupa tuntutan Allah pada kita di akhirat nanti...

Dilema CINTA ini merunsingkan hatiku...
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
Dilema CINTA ini merunsingkan hatiku...
hanya untuk dapatkan RAHMAT dari-MU....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 3, 2011

I.M.P.I.A.N

Hurrmm..andaikata saya dapat sebijik camera macam ni...
Sape nak hadiahkan dekat saya sila angkat tangan..!
Aik...nyorok plak sume orang..
Takut la tu..huhu..
Saya teringin la nak memiliki satu camera macam ni...
Yang biasa-biasa pun jadila..
Janji macam ni...
Tak tahu la kenape lately saya suke dengan fotografi..
Tapi sekarang ambik coz civil engineering..
Hmm confius sudah @_@
Saya suka ambik gambar pemandangan yang cantik-cantik..
Pemandangan yang dikurniakan oleh Allah..
 Sekarang  kalau kita perasan..
Memang macam trend orang ade camera ni..
Dekat mane-mana kita pegi..
Mesti ade tergantung kat leher  photographer..
Saya akan pastikan..
saya akan dapat jugak sebijik camera macam ni nanti..
Insyaallah  (dgn penuh berharap..) ^_^
Orang cakap usaha itu tangga kejayaan..
Untuk dapatkan impian kena berpeluh dulu naik tangga.. =)

DSLR akan ku genggam mu suatu hari nanti..insyaallah...~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kenapalah Engkau Malas Sembahyang ?


Kenapalah engkau malas sembahyang ?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang..
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang..
Berdiri roh malam dan siang..
 
Kenapalah engkau malas sembahyang ?
Hendak makan minum pun dah senang..
Negara aman bukan perlu berperang..
Lima minit untuk lima waktu pun kau tak boleh nak luang masa... ?

Kenapalah engkau malas sembahyang ?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang...
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang...
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang...?
 
Kenapalah engkau malas sembahyang ?
0oo...kalau main bola sanggup sampai ke petang..
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang..
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang ?
 
Kenapalah engkau malas sembahyang ?
Ingatlah umur kita bukannya panjang..
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang..
Dalam kubur nanti jawablah kau seorang...
 
Kenapalah engkau malas sembahyang ?
Siksa neraka cubalah kau bayangkan..
Masa di akhirat terlalu panjang..
Janji Allah pasti datang tidak terhalang...
 
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian..
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan..
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..."

"Ya Allah, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Ya Allah, perkenankanlah doa permohonanku ini..."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 2, 2011

Cantik itu Subjektif 。◕‿◕。


Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik...
Tapi saya selalu dengar orang puji mak saya cantik...
Baru saya tahu mak saya cantik.... 
Cantik itu adalah mak saya...
Mak juga seorang yang peramah dan lemah lembut..

Apabila saya mula meningkat remaja
orang selalu kata abang saya handsome macam mak saya..
Baru saya perasan, abang saya handsome. 
Abang saya sama macam mak saya, kulitnya putih..
Kadang-kadang mereka berkawan dengan saya 
semata-mata ingin mendekati abang saya..

 Saya berbeza dengan mak dan abang..
saya tidak pernah mendapat pujian seperti mereka..
Saya selalu mendengar kata-kata seolah-olah membandingkan saya dengan mak dan abang..
Kadang-kadang mereka tidak menyangka 
bahawa saya merupakan anak dan adik kandung abang 
memandangkan saya tidaklah 'secantik' mereka..

Saya tembam, berkulit gelap..
Saya juga seorang yang agak garang... 
Memandangkan saya hanya mempunyai dua beradik sahaja..
kehidupan saya lebih rapat dengan ayah..
oleh sebab itu...
saya membesar menjadi seorang perempuan yang tegas..

Saya membesar dengan pelbagai kritikan...
Saya teringin untuk menjadi "cantik" macam mak dan abang
tetapi mustahil untuk saya menjadi cantik seperti mereka walaupun saya ber"make up" tebal..
Kecantikan mereka merupakan kurniaan Illahi..
dan saya tidak dikurniakan memiliki kecantikan seperti itu...
 Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya...

Kawan saya cakap cantik tu subjektif...
Ada orang yang nampak cantik di mata semua orang
dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang je..
Saya mengaku kata-kata kawan saya itu ada benarnya...

Saya telah berjaya buktikannya...
Kecantikan luaran saya tidak mampu ubah..
tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki...

saya sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak saya..
akhlak saya sebagai umat islam..
akhlak saya bersama orang yang lebih tua..
akhlak saya bersama kawan-kawan..
Biarlah rupa paras tidak cantik..
asalkan peribadi dan akhlak saya cantik...
saya telah mencuba sedaya upaya 
untuk memiliki sifat-sifat baik..
yang perlu dimiliki oleh wanita muslimah..

Saya menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh 
kerana saya selalu mendengar
tidak guna cantik andai tidak berilmu..
Saya ingin menjadi seorang yang berilmu..
orang yang dipandang tinggi kerana ilmunya..
bukan kerana kecantikannya..

Kekurangan saya, saya jadikan perangsang untuk berjaya.. 
Saya berjaya kerana saya berusaha..
bukan kerana paras rupa saya..
Biarlah saya menang kerana memiliki ilmu..
bukan kerana memiliki kecantikan...
Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing..
dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri...

Baru kini saya sedar..
walaupun Allah tidak kurniakan saya kelebihan dari segi kecantikan..
namun Allah telah memberi saya banyak kelebihan yang tidak semua orang miliki...

Saya berjaya buktikan kecantikan itu bersifat subjektif..
Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa..
namun kecantikan juga boleh diukur 
dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna..
serta cara kita membawa diri...
Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri 
dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya...
Jika mengharapkan..
sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita..
dan kita tidak akan mengenali erti bersyukur...

Disebabkan saya tidak cantik........
saya tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran...
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya...
Kerana saya tidak cantik..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya...
Kerana saya tidak cantik...
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain..

Paling penting..
kerana saya tak cantik..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya..
Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa...

Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan... 
Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah...

Cantik di dunia..
tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak...
Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nilai Persahabatan Sebenar ...


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:
"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.
Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat'.
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Benarlah kata-kata hikmah yang selalu kita dengar 
"sahabat yang tidak jujur itu ibarat dapur yang berhampiran...
Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya
sudah pasti akan terkena asapnya...
Sahabat yang setia itu bagai pewangi yang mengharumkan...
Sahabat sejati menjadi pendorong impian...
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..."

Sahabat suka dan duka kita kongsi bersama
silaturrahim kita hanya kerana Allah.
engkau ajarkanku erti hidup hanya untukNya
memberi keranaNya
menerima seadanya
Hidup bukan hanya untuk dunia semata
tapi untuk akhirat yang lebih utama..
ukhuwahfillah..

Mari sama-sama berlari untuk menjadi sahabat terbaik..
untuk menggapai redha Allah.
Ambillah waktu untuk berfikir..
itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain..
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi...
Ambillah waktu untuk berdoa..
itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar
itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai..
itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah SWT...
Ambillah waktu untuk bersahabat..
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa..
itu adalah muzik yang menggetarkan hati..
Ambillah waktu untuk memberi..
itu adalah membuat hidup terasa bererti...
Ambillah waktu untuk beramal..
itu adalah kunci menuju syurga..


Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israel) berkatalah dia: 
"Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?"
Para hawariyyin (sahabat-sahabatsetia) menjawab: 
"Kami lah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri..
(Surah Ali-Imran 3: Ayat 52)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, April 28, 2011

J0d0h dan Pertemuaan

 
wahai wanita solehah..
jangan risau akan jodohmu..
kerana muslim yang bijak itu..
tidak akan terpaut pada wanita hanya pada rupa paras..
lirikan senyuman..
lentokkan bicaranya..
atau pada pujuk rayunya..
andai belum sampai jodohmu..
anggap la bahawa..
muslim yang kamu nantikan itu..
sedang membina sahsiah keperibadiannya..
bagi membantu dirimu..
kerana pada muslim itu..
pasti ada kekurangannya..
dan muslim yang benar-benar layak pasti akan hadir..
melengkapkan kekuranganmu..

wanita solehah permata buat lelaki soleh..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 27, 2011

usaha.d0a.tawakal


Alhamdulillah.. syukur.. 
dapat jugak habiskan semua paper sem pertama (sem 5 intrgrsi) dekat p0ly premier ni.. 
macam-macam jugak cabaran nak exam ni..
7 paper macam nak ambik PMR balik..
berpeluh juga la kan nak hafal tujuh-tujuh subjek..
demi masa depan..

memang tak tahu nak cakap la bz bukan main time exam..
aktiviti bers0sial di internet memang sama sekali tak de masa..
sebelum tid0 study.bangun tid0 study..
siang pergi library study gr0up dengan sahabat seperjuangan..
hari-hari library..
ibarat libraryku syurgaku la time tu..
makan minum memang tak jaga la..
sampaikan balik keramat terpaksa geledah peti ais
mencari ubat kapur aka ubat gastrik..

usaha dah.sekarang tinggal d0a dan tawakal sahaja..
d0a saya..
sem0ga usaha yang dah buat..
s0alan yang dah jawab..
mendapat keberkatan daripada Allah SWT..
diberi kejayaan di dunia dan akhirat..
dan kejayaan ini dapat mengembirakan hati
En Ghazali & Pn Noridah
amiin...

ayah saya slalu pesan.. 
apapun yang kita buat kat dunia ni.. 
berdoalah.. mohonlah perkenan daripada Allah.. 
Dia yang menentukan pengakhiran..
kita hanya merancang..
nak dapat d0a yang makbul, kita selaku hamba Allah kenalah buat la benda yang diredhai 0leh-Nya.. 
jangan d0a je.. usaha takde.. dah tu buat benda yang terang-terang dilarang..
dan perlu ingat jugak..
kalau tak dapat apa yang kita inginkan.. redhalah dengan ketentuan ilahi..

Tak payah lah usaha.sebab Allah dah tetapkan semuanya bt0l ke?

Ada yang percaya:
“Tak perlu study, sebab keputusan periksa tu
Allah dah susun semenjak azali”
Ya kah?

Saya sebenarnya suka untuk semua manusia memikirkan satu dimensi yang lain dari pemikiran-pemikiran di atas. Pada saya, 0rang yang berkata seperti di atas, tidak memahami kasih sayang Allah SWT secara sebenarnya kepada manusia..


Memang takdir itu kepunyaan Allah SWT. Memang, Allah SWT tahu apa yang jadi pada masa hadapan. Memang, Allah SWT dah susun semuanya. Tapi antara kasih sayang Allah kepada manusia, adalah Allah SWT mengurniakan kepada manusia satu perkara:

Ikthtiar...

 
Allah SWT, memberikan pada manusia ikhtiar.

Sebab itu Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu bergerak mengubah apa yang ada dalam diri mereka terlebih dahulu” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Allah SWT juga berfirman:
“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT, sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah SWT hanyalah orang-orang yang kufur” Surah Yusu ayat 87.

Di sini jelas bahawa, Allah SWT memberikan manusia kuasa untuk berusaha.
Untuk apa usaha, andai semua perkara sudah tersusun dan ditentukan ?

Pada saya, kata-kata: “Tidak perlu usaha, Allah dah susun semua” adalah satu tuduhan palsu kepada Allah SWT. Bukankah perkara itu, secara tidak langsung kita telah menyatakan bahawa Allah itu zalim ?

Allah itu Maha Mengetahui. Sebab itu, Allah SWT Maha Mengetahui Masa Hadapan kita. Adakah kerana Dia telah menyusun semuanya ?
Se0rang pensyarah saya berkata: 
“Sebenarnya, masalah ini masalah yang besar. 
Kerana ini adalah ilmu Allah SWT. 
Tiada siapa b0leh bereksperimentasi dalam hal ini, untuk membuktikan kebenaran hip0tesisnya. Tapi, saya b0leh katakan begini berkenaan masalah Allah telah menyusun semua perkara. Sebenarnya, Allah SWT tidak menyusun semua perkara..
tetapi Dia mengetahui semua perkara. 
Dia tahu kita akan pilih apa
Dia tahu apa akan jadi pada kita dengan pilihan kita
Dia tahu ke mana kita akan pergi dengan pilihan kita dan begitulah Dia. Dia Maha Mengetahui”

Yakni Allah SWT mengetahui masa hadapan kita.
Dia tahu kita bagaimana nanti.
Ada dua pilihan..
Allah tahu yang mana kita akan pilih. 
Allah SWT tahu apa akan jadi kepada kita dengan pilihan kita.
Tapi yang memilih, itu kita....
 
Jadi, jangan fikir fasal nanti jadi apa, apa Allah dah susun pada aku.
Itu semua ilmu Allah SWT. Natijah, kita serah pada dia.
Tapi kita juga perlu selitkan sangka baik kita kepada Dia.
Allah SWT tidak akan memungkiri janji-Nya. 
Takkan yang buat baik, Dia suka-suka nak campak masuk neraka?
Namun, di atas dunia ni memang berlaku situasi-situasi macam ni:
“Aku belajar sungguh-sungguh, tapi dapat 3 p0inter je.kenapa tak dapat 4 flat ? ”

Situasi-situasi macam ni, jangan kita salah anggap yang Allah dah takdirkan keburkan pada kita. Sebenarnya, itu semua ujian sahaja. Ujian sahaja. Kena faham yang itu. Dan ujian-ujian itu ada hikmahnya. Nak mengingatkan kita kepada kehidupan kita, nak dekatkan kita kepada Allah, nak uji keimanan kita..

Jadi, kita usaha. Sebab itu, kita selalu kata:
“Usaha di tangan manusia, natijah di tangan Allah, dan apa yang Allah beri itu yang terbaik”
Jadi, terus berusaha..
Mana la tahu, dari runtuhan kegagalan kita, kita mampu membina bangunan kejayaan yang tinggi.
Dan ketahuilah, dalam hidup memang akan ada ujian...
Ujian dengan kehidupan, adalah kembar tidak seiras...

Allah SWT suruh kita tidak berputus asa pada rahmatNya. Allah SWT kata, Dia tidak akan mengubah nasib kita, melainkan kita tidak bergerak mengubah diri kita. Allah SWT kata, tidak paksaan dalam agama, kita b0leh pilih mana kita suka, tetapi dah jelas mana baik buruk. Allah kata, siapa buat baik dibalas kebaikannya, siapa buat buruk, dibalas keburukannya.
Semua tu, Allah yang kata.

Dan Allah SWT, tidak memungkiri janjinya.

“Dan sesungguhnya janji-janji Allah itu benar…” Surah Ar-Rum ayat 60.

Jadi, kenapa kita memilih untuk tidak berusaha meraih janji-janji-Nya ?

Manusia yang tidak berusaha ni, layaknya kita panggil zombi. Dia mayat sebenarnnya, tapi terhidup pula. Mayat, tak payah usaha...

Bila boleh berhenti usaha ?
Bila dah mati sahaja...

Jadi, bersangka baiklah kepada Allah. Yakinlah dengan semua kata-kata-Nya. 
Dia tidak akan menzalimi diri kita...
Tetapi, manusialah yang sering menzalimi diri mereka sendiri...
Beri pelbagai alasan, itu dan ini...
Dan saya rasa: “Tak payah usaha, Allah dah susun semua” 
hanyalah salah satu alasan..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .