Jom Follow!!!

Thursday, June 28, 2012

Allah Itu Terlalu Dekat Dengan Manusia..


Salaamun ‘ala manittaba’al huda

bila kamu suka solat lambat dan malas berdoa..

maka kala kamu susah, dan kala kamu berdoa saat kamu susah..

memang kamu sendiri akan terasa seperti bantuan Allah itu lambat, atau Allah SWT itu tidak mendengar...

sedangkan bantuan Allah itu amat pantas, dan Dia adalah Yang Maha Mendengar..

Allah itu amat hampir, tetapi kita sebenarnya yang meminggir..

dan jangan dikira-kira permintaan kita yang masih belum dimakbulkan Allah...

cuba fikirkan berapa banyak nikmat yang Dia berikan tanpa kita meminta padaNya pun...

pastikan tiada sehari pun yang berlalu tanpa kita merakamkan rasa syukur kepadaNya..

---------------------------------------------------------

ketika waktu mendatangkan cinta..

aku putuskan memilih diriMu..

setitik rasa itu menetes dan semakin parah..

bisa ku rasa getar jantungku..

mencintaiMu melebihi diriku..

saat Allah SWT mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka...

di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih serta dilapangkan dadanya menerima ilmu yang menjadi petunjuk ke jalan benar.

Allah itu Yang Maha Mendengar..

Allah itu amat hampir dengan hambaNya, tetapi kita sebenarnya yang meminggir..

# biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak sepi dari kasihNya. kerna sesungguhnya hakikat cinta Hanya Dia yang Esa..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, June 26, 2012

Wuduk di Kompleks Membeli Belah~


Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

jika dulu, sekiranya ada sahabat yang baca entry saya mengenai "Tandas Lebih Wangi Dari Surau, Dimanakah silapnya?" kini saya ingin menulis satu lagi entry mengenai kompleks membeli belah juga tapi lebih kepada mengenai "Perbuatan Mengambil Wuduk di  Kompleks Membeli Belah.."

saya jenis yang suka perhati..

perhati sambil berfikir...

dan saya perhati setiap kali saya berwuduk di mana-mana surau  kompleks membeli belah, pasti ada yang wuduknya ala kadar, mahu cepat...

walhal wuduk itu antara pra syarat sahnya solat...

jika wuduknya tidak sempurna, maka sahkah solatnya?

antara kesalahan yang obvious :

1. sekadar alirkan air (tidak menyapu).
2. tidak kena keseluruhan anggota wuduk.

kalau yang buat tu kanak-kanak umur bawah 12 tahun boleh la tegur direct, ini kebanyakannya kanak-kanak umur 20+.

bagaimana ya teknik terbaik yang berhikmah untuk menegur orang yang tak kita kenali mengenai wuduk mereka?

satu lagi yang saya perhatikan..

ada orang bukak paip laju-laju, sambil ambil wuduk perlahan-lahan...

nampak gaya macam warak, rupa-rupanya dah jadi sedara syaitan sebab membazir air..

-----------------------------------------

satu dialog yang masih saya ingat sehingga kini:

"kalau ada Smart Solat, anak sahaja yang dihantar hadir, walhal ibubapa yang lebih sepatutnya hadir. =)", adu seorang pakcik pada saya beberapa tahun lepas.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 13, 2012

Menyendiri~


cenderajiwaku telah tertinggal dimedan rindu..

dirimu mengenaliku tidak lebih dari satu matan, tidak lebih dari satu perenggan dan tidak lebih dari satu bab..

mungkin diri ini tidak seperti Saidatina Fatimah Az Zahra..

tapi dirimu bukan Saidina Ali Radiallahu anhu..

dimanakah kehebatan sehingga kami layak untuk menyombongkan diri..

kerana sahabat diri ini menafkahkan cintaku..

layakkah diri ini untuk berasa lebih arif tentang cinta daripada Allah?

Dia yang telah menitipkan cinta diantara kamu berdua..

wahai Engkau yang telah melumpuhkan hati..

tiada yang lebih baik dari pilihan Tuhan..

mugkin kebaikan itu bukan pada yang terpilih..

tetapi pada jalan yang Kau pilih..

semoga cinta ini bukanlah sebuah nasib..

Ya Rasul..ajarkan kami tentang cintamu..until Jannah

----------------------------------

siapakah yang akan akhirnya nanti menjadi perlindungku dan siapakah yang akhirnya nanti akan menjadi imam untuk diriku?..wallahua'lam..

Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud: "mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin..bismillahi tawakkaltu alAllah..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, June 11, 2012

Biar Ringkas Bicaranya..


Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

entahkan mengapa, biar ringkas bicaranya namun seribu kesan di hati.

"Assalamualaikum" sana.

"Wa'alaikumussalam. ada apa?" sini.

"terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.

"pasal apa?" sini.

"sibuk ke? sana.

"agak," sini.

"ok" sana.

"Allah ada" sini.

"tahu" sana.

"Allahlah tempat mengadu" sini.

"ya baik" sana.

"bangun. malam ni. jom sama-sama menghadapNya" sini.

senyap.

ada tangis di situ.

"kan bagus kalau ade di sini," sana.

"tak bagus pun," sini.

"kenapa?" sana.

"orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh" sini.

"bila dekat asyik nak gaduh," sana.

tergelak dalam sebak.

"rindu sebenarnya" sini.

"kenapa tak cakap?" sana.

"saje. nak didik sabar. ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.

sana senyap.sini senyap.

dan titis itu tumpah juga. berjuraian. rindu pada sahabat, biar pun jauh, namun tetap dekat di hati. biar kita jauh jasad, namun biar kita saling didekatkan dengan doa. Allahurabbi :')

ukhwah itu indah bila kita saling mendoakan :')

---------------------------------------------------------------

kadang-kadang kita sendiri tak tahu macam mana nak terangkan rasa rindu itu. ia hadir dalam jiwa dengan tidak semena-mena. itulah rindu. rindu itu anugerah dari Allah. tidak boleh disentuh. cuma boleh merasa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 6, 2012

EURO 2012, Suami & Solat Subuh..

Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

untuk entry kali ni, saya lebih berminat untuk berkongsi tentang tiga perkara yang sangat berkait rapat dengan diri seorang lelaki.. 

EURO 2012 akan bermula pada 8 Jun 2012..

EURO 2012

wah…kemeriahannya semakin terasa!. Semakin banyak iklan yang dikeluarkan di kaca tv mengenai EURO 2012. Bagi peminat-peminat tegar bolasepak khususnya, sudah semestinya ternanti-nanti dan bersiap sedia untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing . Maksud saya di sini, bagi peminat fanatic bolasepak, sudah tentunya mereka telah mengetahui dengan teliti jadual waktu perlawanan pasukan kesukaan masing-masing, pasukan kesayangan mereka berada dalam kumpulan mana, siapa lawan pasukan mereka, dan tak terkecuali sudah membuat persediaan dan perancangan untuk menonton bersama kawan-kawan dan sebagainya. 

SUAMI

huh? Ape kaitan Suami dengan EURO 2012? Em, biasalah orang lelaki ni, kebanyakan daripada mereka ini memang minat sukan bolasepak ni, takkan minat bola jaring pulak kan… =P 

SOLAT SUBUH

solat adalah tiang agama. Bila solat tidak didirikan, maka runtuhlah agama seseorang Muslim itu.

“Jika ingin melihat kekuatan barisan tentera Islam itu, lihatlah soff pada waktu solat Subuh”- Saidina Umar R.A.

jadi, apa perkaitannya EURO 2012, Suami & Solat Subuh ini ?

mari kita teliti kisah pendek ini =)

GOOLLLLLLLL!!!!

Aliyah terjaga daripada tidur apabila terdengar sorakan itu. Aliyah melihat jam di dinding. Jarum pendek di angka tiga. Tahulah dia bahawa suaminya, Akbar masih belum masuk tidur. Dia sudah lali dengan perangai suaminya. Akbar sanggup berjaga malam kerana siaran langsung bolasepak. Sejak dari zaman bujang lagi, Akbar sangat meminati sukan bolasepak.

“Hmmm… abang ambil berat pasal jadual perlawanan bola sepak, tetapi tak ambil peduli pula jadual solat setiap hari.” Lancar sahaja Aliyah melontarkan kata-kata nasihat untuk suami tersayang tanpa rasa gusar. [dipetik dari buku Suami Yang Teruji]

--------------------------------------------------

inilah realiti kebanyakan daripada kita. Jadual perlawanan bola sangat dititikberatkan, tapi jadual solat?

sengaja melewat-lewatkan solat juga adalah merupakan perbuatan mereka yang lalai dalam solat.

 aduh, sungguh malang nasib orang Islam hari ini, sanggup bersengkang mata untuk menonton bolasepak, kunci jam untuk bangun pukul 2-3 pagi, tapi sayang bila masuk waktu Subuh, ramai yang tewas. Subuh mereka, nun…bila matahari sudah meninggi ataupun langsung tak solat. Inilah yang dikatakan sebagai perbuatan sengaja melewatkan solat dan juga mempersendakan solat!

mesti ada yang cakap "tak semua lelaki yang tengok bola, tak solat subuh..."

iya, tak semua peminat bolasepak macam ni, tapi kebanyakannya ada yang berpelakuan macam ni ;).

Sabda Rasulullah SAW:
kunci syurga adalah solat. [HR Muslim]

perbezaan antara iman dan kafir adalah solat. [HR Tirmizi, Muslim & Abu Dawud]

bagusnya sang isteri memberi teguran kepada suaminya. Saling berpesan atas kebenaran dan kesabaran. Memang kita tak mampu untuk menghalang minat suami, namun apa yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan nasihat/teguran/tunjuk ajar supaya minatnya itu tidak melanggar batas-batas syarak. Itulah peranan yang patut dimainkan oleh seorang isteri.

isteri yang memahami minat suaminya, tak akan menghalang, tetapi menunjuk ajar dan memberi nasihat agar minat itu selari dengan syariat Allah.

suami idaman wanita ialah lelaki yang bangun untuk solat malam (bukan untuk tengok bola lewat malam), manakala isteri idaman lelaki ialah wanita yang mampu memberikan nasihat dan teguran jika suami melakukan kesilapan. =)

kesimpulannya, anda boleh menonton EURO tetapi JANGAN melewatkan dan mempersendakan SOLAT. Ingat bola, ingat solat. (^^,)

"Ya Allah, janganlah Kau masukkan aku ke dalam golongan yang lalai..."

Wallahu'alam..

p/s: orang perempuan pun ada yang minat bola sepak jugak taw, Always Arsenal v(^_^)v












Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 29, 2012

Koreksi Diri...


Salaamun 'ala manittaba'al huda....

amat sukar untuk menulis sesuatu tentang diri sendiri. Apatah lagi jika ianya berkaitan dengan kelemahan dan kekurangan diri. Itulah hakikatnya...

jika kita diberikan sehelai kertas dan diminta menulis kelemahan orang lain, tentunya berkajang-kajang yang dapat kita senaraikan...

 tetapi jika diminta untuk menulis kelemahan diri sendiri, maka berapa lama masa yang diperlukan, dan kita masih termenung sambil menggaru-garu kepala. Sedangkan kertas masih lagi kosong. Kita tidak mampu, itulah realiti yang harus ditelan...

menulis sesuatu kecacatan pada diri sendiri, diibarat membuka pekung di dada dan ia bukanlah suatu yang menarik. Kita mengakuinya termasuk saya sendiri...

fitrah manusia...

apakah perasaan kita jika ada sahabat yang berkata :

“kamu ini hamba Allah yang taat, cantik, baik, cerdik...bla...bla...bla...”

kita merasa gembira ? 

sudah tentu! Hati kita seronok, berbunga-bunga, walaupun kita sebenarnya tidak begitu. Tetapi kita memang gembira...

bagaimana pula jika seorang lagi sahabat berkata :

“kamu ini degil, tidak solat, kurang pandai, hamba nafsu...bla...bla...bla...”

automatik kita akan sakit hati, marah, memberontak tidak setuju. Terasa mahu melayangkan sebijik dua buah tangan, walaupun kita memang begitu. Itulah keadaan kita sebenarnya, tetapi kita marah dan tidak menyukainya...

kenapa ?

manusia sukakan kepada kesempurnaan dan mencari-cari kesempurnaan....

 fitrahnya memang begitu. Lebih-lebih lagi kesempurnaan zahir. Tanyalah kepada sesiapa pun, “Ya...” jawab mereka...

 siapa yang tidak mahu kelihatan cantik, gagah, cerdik, kaya, berpengaruh dan berbagai-bagai lagi. Dan itulah di antara kesempurnaan yang menjadi impian, sebagaimana asal penciptaannya dengan sebaik-baik kejadian.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.” (at-Tin: 4)

Allah SWT memulakan ayat ini dengan lafaz sumpah iaitu sebaik-baik makhluk yang Allah SWT ciptakan adalah manusia. Bentuk tubuhnya melebihi keindahan bentuk tubuh makhluk yang lain, tentang ukuran badannya, tentang manis air mukanya, sehingga digelar "basyar", ertinya wajah yang menggembirakan. Untuk menyempurnakan lagi penciptaannya dianugerahkan pula akal sebagai pedoman dan pengimbang dalam melakukan sesuatu perkara.

manusia, sebaik-baik ciptaan...

justeru, marilah kita memperbanyakkan syukur di atas kurniaan yang amat hebat ini... =)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 23, 2012

Bagaimana mencintai secara high class ?



 Salaamun 'ala manittaba'al huda....

Cinta High Class...
  
cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class jugak...

errrr.. apa itu cinta high class ?

cintamu mendaulatkan Allah nombor satu..

cintamu padaku kerana Allahmu yang satu..

cintamu bermujahadah menahan nafsu..

Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah...

wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.
 
jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan..

jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan..

saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki..

lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya...

 bagaikan elektron dan proton...

 bagaikan baju dan seluar...

 bagaikan sepasang selipar...

kedua-duanya saling memerlukan...

bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki...
 
kenapa ianya high class ?

itu tanda patuhi Allah...

itu tanda jauhi fitnah...

itu tanda sebuah mujahadah...

mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah..

jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita..

the time will be come, insyaallah..

jika tidak di dunia kita akan bertemu di syurga kelak, insyaallah..

Nabi SAW berpesan "jika kalian berasa gelisah terhadap sesuatu perkara, maka solatlah dua rakaat kemudian berdoalah : Ya Allah, aku beristikharah kepadaMu dengan ilmuMu" (Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------

tidak akan rugi orang yang melakukan istikharah dan musyawarah...=)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .