Jom Follow!!!

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Kedua..

Tahun lepas sebulan berpuasa dengan family di rumah. Indah.
Tahun ni bakal sebulan berpuasa di tempat orang. Harapnya indah.

Alhamdulillah. Hari ini sudah masuk hari yang kedua saya berpuasa di tempat orang. Satu pengalaman yang sangat berharga buat diri ni. sayu rasa hati, terharu rasa di jiwa dengan pemilihan Allah keatas diri ini.

Satu perkara yang saya suka buat bila tiba di tempat orang adalah memerhati. Rasanya semua orang begitu.

Kesannya, kita akan banyak belajar budaya hidup mereka terutama tentang bagaimana cara mereka menyambut Ramadhan yang sedang kita bicarakan sekarang.

Berborak dengan seorang sahabat di ofis. Umurnya hanya tua dua tahun dari saya. Orangnya sentiasa menjaga penampilan. Tetapi sayang, kerap merokok.

“puasa ke hari ini ?” Saya memulakan perbualan.

“InsyaAllah. Setiap hari dalam bulan ramadhan aku puasa.” Dia membalas.

“Bagus-bagus. Kau tak merokok hari ini?” Giliran saya pula mengajukan soalan.

“Aku merokok lepas maghrib.”

 “rasa-rasa merokok tu baik untuk kesihatan tak?” Sajanak test soalan panas.

“Tak.” Dia menggeleng

“Jadi, kenapa merokok? Kalau dah tahu bahaya untuk kesihatan..”

“Aku merokok sebab ketagih.”Jawapannya pendek.

”Aku mintak maaf dengan apa yang aku cakap. Tapi cuba kau buka surah Al Baqarah, ayat 195."

"Nak buat apa?"

Allah berfirman, "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."

Cuba kita tengok hebatnya bulan Ramadhan sebagai bulan mulia..mampu menyekat kemahuan perokok-perokok tegar untuk beraksi di siang hari. Series  sekarang bila saya pergi ofis sudah tidak ada bau asap rokok.

Kesannya, munculah percakapan di kalangan wanita dengan mengatakan bahawa udara di ofis lebih sihat berbanding sebelum datangnya Ramadhan =)

Mungkin sampai di sini sahaja coretannya. 

InsyaAllah andai ada banyak lagi cerita perihal Ramadhan di negeri orang. Nanti saya sambung di next episod..

Chekitdout  !
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 8, 2013

Ujian..


Bukan nikmat kemudahan sahaja yang Allah bagi kepada yang terpilih.

Ujian kesusahan pun sebenarnya atas pemilihan Allah buat hamba-hambaNya.

Sebab itu tak pelik bila ada manusia yang berjaya selepas melalui ujian.

Sedangkan sebelumnya, mereka hanya sekadar melihat orang lain sahaja yang memakai pingat kejayaan.

Setiap pagi kita bangun dengan harapan hari itu,akan menjadi lebih baik dari semalam.

Tapi kemudian Allah menguji lagi.

Kita pun kecewa dan harapan kita pun seolah-olah sudah hilang.

Jangan bersedih...

Selagi kita masih bernafas hari itu,selagi itulah masih ada harapan, ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan.Yang penting jangan berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

Kalau Allah hendak memberi kejayaan kepada kita Dia boleh memberi sekelip mata, tapi Allah menguji kita. Kesabaran kita serta istiqamah kita.

Jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada Tuhan

Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu pasti cerah kembali :')


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 13, 2013

Aku Bukan Sesiapa..


Aku bukan sesiapa.

Aku adalah aku yang kamu kenal dulu.

Aku adalah aku yang pernah kita bersama satu ketika dahulu.

Dan aku adalah aku yang sentiasa ingin menjadi hebat seperti kamu.

Aku sedar siapa diri aku.

Banyak perkara yang masih tidak tahu, hanya bisa bercita-cita saja mampu.

Tapi, itu bukan penghalang bukan?

Untuk aku bergerak maju dengan cara aku.

Seiring memohon kepadaNya yang mengatur segala-galanya.

"Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan kami menentukan nasib diri kami sendiri. Walau sekelip mata atau lebih dari itu."

Berusaha dan berusaha lagi !

Dan kepada anda yang baik hati mohon doa dari kalian untuk diri ini :')
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 6, 2013

Tak Rugi. Tak Mati. Tak Sia-Sia Andai Di Sebut..

"Fifah nanti awak tolong buat ek kerja tuh, awak dah faham kan."

"InsyaAllah.."

 "Jangan la insyaAllah, yakin buat"

"Ye saya cuba, insyaAllah...."

"Yakin sikit......"

"Ye saya cuba, kalau saya tak tahu atau kurang faham saya akan tanya yang lain. InsyaAllah saya akan cuba buat..."

------------------------------------------------------------

Sejak bila pulak kalau kita cakap insyaallah, maksudnya kita tak yakin tak serius? Bukan ke kalau kita sebut insyaAllah tu, maksudnya kita kembalikan segala pergantungan tu pada Allah? Sepatutnya bila kita sebut insyaAllah, kita akan lebih semangat untuk laksanakan. Sebab kita berjanji dengan nama Allah. 

"Dan janganlah sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'Aku pastikan melakukan itu esok pagi,'. Kecuali dengan mengatakan Insya Allah..."

Cuba teka ayat ni dalam surah apa.. ? 

Semalam baru kita baca surah ni, ingat tak ? 

Semalam hari jumaat kita baca surah ni... :')

Surah Al Kahfi, ayat 23 dan 24

Ok sambungan ayat ni apa ?

"Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa, dan katakanlah 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat kebenarannya daripada ini."

tengok Allah dah jelaskan dalam ayat Quran..

Tapi zaman sekarang ni orang salah tafsirkan maksud insyaAllah tu sendiri. Bagi mereka, kalau tak confirm, baru sebut insyaAllah. Kan?

Bila rasa macam taknak janji. Bila rasa macam taknak buat sesuatu perkara, baru nak sebut insyaAllah. Ada tu siap guna lafaz InsyaAllah sebagai tiket untuk mungkir janji.

Maka mulai hari ni, sebutlah Insyaallah. Tak rugi pun. Tak mati pun. Tak sia-sia pun. Tak buang masa pun.









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 24, 2013

Manfaat Pada Yang Lain.

"Awak nampak cawan ini? Apa yang awak nampak dari cawan ini?"


 "Cawan tu boleh guna untuk minum la, fa."
"Cawan tu boleh hilangkan dahaga kita."

Cawan itu hanyalah perumpamaan kepada sebuah kehidupan.

Ada orang mungkin memandang cawan hanya untuk menghilangkan dahaganya. Tetapi, ada orang memandang lebih besar daripada itu. Cawan yang kecil boleh diguna untuk memberi minum kepada ramai orang yang lebih memerlukan.

Itulah perumpamaan kepada sebuah kehidupan. Ada orang memandang kehidupan ini hanyalah untuk memenuhi kehendak-kehendak dirinya. Hanya untuk memenuhi kehendak duniawi saja. Maka hidupnya tidak lain hanyalah sekadar bermanfaat untuk dirinya. Bangun pagi, pergi kerja, main game dan cuma itu saja. Orang lain tidak meneguk walau sedikit manfaat daripadanya. Alangkah ruginya begitu.

Jadilah sebaik-baik manusia sebagaimana sabda Rasul s.a.w. :
"Sebaik-baik manusia, adalah yang bermanfaat kepada manusia lain."

Ketika orang lain memandang hidup ini hanya untuk kepuasan dirinya, kita akan tetap memandang hidup sebagai medan khidmat untuk manusia.

Biar dengan segala manfaat yang ada pada kita,
Islam mampu tumpang dan manusia lain dapat meneguk hikmah pula darinya.

--------------------------------------------

Alhamdulillah sudah masuk hampir sebulan saya bekerja di Jabatan Pengairan dan Saliran. Baru merangkak-rangkak untuk belajar apa yang tak diketahui. Menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai seorang juruteknik.

"Awak akan diberi amanah untuk memegang salah satu sungai yang berada di negeri Selangor. Sekirannya banjir berlaku, awaklah yang akan berhadapan dan bersoal jawab dengan rakyat.." - Jurutera Daerah

Sangat berat tanggungjawab yang diberi. Tapi insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk menggalasnya dengan sebaik mungkin.

Saya akan berusaha untuk menjadi manusia yang memberi  bermanfaat kepada manusia lain. 

Kerana merasakan diri ini punya kekurangan yang begitu banyaklah, saya akan berusaha melakukan sesuatu yang baik. Supaya kalau ada manfaatnya yang dapat diambil oleh sesiapa pun yang, saya berharap manfaat itu menjadi saham untuk saya di sisi Allah. 

Tak mampu nak menjanjikan jadi yang terbaik. Tapi insyaAllah cuba untuk jadi yang terbaik. 

Nak minta doa boleh? Doakan ya! :')

Saya sentiasa berharap pada doa orang-orang yang membaca apa yang saya tulis, berharap doa dari orang-orang yang saya sayang. Saya tahu, ada yang lebih soleh dan solehah dari saya. Yang dirinya lebih dekat dengan Allah, doanya makbul di depan Allah.

Hendak berharap pada doa diri sendiri yang banyak dosa ini, sudah tentulah payah. Maka, pada doa kalian yang soleh dan solehahlah saya menumpang manfaat.

Kadang, kita berdiri di tempat kita berada hari ini bukanlah kerana doa kita, tetapi kerana doa-doa orang soleh yang sentiasa mendoakan kita, walau kita tidak tahu siapakah dia. 

"Aku cintakan orang-orang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka."







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 26, 2013

Aku Cinta Dia Kerana Agamanya..

"Aku cinta dia kerana agamanya. Jika hilang agamanya, hilang jugalah cintaku padanya."

 Selalu kita ucap benda ni. Selalu juga kita baca orang tulis begini. Saya tak kata salah, malah saya tak berapa gemar sentuh bab cinta. Sebab...? serik? Mungkin. *jungkit bahu*

Andai betul kita cinta, kita sanggup buat apa saja. Itu memang semulajadinya akan berlaku. Sampai ada yang kata, 'Lautan api pun sanggup aku renangi.' Heh. Tak ada lautan api depan mata bolehlah cakap. Cuba kalau betul-betul ada? Bukan setakat redah lautan api, jumpa wali pun tak berani. Ada hati konon nak kata itu cinta sejati.

Nak tahu betul atau tidak cinta sejati, akan ada ithar yang jadi bukti. Ithar itu maksudnya mendahulukan orang lain sebelum diri sendiri.

Dalam kuliah haritu, Ustaz ada cerita pada kami, kisah dua manusia yang berkasih sayang kerana Allah. Kisah Abdullah dan Umar (bukan nama sebenar)

Abdullah ketika dihisab di mizan, pahala amalannya kurang satu untuk melayakkan dia ke syurga. Manakalah Umar pula, dosanya sangat banyak, dan cuma ada satu saja pahala. Kiranya dia memang confirm sangat ke neraka.

Lalu Umar dengan rendah hati berkata, "Wahai Abdullah, di dunia kita berukhwah, juga pernah berjanji untuk sama-sama ke Jannah. Namun kini sudah terbukti, aku langsung tak layak untuk ke sana. Kau pula sudah hampir saja layak menjadi penghuni syurga. Ambillah pahala aku, tambahkan ia pada pahala kamu. Semoga timbangan amal kebaikanmu menjadi lebih berat, lalu melayakkan kau untuk ke syurga. Aku ni memang tak ada harapan ke syurga, paling kurang pun, biarlah sahabat aku merasa ke syurga, jangan masuk ke neraka bersama-sama aku."

Terjeda Abdullah ketika mendengar pengakuan sahabatnya, lalu pahala Umar beralih pada timbangan Abdullah.

Abdullah akhirnya layak untuk bergelar penghuni syurga.

Kerana ithar yang ditunjukkan, kerana pengorbanan ukhwah atas dasar cinta fillah, seluruh dosa Umar diampunkan. Lalu berjalanlah kedua sahabat itu masuk ke syurga bersama-sama.

Sekian.

Point yang boleh disampaikan sebenarnya, ukhwah fillah, ithar juga cinta yang menyebabkan kedua-dua sahabat itu berjaya ke syurga.

Berbalik kepada tujuan asal, betulkah kita cinta? Tahap apa cinta kita? Kerana apa cinta kita? Siapa yang lebih kita cinta? Sejauh mana kita cinta?

"Kalau benar cinta, pasti hendak bersama-sama hingga ke syurga. Apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya." - Hilal Asyraf

Kita kata kita cinta dia kerana agama yang ada padanya. Cuba bayangkan satu hari nanti, dia tersasar daripada track dakwah dan tarbiyah. Adakah masa tu kita nak tinggalkan dia kerana hilang agama padanya? Atau kita terus bersamanya bantu dia untuk sama-sama menggapai mardhotillah?

 Bukan nak kata tak boleh jatuh hati pada agamanya, tapi kerana jatuh hati pada agamanya lah, kita kena turut sama-sama serta dalam agamanya. Supaya bila satu hari nanti salah seorang tersilap arah, ada yang lagi satu hadir membantu.


Mana ada tarbiyah yang mudah. Mana ada tarbiyah yang tak susah. Mana ada tarbiyah yang seronok. Tarbiyah itu pahit, sebab mahar ke syurga bukannya sedikit... :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 16, 2013

Andai Aku Pergi Dulu..


Nanti, apabila aku meninggal dunia, mandikanlah aku dengan rasa kasih seperti engkau mandikan bayi yang baru lahir. 

Berikanlah hak kepada yang diutamakan untuk memandikanku tubuhku dan tutuplah segala aibku ketika mandi.

 Kafankanlah aku dengan telekung yang putih dan yang terbaik yang pernah aku pakai. Solatkanlah aku dengan 3 baris saf dan sebaik-baik mereka yang menjadi imam solat jenazahku adalah warisku atau orang-orang soleh di kalangan kamu. 

Tanamlah aku di kuburan tempat yang terdekat dengan tempat rohku diambil. Letaklah batu sungai sebagai penanda kubur dan bukannya batu nisan, kerana moga aku dapat menumpang rahmat Allah dari zikirnya batu yang hidup itu.

Tanamkanlah pokok kecil di atas kuburku moga aku dapat tumpang rahmat Allah dari zikir dari pokok itu sebelum ia mati. 

Jangan engkau bina bangunan atau perhiasan di atas kuburku. Tuangkanlah air pada kuburku setelah selesai aku ditanam, moga tanah-tanah atas kuburanku akan lebih kemas. 

Apabila menziarahiku, jangan engkau tuang air di atas kuburku selain engkau tuangkan air untuk pokok di atas kuburku itu agar terus hidup berzikir pada Allah. Doakanlah kesejahteraan buatku kerana kubur itu suatu tempat tinggal yang menggerunkan bagi semua yang tidak mengetahui nasibnya.

Akhir kata, moga bertemu kita di alam akhirat, segala amalan ditunjukkan, segala pekerjaan dihitungkan, dan moga aku dan engkau dipertemukan dengan baginda Nabi s.a.w dan moga kita dapat bersama kembali hidup sejahtera di sana. Wahai Allah, kami berlindung dengan api nerakaMu....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .