Jom Follow!!!

Tuesday, February 26, 2013

Aku Cinta Dia Kerana Agamanya..

"Aku cinta dia kerana agamanya. Jika hilang agamanya, hilang jugalah cintaku padanya."

 Selalu kita ucap benda ni. Selalu juga kita baca orang tulis begini. Saya tak kata salah, malah saya tak berapa gemar sentuh bab cinta. Sebab...? serik? Mungkin. *jungkit bahu*

Andai betul kita cinta, kita sanggup buat apa saja. Itu memang semulajadinya akan berlaku. Sampai ada yang kata, 'Lautan api pun sanggup aku renangi.' Heh. Tak ada lautan api depan mata bolehlah cakap. Cuba kalau betul-betul ada? Bukan setakat redah lautan api, jumpa wali pun tak berani. Ada hati konon nak kata itu cinta sejati.

Nak tahu betul atau tidak cinta sejati, akan ada ithar yang jadi bukti. Ithar itu maksudnya mendahulukan orang lain sebelum diri sendiri.

Dalam kuliah haritu, Ustaz ada cerita pada kami, kisah dua manusia yang berkasih sayang kerana Allah. Kisah Abdullah dan Umar (bukan nama sebenar)

Abdullah ketika dihisab di mizan, pahala amalannya kurang satu untuk melayakkan dia ke syurga. Manakalah Umar pula, dosanya sangat banyak, dan cuma ada satu saja pahala. Kiranya dia memang confirm sangat ke neraka.

Lalu Umar dengan rendah hati berkata, "Wahai Abdullah, di dunia kita berukhwah, juga pernah berjanji untuk sama-sama ke Jannah. Namun kini sudah terbukti, aku langsung tak layak untuk ke sana. Kau pula sudah hampir saja layak menjadi penghuni syurga. Ambillah pahala aku, tambahkan ia pada pahala kamu. Semoga timbangan amal kebaikanmu menjadi lebih berat, lalu melayakkan kau untuk ke syurga. Aku ni memang tak ada harapan ke syurga, paling kurang pun, biarlah sahabat aku merasa ke syurga, jangan masuk ke neraka bersama-sama aku."

Terjeda Abdullah ketika mendengar pengakuan sahabatnya, lalu pahala Umar beralih pada timbangan Abdullah.

Abdullah akhirnya layak untuk bergelar penghuni syurga.

Kerana ithar yang ditunjukkan, kerana pengorbanan ukhwah atas dasar cinta fillah, seluruh dosa Umar diampunkan. Lalu berjalanlah kedua sahabat itu masuk ke syurga bersama-sama.

Sekian.

Point yang boleh disampaikan sebenarnya, ukhwah fillah, ithar juga cinta yang menyebabkan kedua-dua sahabat itu berjaya ke syurga.

Berbalik kepada tujuan asal, betulkah kita cinta? Tahap apa cinta kita? Kerana apa cinta kita? Siapa yang lebih kita cinta? Sejauh mana kita cinta?

"Kalau benar cinta, pasti hendak bersama-sama hingga ke syurga. Apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya." - Hilal Asyraf

Kita kata kita cinta dia kerana agama yang ada padanya. Cuba bayangkan satu hari nanti, dia tersasar daripada track dakwah dan tarbiyah. Adakah masa tu kita nak tinggalkan dia kerana hilang agama padanya? Atau kita terus bersamanya bantu dia untuk sama-sama menggapai mardhotillah?

 Bukan nak kata tak boleh jatuh hati pada agamanya, tapi kerana jatuh hati pada agamanya lah, kita kena turut sama-sama serta dalam agamanya. Supaya bila satu hari nanti salah seorang tersilap arah, ada yang lagi satu hadir membantu.


Mana ada tarbiyah yang mudah. Mana ada tarbiyah yang tak susah. Mana ada tarbiyah yang seronok. Tarbiyah itu pahit, sebab mahar ke syurga bukannya sedikit... :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Ismarizal Ismail said...

nak share entri ni..~
mohon ya..

subuhmenjelma said...

nak ambil apa-apa saja idea dari blog ini, silakan. tak perlu minta izin. semua ilham yang dikurniakan, datang dari Allah juga. berkongsi ilmu yosh! saya pun ada berkongsi ilmu dari orang lain juga ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .