Jom Follow!!!

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Hampir Tiba~


Salaamun ‘ala manittaba’al huda.


minggu ni aktiviti saya agak sibuk sedikit.

berulang alik dari hospital, menjaga along saya.


alhamdulillah abang long saya makin sembuh..


insyaAllah, kalau tak ada apa-apa Dr cakap 2 minggu selepas raya mungkin akan pulih sepenuhnya..

petang ni insyaAllah mungkin akan keluar dari hospital..

so ada masa sikit update entry, sebelum along balik petang ni, huhuhu..

selasa lepas abang long saya operation untuk keluarkan besi..

duduk dalam bilik operation dari pukul 9 pagi sampai pukul 3 petang baru keluar..

besi ini yang berharga RM6000 yang dikeluarkan dari kaki abang long sy..


next operation buat ligment putus pulak..

tahun lepas berpuasa dalam keadaan sihat walafiat.
tahun ini berpuasa dalam keadaan kaki berbalut.
tahun depan belum tentu ada.

muhasabah diri bersama..

moga kamu kuat dan tabah along..

syukran pada sahabat yang sudi doakan abang long saya.. =)

yang bagusnya dan saya puji sedikit sebanyak mengenai hospital ini, dia tampalkan cara-cara solat pesakit di setiap dinding katil pesakit..



maknanya pihak hospital telah terlepas daripada dosa, sekiranya pesakit tidak menunaikan solat.

menunjukkan betapa pentingnya solat.
dalam keadaan sakit pun wajib solat.
kerana di sana nanti, solat amalan pertama yang akan ditanya.

berbalik kepada entry..

ramadhan hampir tiba..

membilang jam saja lagi untuk masuk ramadhan.

petang ni baru lihat anak bulan, maka malam ni pengumuman puasa..

bila dah masuk ramadhan masa tu baru la orang yang tidak berapa alert waktu maghrib selama ni, boleh hafal waktu maghrib selama sebulan..

orang yang selama ini tidak ambil peduli langsung tentang azan maghrib, boleh terpacak depan tv tunggu azan maghrib..

perlu di ingat ramadhan tu bukanya diertikan dengan bazar ramadhan. 

bukan diertikan dengan malam tujuh likur pasang pelita.

 bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. 

bukan diertikan dengan berbuka puasa di hotel-hotel. 

bukan diertikan dengan rancangan masak memasak bulan puasa di tv. 

tapi benda-benda itulah yang dah jadi definisi ramadhan dekat Malaysia. 

tiada feel langsung pasal ramadhan, yang ada lampu-lampu ketupat yang dah di pasang di tengah-tengah jalan raya. ada yang dah pasang lagu raya di kedai masing-masing. siap ada yang tulis "promosi raya". yang hairannya kuih raya ada yang dah siap..

so Malaysia~~

patutlah masa ramadhan, kerjanya nak habiskan duit di bazaar ramadhan aje.
sebelum ramadhan lagi dah sibuk didoktrinkan dengan hari raya.

Hari Raya AidilFitri ni untuk merayakan kejayaan kita kembali kepada fitrah.
nak kembali kepada fitrah, perlulah gapai apa yang ada di dalam Ramadhan.

tetapi kalau Ramadhan pun kita layan sambil lewa,
mulut masih kotor macam sebelumnya,
perangai masih senget macam sebelumnya,
ibadah pun tak dipertingkatkan,
akhlak pun masih buruk
maka apa yang nak dirayakan?


saya nak bagi cadangan dekat pengarah-pengarah di Malaysia, siapa yang sudi jadikan buku Contengan Jalanan by Hlovate sebagai drama mereka.

 cerita macam mana orang Malaysia sanggup bermusafir ke luar negara semata-semata ingin merasai suasana ramadhan. suasana di Malaysia yang sibuk raikan Aidilfitri berbanding ramadhan, maka nikmat ramadhan itu kurang dirasai di Malaysia..

ramadhan itu sebulan, raya itu cuma sehari. maka mengapa sambut raya lebih dari sambut ramadhan?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

Nurhasanah Sidabalok said...

Jadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik :)

semangat ibadah!

~cik atin~ said...

salam ramadhan kareem. semoga ramadhan kali ni lebey baek dari sebelumnya.. :D

subuhmenjelma said...

Salam Ramadhan dari sy Nur Afifah Ghazali dan keluarga Taman Keramat. moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. selamat bertarawih, rebut apa saja kebaikan sepanjang Ramadhan. semoga natijah kali ini lebih besar buat diri. "Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza" =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .