Jom Follow!!!

Saturday, April 13, 2013

Aku Bukan Sesiapa..


Aku bukan sesiapa.

Aku adalah aku yang kamu kenal dulu.

Aku adalah aku yang pernah kita bersama satu ketika dahulu.

Dan aku adalah aku yang sentiasa ingin menjadi hebat seperti kamu.

Aku sedar siapa diri aku.

Banyak perkara yang masih tidak tahu, hanya bisa bercita-cita saja mampu.

Tapi, itu bukan penghalang bukan?

Untuk aku bergerak maju dengan cara aku.

Seiring memohon kepadaNya yang mengatur segala-galanya.

"Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan kami menentukan nasib diri kami sendiri. Walau sekelip mata atau lebih dari itu."

Berusaha dan berusaha lagi !

Dan kepada anda yang baik hati mohon doa dari kalian untuk diri ini :')
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 6, 2013

Tak Rugi. Tak Mati. Tak Sia-Sia Andai Di Sebut..

"Fifah nanti awak tolong buat ek kerja tuh, awak dah faham kan."

"InsyaAllah.."

 "Jangan la insyaAllah, yakin buat"

"Ye saya cuba, insyaAllah...."

"Yakin sikit......"

"Ye saya cuba, kalau saya tak tahu atau kurang faham saya akan tanya yang lain. InsyaAllah saya akan cuba buat..."

------------------------------------------------------------

Sejak bila pulak kalau kita cakap insyaallah, maksudnya kita tak yakin tak serius? Bukan ke kalau kita sebut insyaAllah tu, maksudnya kita kembalikan segala pergantungan tu pada Allah? Sepatutnya bila kita sebut insyaAllah, kita akan lebih semangat untuk laksanakan. Sebab kita berjanji dengan nama Allah. 

"Dan janganlah sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'Aku pastikan melakukan itu esok pagi,'. Kecuali dengan mengatakan Insya Allah..."

Cuba teka ayat ni dalam surah apa.. ? 

Semalam baru kita baca surah ni, ingat tak ? 

Semalam hari jumaat kita baca surah ni... :')

Surah Al Kahfi, ayat 23 dan 24

Ok sambungan ayat ni apa ?

"Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa, dan katakanlah 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat kebenarannya daripada ini."

tengok Allah dah jelaskan dalam ayat Quran..

Tapi zaman sekarang ni orang salah tafsirkan maksud insyaAllah tu sendiri. Bagi mereka, kalau tak confirm, baru sebut insyaAllah. Kan?

Bila rasa macam taknak janji. Bila rasa macam taknak buat sesuatu perkara, baru nak sebut insyaAllah. Ada tu siap guna lafaz InsyaAllah sebagai tiket untuk mungkir janji.

Maka mulai hari ni, sebutlah Insyaallah. Tak rugi pun. Tak mati pun. Tak sia-sia pun. Tak buang masa pun.









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 24, 2013

Manfaat Pada Yang Lain.

"Awak nampak cawan ini? Apa yang awak nampak dari cawan ini?"


 "Cawan tu boleh guna untuk minum la, fa."
"Cawan tu boleh hilangkan dahaga kita."

Cawan itu hanyalah perumpamaan kepada sebuah kehidupan.

Ada orang mungkin memandang cawan hanya untuk menghilangkan dahaganya. Tetapi, ada orang memandang lebih besar daripada itu. Cawan yang kecil boleh diguna untuk memberi minum kepada ramai orang yang lebih memerlukan.

Itulah perumpamaan kepada sebuah kehidupan. Ada orang memandang kehidupan ini hanyalah untuk memenuhi kehendak-kehendak dirinya. Hanya untuk memenuhi kehendak duniawi saja. Maka hidupnya tidak lain hanyalah sekadar bermanfaat untuk dirinya. Bangun pagi, pergi kerja, main game dan cuma itu saja. Orang lain tidak meneguk walau sedikit manfaat daripadanya. Alangkah ruginya begitu.

Jadilah sebaik-baik manusia sebagaimana sabda Rasul s.a.w. :
"Sebaik-baik manusia, adalah yang bermanfaat kepada manusia lain."

Ketika orang lain memandang hidup ini hanya untuk kepuasan dirinya, kita akan tetap memandang hidup sebagai medan khidmat untuk manusia.

Biar dengan segala manfaat yang ada pada kita,
Islam mampu tumpang dan manusia lain dapat meneguk hikmah pula darinya.

--------------------------------------------

Alhamdulillah sudah masuk hampir sebulan saya bekerja di Jabatan Pengairan dan Saliran. Baru merangkak-rangkak untuk belajar apa yang tak diketahui. Menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai seorang juruteknik.

"Awak akan diberi amanah untuk memegang salah satu sungai yang berada di negeri Selangor. Sekirannya banjir berlaku, awaklah yang akan berhadapan dan bersoal jawab dengan rakyat.." - Jurutera Daerah

Sangat berat tanggungjawab yang diberi. Tapi insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk menggalasnya dengan sebaik mungkin.

Saya akan berusaha untuk menjadi manusia yang memberi  bermanfaat kepada manusia lain. 

Kerana merasakan diri ini punya kekurangan yang begitu banyaklah, saya akan berusaha melakukan sesuatu yang baik. Supaya kalau ada manfaatnya yang dapat diambil oleh sesiapa pun yang, saya berharap manfaat itu menjadi saham untuk saya di sisi Allah. 

Tak mampu nak menjanjikan jadi yang terbaik. Tapi insyaAllah cuba untuk jadi yang terbaik. 

Nak minta doa boleh? Doakan ya! :')

Saya sentiasa berharap pada doa orang-orang yang membaca apa yang saya tulis, berharap doa dari orang-orang yang saya sayang. Saya tahu, ada yang lebih soleh dan solehah dari saya. Yang dirinya lebih dekat dengan Allah, doanya makbul di depan Allah.

Hendak berharap pada doa diri sendiri yang banyak dosa ini, sudah tentulah payah. Maka, pada doa kalian yang soleh dan solehahlah saya menumpang manfaat.

Kadang, kita berdiri di tempat kita berada hari ini bukanlah kerana doa kita, tetapi kerana doa-doa orang soleh yang sentiasa mendoakan kita, walau kita tidak tahu siapakah dia. 

"Aku cintakan orang-orang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka."







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 26, 2013

Aku Cinta Dia Kerana Agamanya..

"Aku cinta dia kerana agamanya. Jika hilang agamanya, hilang jugalah cintaku padanya."

 Selalu kita ucap benda ni. Selalu juga kita baca orang tulis begini. Saya tak kata salah, malah saya tak berapa gemar sentuh bab cinta. Sebab...? serik? Mungkin. *jungkit bahu*

Andai betul kita cinta, kita sanggup buat apa saja. Itu memang semulajadinya akan berlaku. Sampai ada yang kata, 'Lautan api pun sanggup aku renangi.' Heh. Tak ada lautan api depan mata bolehlah cakap. Cuba kalau betul-betul ada? Bukan setakat redah lautan api, jumpa wali pun tak berani. Ada hati konon nak kata itu cinta sejati.

Nak tahu betul atau tidak cinta sejati, akan ada ithar yang jadi bukti. Ithar itu maksudnya mendahulukan orang lain sebelum diri sendiri.

Dalam kuliah haritu, Ustaz ada cerita pada kami, kisah dua manusia yang berkasih sayang kerana Allah. Kisah Abdullah dan Umar (bukan nama sebenar)

Abdullah ketika dihisab di mizan, pahala amalannya kurang satu untuk melayakkan dia ke syurga. Manakalah Umar pula, dosanya sangat banyak, dan cuma ada satu saja pahala. Kiranya dia memang confirm sangat ke neraka.

Lalu Umar dengan rendah hati berkata, "Wahai Abdullah, di dunia kita berukhwah, juga pernah berjanji untuk sama-sama ke Jannah. Namun kini sudah terbukti, aku langsung tak layak untuk ke sana. Kau pula sudah hampir saja layak menjadi penghuni syurga. Ambillah pahala aku, tambahkan ia pada pahala kamu. Semoga timbangan amal kebaikanmu menjadi lebih berat, lalu melayakkan kau untuk ke syurga. Aku ni memang tak ada harapan ke syurga, paling kurang pun, biarlah sahabat aku merasa ke syurga, jangan masuk ke neraka bersama-sama aku."

Terjeda Abdullah ketika mendengar pengakuan sahabatnya, lalu pahala Umar beralih pada timbangan Abdullah.

Abdullah akhirnya layak untuk bergelar penghuni syurga.

Kerana ithar yang ditunjukkan, kerana pengorbanan ukhwah atas dasar cinta fillah, seluruh dosa Umar diampunkan. Lalu berjalanlah kedua sahabat itu masuk ke syurga bersama-sama.

Sekian.

Point yang boleh disampaikan sebenarnya, ukhwah fillah, ithar juga cinta yang menyebabkan kedua-dua sahabat itu berjaya ke syurga.

Berbalik kepada tujuan asal, betulkah kita cinta? Tahap apa cinta kita? Kerana apa cinta kita? Siapa yang lebih kita cinta? Sejauh mana kita cinta?

"Kalau benar cinta, pasti hendak bersama-sama hingga ke syurga. Apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya." - Hilal Asyraf

Kita kata kita cinta dia kerana agama yang ada padanya. Cuba bayangkan satu hari nanti, dia tersasar daripada track dakwah dan tarbiyah. Adakah masa tu kita nak tinggalkan dia kerana hilang agama padanya? Atau kita terus bersamanya bantu dia untuk sama-sama menggapai mardhotillah?

 Bukan nak kata tak boleh jatuh hati pada agamanya, tapi kerana jatuh hati pada agamanya lah, kita kena turut sama-sama serta dalam agamanya. Supaya bila satu hari nanti salah seorang tersilap arah, ada yang lagi satu hadir membantu.


Mana ada tarbiyah yang mudah. Mana ada tarbiyah yang tak susah. Mana ada tarbiyah yang seronok. Tarbiyah itu pahit, sebab mahar ke syurga bukannya sedikit... :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 16, 2013

Andai Aku Pergi Dulu..


Nanti, apabila aku meninggal dunia, mandikanlah aku dengan rasa kasih seperti engkau mandikan bayi yang baru lahir. 

Berikanlah hak kepada yang diutamakan untuk memandikanku tubuhku dan tutuplah segala aibku ketika mandi.

 Kafankanlah aku dengan telekung yang putih dan yang terbaik yang pernah aku pakai. Solatkanlah aku dengan 3 baris saf dan sebaik-baik mereka yang menjadi imam solat jenazahku adalah warisku atau orang-orang soleh di kalangan kamu. 

Tanamlah aku di kuburan tempat yang terdekat dengan tempat rohku diambil. Letaklah batu sungai sebagai penanda kubur dan bukannya batu nisan, kerana moga aku dapat menumpang rahmat Allah dari zikirnya batu yang hidup itu.

Tanamkanlah pokok kecil di atas kuburku moga aku dapat tumpang rahmat Allah dari zikir dari pokok itu sebelum ia mati. 

Jangan engkau bina bangunan atau perhiasan di atas kuburku. Tuangkanlah air pada kuburku setelah selesai aku ditanam, moga tanah-tanah atas kuburanku akan lebih kemas. 

Apabila menziarahiku, jangan engkau tuang air di atas kuburku selain engkau tuangkan air untuk pokok di atas kuburku itu agar terus hidup berzikir pada Allah. Doakanlah kesejahteraan buatku kerana kubur itu suatu tempat tinggal yang menggerunkan bagi semua yang tidak mengetahui nasibnya.

Akhir kata, moga bertemu kita di alam akhirat, segala amalan ditunjukkan, segala pekerjaan dihitungkan, dan moga aku dan engkau dipertemukan dengan baginda Nabi s.a.w dan moga kita dapat bersama kembali hidup sejahtera di sana. Wahai Allah, kami berlindung dengan api nerakaMu....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 14, 2013

Fuh! Nasib baik la..


Fuh! Nasib baik la..

Cuba ingat kembali, entah berapa kali agaknya sepanjang hidup kita, kita pernah menghembuskan nafas lega sambil berkata seperti ayat-ayat ini:

Fuh! Nasib baik la aku tak ikut jalan MRR2 tadi. Kalau tak, dah tentu aku sampai ofis lambat.

Fuh! Nasib baik la aku tiba-tiba nak study bab ini semalam. Kalau tidak, tentu aku tak dapat jawab exam ni.

Fuh! Nasib baik aku tekan brek tadi. Kalau tidak, tak tau la jadik apa.

Ayat-ayat seperti ini menunjukkan bahawa apa yang kita rancang sebenarnya lain, dan apa yang terjadi pula lain. Malah lebih baik daripada apa yang kita sangkakan akan berlaku.

Sedar tak sedar, sebenarnya ayat-ayat seperti ini menjadi bukti bahawa kita adalah hamba yang lemah yang hanya mampu merancang mengikut keterbatasan fikiran dan kemampuan. Dan perancangan Allah jualah yang mengatasi segala strategi manusia.

Cuma kadang-kadang akibat teruja/terkejut, kita terus meletakkan tanda noktah pada ayat-ayat tersebut, tanpa ada pelengkapnya iaitu ayat yang memuji dan membesarkan keagungan Ilahi, sebagai tanda terima kasih kerana memberikan kita yang lebih baik daripada apa yang kita rancang. Sebagai contoh ayat:

Fuh! Nasib baik la aku baca entry yang panjang ni sampai habis. Kalau tidak, dah tentu aku tak tau apa yang patut aku lakukan selepas ini. Terima kasih ya Allah, selepas ini aku akan terus memujiMu dan membesarkan keagunganMu.

Peringatan bersama, untuk kita menambah pahala. Moga Allah terima. InsyaAllah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 3, 2013

Si Pemerhati..

Salamun 'ala manittaba' al huda..

Sibuk kejar kehidupan dunia.

Kerja. Kerja. Kerja. Kerja over time. lagi. Keluar lepak dengan kawan sampai pukul dua pagi. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kerja. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak. Majlis ilmu tak pergi. Tak ada masa duduk bersama dengan orang soleh.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu post kat facebook,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu melalaikan, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu lagi. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat buayafriend/gelifriend dulu.

"nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi"

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

*garu kepala* nak lari mana ni.... 


 Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .