Jom Follow!!!

Friday, October 18, 2013

Keihlasan Dalam Memberi

Seorang anak muda duduk dalam surau menunggu khutbah raya.

Dia kelihatan tidak begitu senang dengan tabung sumbangan surau yang ditolak ke arahnya.

Dia membuka dompet dan memilih-milih duit.
Akhirnya dengan berat hati dia memasukkan duit syiling ke dalam tabung dan menolaknya ke sebelah.

Tiba-tiba seorang makcik di belakang menepuk bahunya dan memberikan dia 2 keping duit RM50.

Terkejut kejap budak tu, tapi dia terus masukkan juga duit ke dalam tabung dan ditolak ke tepi.

Dia menoleh ke belakang dan berkata, "Banyaknya makcik sedekah, sikit-sikit dah la. Sayang pulak rasa.."

Makcik tu senyum sambil geleng kepala dan berkata "Sebenarmya tu duit kau yang terjatuh tadi.."


----------------------------------------------------------------------------------------

Dalam memberi, isunya bukan sedikit atau banyak, tapi pada niat dan keikhlasannya.

Salam Sayyidul Ayyam. Penghulu segala hari. Perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Moga kelak peroleh syafaat. 

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 12, 2013

Lin Dan Lee~~

Saya sudah hilang kiraan entah berapa kali kita sudah menonton perlawanan akhir badminton antara Dato' Lee Chong Wei (LCW) dan Lin Dan.

Setiap kali menonton, perlawananya pasti sengit namun Dato' LCW mesti kalah.

Ini menjadi contoh,bagaimana kita rakyat Malaysia tidak pernah berputus harap dengan Dato' LCW. Biarpun beliau sering kali kalah dalam perlawanan akhir menentang Lin Dan, namun kita tetap menyokong dan mengucapkan tahniah kepada beliau.

Kerana pada kita, kalah itu tidak mengapa, yang penting semangat dan daya juang yang ditunjukan.

Demikian halnya dengan diri kita sendiri, biar pun kita sudah berjuta kali tewas kepada syaitan yang tidak pernah puas menggoda dan menipu kita. Kita mesti terus berjuang untuk mengalahkanya, semangat dan daya juang mesti ada. Jangan sesekali berputus harap dengan rahmat dan bantuan Allah SWT.

Bukanlah maksud saya untuk menyamakan Lin Dan dengan syaitan, namun demikianlah pengajaran yang saya kutip dari perasaan duka mendengar khabar Dato' LCW yang tewas lagi.

Apapun, Tahniah Dato' Lee Chong Wei, anda tetap atlet yang hebat dan atlet contoh buat negara Malaysia.

Ok dah masuk 5 syawal, maka, bermula lah puasa 6 bagi siapa yang tidak memulakannya lagi.

Ayuh teman, kita rancang hari puasa 6 sebaiknya agar tidak tercicir kelak.

Besar ganjarannya bro...seperti puasa setahun..perghh!!...

Kita juga perlu tahu, Hari Raya pertama hanyalah hadiah saguhati daripada Allah Azza Wa Jal untuk semua hambaNya yang berpuasa Ramadhan.

Namun tidak semua yang dapat GrandPrize daripada Allah melalui puasa Ramadhan mereka, iaitu TAQWA.

Tahniah diucapkan kepada sesiapa yang menang GrandPrize tersebut.

Saguhati orang Melayu lagi lama, 30 hari biarpun puasa hanya 29 hari..hehehe *sengih dalam hati*

Selamat hari raya semua. Taqabballahu minna wa minkum..

Jadi hamba Tuhan, bukan hamba Ramadhan.

Malaikat bekerja fulltime =)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Kedua..

Tahun lepas sebulan berpuasa dengan family di rumah. Indah.
Tahun ni bakal sebulan berpuasa di tempat orang. Harapnya indah.

Alhamdulillah. Hari ini sudah masuk hari yang kedua saya berpuasa di tempat orang. Satu pengalaman yang sangat berharga buat diri ni. sayu rasa hati, terharu rasa di jiwa dengan pemilihan Allah keatas diri ini.

Satu perkara yang saya suka buat bila tiba di tempat orang adalah memerhati. Rasanya semua orang begitu.

Kesannya, kita akan banyak belajar budaya hidup mereka terutama tentang bagaimana cara mereka menyambut Ramadhan yang sedang kita bicarakan sekarang.

Berborak dengan seorang sahabat di ofis. Umurnya hanya tua dua tahun dari saya. Orangnya sentiasa menjaga penampilan. Tetapi sayang, kerap merokok.

“puasa ke hari ini ?” Saya memulakan perbualan.

“InsyaAllah. Setiap hari dalam bulan ramadhan aku puasa.” Dia membalas.

“Bagus-bagus. Kau tak merokok hari ini?” Giliran saya pula mengajukan soalan.

“Aku merokok lepas maghrib.”

 “rasa-rasa merokok tu baik untuk kesihatan tak?” Sajanak test soalan panas.

“Tak.” Dia menggeleng

“Jadi, kenapa merokok? Kalau dah tahu bahaya untuk kesihatan..”

“Aku merokok sebab ketagih.”Jawapannya pendek.

”Aku mintak maaf dengan apa yang aku cakap. Tapi cuba kau buka surah Al Baqarah, ayat 195."

"Nak buat apa?"

Allah berfirman, "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."

Cuba kita tengok hebatnya bulan Ramadhan sebagai bulan mulia..mampu menyekat kemahuan perokok-perokok tegar untuk beraksi di siang hari. Series  sekarang bila saya pergi ofis sudah tidak ada bau asap rokok.

Kesannya, munculah percakapan di kalangan wanita dengan mengatakan bahawa udara di ofis lebih sihat berbanding sebelum datangnya Ramadhan =)

Mungkin sampai di sini sahaja coretannya. 

InsyaAllah andai ada banyak lagi cerita perihal Ramadhan di negeri orang. Nanti saya sambung di next episod..

Chekitdout  !
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 8, 2013

Ujian..


Bukan nikmat kemudahan sahaja yang Allah bagi kepada yang terpilih.

Ujian kesusahan pun sebenarnya atas pemilihan Allah buat hamba-hambaNya.

Sebab itu tak pelik bila ada manusia yang berjaya selepas melalui ujian.

Sedangkan sebelumnya, mereka hanya sekadar melihat orang lain sahaja yang memakai pingat kejayaan.

Setiap pagi kita bangun dengan harapan hari itu,akan menjadi lebih baik dari semalam.

Tapi kemudian Allah menguji lagi.

Kita pun kecewa dan harapan kita pun seolah-olah sudah hilang.

Jangan bersedih...

Selagi kita masih bernafas hari itu,selagi itulah masih ada harapan, ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan.Yang penting jangan berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

Kalau Allah hendak memberi kejayaan kepada kita Dia boleh memberi sekelip mata, tapi Allah menguji kita. Kesabaran kita serta istiqamah kita.

Jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada Tuhan

Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu pasti cerah kembali :')


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 13, 2013

Aku Bukan Sesiapa..


Aku bukan sesiapa.

Aku adalah aku yang kamu kenal dulu.

Aku adalah aku yang pernah kita bersama satu ketika dahulu.

Dan aku adalah aku yang sentiasa ingin menjadi hebat seperti kamu.

Aku sedar siapa diri aku.

Banyak perkara yang masih tidak tahu, hanya bisa bercita-cita saja mampu.

Tapi, itu bukan penghalang bukan?

Untuk aku bergerak maju dengan cara aku.

Seiring memohon kepadaNya yang mengatur segala-galanya.

"Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan kami menentukan nasib diri kami sendiri. Walau sekelip mata atau lebih dari itu."

Berusaha dan berusaha lagi !

Dan kepada anda yang baik hati mohon doa dari kalian untuk diri ini :')
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 6, 2013

Tak Rugi. Tak Mati. Tak Sia-Sia Andai Di Sebut..

"Fifah nanti awak tolong buat ek kerja tuh, awak dah faham kan."

"InsyaAllah.."

 "Jangan la insyaAllah, yakin buat"

"Ye saya cuba, insyaAllah...."

"Yakin sikit......"

"Ye saya cuba, kalau saya tak tahu atau kurang faham saya akan tanya yang lain. InsyaAllah saya akan cuba buat..."

------------------------------------------------------------

Sejak bila pulak kalau kita cakap insyaallah, maksudnya kita tak yakin tak serius? Bukan ke kalau kita sebut insyaAllah tu, maksudnya kita kembalikan segala pergantungan tu pada Allah? Sepatutnya bila kita sebut insyaAllah, kita akan lebih semangat untuk laksanakan. Sebab kita berjanji dengan nama Allah. 

"Dan janganlah sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'Aku pastikan melakukan itu esok pagi,'. Kecuali dengan mengatakan Insya Allah..."

Cuba teka ayat ni dalam surah apa.. ? 

Semalam baru kita baca surah ni, ingat tak ? 

Semalam hari jumaat kita baca surah ni... :')

Surah Al Kahfi, ayat 23 dan 24

Ok sambungan ayat ni apa ?

"Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa, dan katakanlah 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat kebenarannya daripada ini."

tengok Allah dah jelaskan dalam ayat Quran..

Tapi zaman sekarang ni orang salah tafsirkan maksud insyaAllah tu sendiri. Bagi mereka, kalau tak confirm, baru sebut insyaAllah. Kan?

Bila rasa macam taknak janji. Bila rasa macam taknak buat sesuatu perkara, baru nak sebut insyaAllah. Ada tu siap guna lafaz InsyaAllah sebagai tiket untuk mungkir janji.

Maka mulai hari ni, sebutlah Insyaallah. Tak rugi pun. Tak mati pun. Tak sia-sia pun. Tak buang masa pun.









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 24, 2013

Manfaat Pada Yang Lain.

"Awak nampak cawan ini? Apa yang awak nampak dari cawan ini?"


 "Cawan tu boleh guna untuk minum la, fa."
"Cawan tu boleh hilangkan dahaga kita."

Cawan itu hanyalah perumpamaan kepada sebuah kehidupan.

Ada orang mungkin memandang cawan hanya untuk menghilangkan dahaganya. Tetapi, ada orang memandang lebih besar daripada itu. Cawan yang kecil boleh diguna untuk memberi minum kepada ramai orang yang lebih memerlukan.

Itulah perumpamaan kepada sebuah kehidupan. Ada orang memandang kehidupan ini hanyalah untuk memenuhi kehendak-kehendak dirinya. Hanya untuk memenuhi kehendak duniawi saja. Maka hidupnya tidak lain hanyalah sekadar bermanfaat untuk dirinya. Bangun pagi, pergi kerja, main game dan cuma itu saja. Orang lain tidak meneguk walau sedikit manfaat daripadanya. Alangkah ruginya begitu.

Jadilah sebaik-baik manusia sebagaimana sabda Rasul s.a.w. :
"Sebaik-baik manusia, adalah yang bermanfaat kepada manusia lain."

Ketika orang lain memandang hidup ini hanya untuk kepuasan dirinya, kita akan tetap memandang hidup sebagai medan khidmat untuk manusia.

Biar dengan segala manfaat yang ada pada kita,
Islam mampu tumpang dan manusia lain dapat meneguk hikmah pula darinya.

--------------------------------------------

Alhamdulillah sudah masuk hampir sebulan saya bekerja di Jabatan Pengairan dan Saliran. Baru merangkak-rangkak untuk belajar apa yang tak diketahui. Menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai seorang juruteknik.

"Awak akan diberi amanah untuk memegang salah satu sungai yang berada di negeri Selangor. Sekirannya banjir berlaku, awaklah yang akan berhadapan dan bersoal jawab dengan rakyat.." - Jurutera Daerah

Sangat berat tanggungjawab yang diberi. Tapi insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk menggalasnya dengan sebaik mungkin.

Saya akan berusaha untuk menjadi manusia yang memberi  bermanfaat kepada manusia lain. 

Kerana merasakan diri ini punya kekurangan yang begitu banyaklah, saya akan berusaha melakukan sesuatu yang baik. Supaya kalau ada manfaatnya yang dapat diambil oleh sesiapa pun yang, saya berharap manfaat itu menjadi saham untuk saya di sisi Allah. 

Tak mampu nak menjanjikan jadi yang terbaik. Tapi insyaAllah cuba untuk jadi yang terbaik. 

Nak minta doa boleh? Doakan ya! :')

Saya sentiasa berharap pada doa orang-orang yang membaca apa yang saya tulis, berharap doa dari orang-orang yang saya sayang. Saya tahu, ada yang lebih soleh dan solehah dari saya. Yang dirinya lebih dekat dengan Allah, doanya makbul di depan Allah.

Hendak berharap pada doa diri sendiri yang banyak dosa ini, sudah tentulah payah. Maka, pada doa kalian yang soleh dan solehahlah saya menumpang manfaat.

Kadang, kita berdiri di tempat kita berada hari ini bukanlah kerana doa kita, tetapi kerana doa-doa orang soleh yang sentiasa mendoakan kita, walau kita tidak tahu siapakah dia. 

"Aku cintakan orang-orang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka."







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 26, 2013

Aku Cinta Dia Kerana Agamanya..

"Aku cinta dia kerana agamanya. Jika hilang agamanya, hilang jugalah cintaku padanya."

 Selalu kita ucap benda ni. Selalu juga kita baca orang tulis begini. Saya tak kata salah, malah saya tak berapa gemar sentuh bab cinta. Sebab...? serik? Mungkin. *jungkit bahu*

Andai betul kita cinta, kita sanggup buat apa saja. Itu memang semulajadinya akan berlaku. Sampai ada yang kata, 'Lautan api pun sanggup aku renangi.' Heh. Tak ada lautan api depan mata bolehlah cakap. Cuba kalau betul-betul ada? Bukan setakat redah lautan api, jumpa wali pun tak berani. Ada hati konon nak kata itu cinta sejati.

Nak tahu betul atau tidak cinta sejati, akan ada ithar yang jadi bukti. Ithar itu maksudnya mendahulukan orang lain sebelum diri sendiri.

Dalam kuliah haritu, Ustaz ada cerita pada kami, kisah dua manusia yang berkasih sayang kerana Allah. Kisah Abdullah dan Umar (bukan nama sebenar)

Abdullah ketika dihisab di mizan, pahala amalannya kurang satu untuk melayakkan dia ke syurga. Manakalah Umar pula, dosanya sangat banyak, dan cuma ada satu saja pahala. Kiranya dia memang confirm sangat ke neraka.

Lalu Umar dengan rendah hati berkata, "Wahai Abdullah, di dunia kita berukhwah, juga pernah berjanji untuk sama-sama ke Jannah. Namun kini sudah terbukti, aku langsung tak layak untuk ke sana. Kau pula sudah hampir saja layak menjadi penghuni syurga. Ambillah pahala aku, tambahkan ia pada pahala kamu. Semoga timbangan amal kebaikanmu menjadi lebih berat, lalu melayakkan kau untuk ke syurga. Aku ni memang tak ada harapan ke syurga, paling kurang pun, biarlah sahabat aku merasa ke syurga, jangan masuk ke neraka bersama-sama aku."

Terjeda Abdullah ketika mendengar pengakuan sahabatnya, lalu pahala Umar beralih pada timbangan Abdullah.

Abdullah akhirnya layak untuk bergelar penghuni syurga.

Kerana ithar yang ditunjukkan, kerana pengorbanan ukhwah atas dasar cinta fillah, seluruh dosa Umar diampunkan. Lalu berjalanlah kedua sahabat itu masuk ke syurga bersama-sama.

Sekian.

Point yang boleh disampaikan sebenarnya, ukhwah fillah, ithar juga cinta yang menyebabkan kedua-dua sahabat itu berjaya ke syurga.

Berbalik kepada tujuan asal, betulkah kita cinta? Tahap apa cinta kita? Kerana apa cinta kita? Siapa yang lebih kita cinta? Sejauh mana kita cinta?

"Kalau benar cinta, pasti hendak bersama-sama hingga ke syurga. Apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya." - Hilal Asyraf

Kita kata kita cinta dia kerana agama yang ada padanya. Cuba bayangkan satu hari nanti, dia tersasar daripada track dakwah dan tarbiyah. Adakah masa tu kita nak tinggalkan dia kerana hilang agama padanya? Atau kita terus bersamanya bantu dia untuk sama-sama menggapai mardhotillah?

 Bukan nak kata tak boleh jatuh hati pada agamanya, tapi kerana jatuh hati pada agamanya lah, kita kena turut sama-sama serta dalam agamanya. Supaya bila satu hari nanti salah seorang tersilap arah, ada yang lagi satu hadir membantu.


Mana ada tarbiyah yang mudah. Mana ada tarbiyah yang tak susah. Mana ada tarbiyah yang seronok. Tarbiyah itu pahit, sebab mahar ke syurga bukannya sedikit... :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 16, 2013

Andai Aku Pergi Dulu..


Nanti, apabila aku meninggal dunia, mandikanlah aku dengan rasa kasih seperti engkau mandikan bayi yang baru lahir. 

Berikanlah hak kepada yang diutamakan untuk memandikanku tubuhku dan tutuplah segala aibku ketika mandi.

 Kafankanlah aku dengan telekung yang putih dan yang terbaik yang pernah aku pakai. Solatkanlah aku dengan 3 baris saf dan sebaik-baik mereka yang menjadi imam solat jenazahku adalah warisku atau orang-orang soleh di kalangan kamu. 

Tanamlah aku di kuburan tempat yang terdekat dengan tempat rohku diambil. Letaklah batu sungai sebagai penanda kubur dan bukannya batu nisan, kerana moga aku dapat menumpang rahmat Allah dari zikirnya batu yang hidup itu.

Tanamkanlah pokok kecil di atas kuburku moga aku dapat tumpang rahmat Allah dari zikir dari pokok itu sebelum ia mati. 

Jangan engkau bina bangunan atau perhiasan di atas kuburku. Tuangkanlah air pada kuburku setelah selesai aku ditanam, moga tanah-tanah atas kuburanku akan lebih kemas. 

Apabila menziarahiku, jangan engkau tuang air di atas kuburku selain engkau tuangkan air untuk pokok di atas kuburku itu agar terus hidup berzikir pada Allah. Doakanlah kesejahteraan buatku kerana kubur itu suatu tempat tinggal yang menggerunkan bagi semua yang tidak mengetahui nasibnya.

Akhir kata, moga bertemu kita di alam akhirat, segala amalan ditunjukkan, segala pekerjaan dihitungkan, dan moga aku dan engkau dipertemukan dengan baginda Nabi s.a.w dan moga kita dapat bersama kembali hidup sejahtera di sana. Wahai Allah, kami berlindung dengan api nerakaMu....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 14, 2013

Fuh! Nasib baik la..


Fuh! Nasib baik la..

Cuba ingat kembali, entah berapa kali agaknya sepanjang hidup kita, kita pernah menghembuskan nafas lega sambil berkata seperti ayat-ayat ini:

Fuh! Nasib baik la aku tak ikut jalan MRR2 tadi. Kalau tak, dah tentu aku sampai ofis lambat.

Fuh! Nasib baik la aku tiba-tiba nak study bab ini semalam. Kalau tidak, tentu aku tak dapat jawab exam ni.

Fuh! Nasib baik aku tekan brek tadi. Kalau tidak, tak tau la jadik apa.

Ayat-ayat seperti ini menunjukkan bahawa apa yang kita rancang sebenarnya lain, dan apa yang terjadi pula lain. Malah lebih baik daripada apa yang kita sangkakan akan berlaku.

Sedar tak sedar, sebenarnya ayat-ayat seperti ini menjadi bukti bahawa kita adalah hamba yang lemah yang hanya mampu merancang mengikut keterbatasan fikiran dan kemampuan. Dan perancangan Allah jualah yang mengatasi segala strategi manusia.

Cuma kadang-kadang akibat teruja/terkejut, kita terus meletakkan tanda noktah pada ayat-ayat tersebut, tanpa ada pelengkapnya iaitu ayat yang memuji dan membesarkan keagungan Ilahi, sebagai tanda terima kasih kerana memberikan kita yang lebih baik daripada apa yang kita rancang. Sebagai contoh ayat:

Fuh! Nasib baik la aku baca entry yang panjang ni sampai habis. Kalau tidak, dah tentu aku tak tau apa yang patut aku lakukan selepas ini. Terima kasih ya Allah, selepas ini aku akan terus memujiMu dan membesarkan keagunganMu.

Peringatan bersama, untuk kita menambah pahala. Moga Allah terima. InsyaAllah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 3, 2013

Si Pemerhati..

Salamun 'ala manittaba' al huda..

Sibuk kejar kehidupan dunia.

Kerja. Kerja. Kerja. Kerja over time. lagi. Keluar lepak dengan kawan sampai pukul dua pagi. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kerja. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak. Majlis ilmu tak pergi. Tak ada masa duduk bersama dengan orang soleh.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu post kat facebook,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu melalaikan, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu lagi. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat buayafriend/gelifriend dulu.

"nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi"

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

*garu kepala* nak lari mana ni.... 


 Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 27, 2013

Usaha Dan Terus Bergerak..

Salaamun 'ala manittaba'al huda

kadangkala usaha kita terlalu sedikit, tetapi Allah memberikan balasan yang begitu banyak.

umpama kisah Maryam, Allah minta Maryam goyangkan sedikit saja pokok sebagai tanda berusaha, tetapi kemudian Allah hilangkan kelaparan Maryam dengan kurma yang gugur dari pokok itu.

kalau difikirkan logik, wanita yang sarat mengandung, mana mungkin dapat menggoyangkan pokok kurma dengan begitu kuat sehingga gugur pula buah-buahnya. Tetapi begitulah cara Allah mendidik hambaNya.

mendidik kita supaya bergerak dan berusaha, meskipun walau dengan hanya satu langkahan.

berusahalah kerana kadang-kadang kita ini belum berusaha pun ataupun apa yang kita lakukan belum layak untuk digelar sebagai usaha.

usahalah jangan sekali terjatuh dalam kelemahan. Sekali terjatuh jangan lama-lama membiarkannya.

cari tempat berpaut dan bangunlah semula. 


selagi kita belum mati, maka tidak ada apa yang sepatutnya dapat menghentikan usaha kita.

biar mati menjadi penamat segalanya.

sebelum itu, bangun dan teruslah bergerak. Jatuh lagi, bangun lagi. Jatuh lagi, bangun semula.

jangan pernah biarkan diri kita jatuh selama-lamanya, tolong jangan.

Allah uji kerana Dia cinta. "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar" Ali Imran ayat 146

Doa Nabi selepas diuji dengan peristiwa dakwah di Taif ini sangat menyentuh hati. Betapa kerdil dan lemahnya diri kita.

“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah dan Engkau jugalah Tuhanku. Kepada siapa Engkau serahkan aku ?

Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku.

Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.” [Sirah Nabawiyah : Mustafa As-Sibaie']





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 14, 2013

Solat Subuh.

Salaamun 'ala manittaba'al huda

Solat Subuh. Kenapa dengan Solat Subuh?

kadangkala, kita tidak mampu menjaga Subuh di awal waktu bukanlah kerana mata kita yang keletihan atau kepenatan pun, tetapi kerana hati kita yang telah penat dan letih.

kalau benar mata yang letih dan penat, maka mustahil mampu bangun untuk menonton perlawanan bola 2-3 pagi, all-out untuk ulangkaji sebelum hari exam dan sebagainya.

bukan mata yang penat sebenarnya.

 bukan tubuh yang letih atau sakit.

 tapi hati yang letih telah menyebabkan "tercipta" semua alasan itu demi membenarkan kita untuk bermalas-malasan dalam menjaga hak Allah yang pertama di pagi hari dalam diri kita.

sakit, penat biasanya sehari dua saja, tapi kalau sudah berhari-hari, itu mungkin antara tanda hati kita bermasalah.

checklah semula. Luruskah hati kita ketika berada di atas jalan yang lurus.

 penah seorang makcik pesan "kalau nak cari suami yang hebat, cari di masjid pada waktu subuh. saf paling belakang tak apa, yang penting ada.."




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 31, 2012

Bersangka Baik Dengan Allah..

"serius aku frust dengan result aku. Aku pulun study, dapat 6A je? sedih kot."

"kenapa mesti aku yang kena musibah ni? keluarga orang lain best kot. Semua cukup."

"aku tak faham, kenapa dia tipu aku? Khianat aku?"

"bengangnya rasa. Cikgu ni pilih kasih. Aku buat apa semua nampak salah. Budak tu buat apa semua cikgu puji."

Hm. Meh sini duduk sebelah aku diam-diam. Jangan sedihlah. Semua yang berlaku, mesti ada sebab. Ada hikmahnya. Dah dah, jangan menangis. Kadang tu, benda yang menyakitkan kita sekarang, akan menguatkan kita pada masa akan datang. Sabarlah. Kau ada Allah. Percayalah, sekali kita utamakan Allah dalam hidup, kita dapat rasa bahagia tu.

 Nak bahagia di syurga, kenalah rasa sakitnya penjara dunia. Kalau nak rasa nikmat syurga dunia, nanti rasakanlah pula seksa neraka.

Nak tahu satu rahsia tak? Rahsia macam mana para mujahid dulu-dulu sentiasa nampak kental? Sentiasa bertenang walau ditimpa musibah? Rahsianya, mereka dahulukan Allah dalam setiap perkara. Bukan macam kita.

Cuba check balik diri kita.

Bila bangun tidur, mana lagi cepat? Check phone atau baca doa bangun tidur?

Bila dengar azan, masa tu kita tengah online. Mana kita dahulukan? Solat atau online?

Bila tengah marah, mana kita utamakan? Mencarut mengeji atau istighfar?

Bila nampak Al Quran dengan Handphone. Mana kita lebih teruja nak tengok dulu? Phone, atau Al Quran?

Bila tengah syok layan movie, sekali tengok jam dah sesuai untuk solat dhuha. Kita akan pilih solat dhuha, atau teruskan menonton? Dengan alasan, "Ala solat dhuha tu sunat je. Bukan wajib pun."

 Bila terbangun tengah malam, kita choose untuk sambung tidur, atau solat sunat dulu?

Kadang-kadang kita terlampau marah dengan aturan Allah, sampai terlupa, kita lahir ke dunia ni pun atas aturan Allah juga. Betapa sikitnya kita bersyukur, sedangkan kita ada banyak masa yang kita kufur.

*senyum*

Dah dah. Jangan sedih bila ditimpa musibah. Kita kan ada Allah? Dia tak pernah tinggalkan kita. Walau manusia lain jauhi kita, walau manusia lain benci kita, walau manusia lain tinggalkan kita, Allah masih setia bersama kita. And yet, kita masih sibuk nak cari perhatian manusia. Kita rakus nak dapat perhatian manusia, sampai lupa yang Allah sentiasa berikan perhatian pada kita.

Tangan kanan sentuh dada. Tutup mata. Lafazkan, walaupun perlahan.

"Sangka baik dengan Allah. Walau mati ditengah jalan, pasti segalanya sudah tertulis dalam aturan. Bahawa segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang aku sendiri belum tahu. Yakin, Allah itu tak pernah salah."

*senyum*

Terlupa pulak tahun baru dah nak masuk. Apa azam kalian?

Jom kita azam bersama. Kita bangun solat malam. Boleh? Ala kenapa tak boleh? Kita jaga hubungan kita dengan Allah. Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia. Dalam setiap tindakan kita "hablu minnallah" dulu, kemudian baru "hablu minnannas".


Bangun malam, solat sunat. Doakan kejayaan kita. Kita semua, boleh? Aku doakan kamu, kamu doakan aku. Aku doakan ukhuwah kita sampai syurga, kalian doakan ukhuwah kita sekencang dakwah. Amacam? Bersatulah, bersatu kerana Allah! Inilah kisah cinta kita. Kisah cinta kita, berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.

Bila nampak ada yang terjatuh, walaupun baru saja berazam tahun baru, janganlah cepat mengutuk. Bantu, kawan. Bantu. Andainya aku jugak jatuh, tarik aku. Begitu juga sebaliknya.

Jom kawan, amalkan baca Al Quran paling kurang sehari satu muka surat. Jangan baca saja tapi fahamkan. Amalkan sentiasa berwudhuk. Jom kawan, kita berukhwah sampai syurga.

Takmil wa istikmal gitu boh! Jom kawan, lari sama-sama dengan aku di atas trek dakwah ini! Lari jauh-jauh dari jahiliyah! Cepat kawan, masa kita tak banyak, dah singkat!

SAYONARA JAHILIYAH! KAMI BERLARI MENUJU MARDHOTILLAH!

OHAYO TARBIYAH! KAMI DATANG UNTUK BERSIHKAN DIRI DARI KARAT JAHILIYAH! NAK BINA GENERASI HARAPAN UMMAH!









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 23, 2012

25 Dec Boleh Ucap Ke Tak?


Daud: macam mana natalmu?

David: baik.. kamu tidak mengucapkan selamat natal padaku?

Daud: tak, agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu. tapi masalah ini, agama saya melarangnya.

David: tapi kenapa? bukankah hanya sekadar kata-kata? teman muslimku yang lain, mengucapkannya padaku?

Daud: mungkin mereka belum mengetahuinya.. David, kamu boleh mengucapkan dua kalimat syahadah?

David: oh no, saya tidak boleh mengucapkannya.. itu akan mengganggu kepercayaan saya...

Daud: kenapa? bukankah hanya kata-kata? ayuh, ucapkanlah...

David: maaf, saya tidak bisa mengucapkannya..

Daud: sama sepertimu, jika saya mengucapkan selamat natal kepadamu, itu akan mengganggu kepercayaanku. sebab jika saya mengucapkan selamat natal, sama saja saya mengakui kelahiran nabi isa sebagai tuhan.

David: ok..ok.. sekarang saya mengerti dan faham...

but there are many ways to wish. jangan sebab perkara kecil macam ni islam di pandang sempit...

kita boleh ucap... tapi macam mana? bagaimana?

sebagai contoh... "Enjoy your Christmas...." Its easy right? 

mohon lepas nih kamu semua tahu dan faham. andai tak faham lagi,boleh rujuk ustaz dan ustazah kalian")
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 19, 2012

Choose well~

"aku nak berubah, tapi orang macam tak support aku lah."

"kawan-kawan aku ejek aku bila tengok aku pakai stokin, hand sock. dia kata dah taubat, tapi nanti buat dosa semula."


 "aku malulah. setiap kali aku nak buat baik, ada je suara sumbang mengejek."

"orang tak puas hati dengan perubahan aku."

"ada jugak yang cakap aku yopo. aku pun tak tahu sebab apa. mungkin atas sikap aku. mungkin...." *jungkit bahu*

dan banyak lagi contoh situasi bagi orang yang baru nak berubah. dihentam dan terus dihentam. *lap air mata*

alaa chill lah beb. *pujuk diri*

aku tak kata nak berubah tu senang. payah wo!

berubah tu senang. istiqamah itu yang payah.

*sandar dekat dinding*

bayangkan, hidup di dunia ni sekejap saja. Tak lama. Contoh kita dah hidup dua puluh dua tahun, kita dah lalui macam-macam perkara sepanjang tempoh dua puluh dua tahun tersebut. Once malaikat maut tarik nyawa kita, kita akan rasa hidup ni sekejap. Malah, sangat singkat yang teramat sangat.

masa tu, haa nak buat apa? Nak suruh malaikat maut tunggu, sebab kita nak solat taubat? Tak sempat.

tak sempat dah nak buat apa-apa. Masa tu kita akan rasa, dua puluh dua tahun yang kita rasa lama, sebenarnya sangat singkat. Sangat sangat singkat. Bila tiba hari kematian, baru rasa semuanya yang kita dah buat dalam hidup seperti satu pembaziran.

*betulkan spec*

aku, kau, dia, mereka, kita, kami, anda. Hidup kita tak selama yang kita sangka. Mati kita bila-bila.

ramai orang tengah sihat Allah tarik nyawa, ramai jugak yang sakit tak mati-mati. Itu tanda, ajal itu boleh datang bila-bila masa. Kena siap sedia sentiasa..


kita tahu mati itu pasti. Tapi kita tak yakin. Kan?

kalau betul kita yakin, tahap apa keyakinan kita. Kita kata, ya aku bakal jenazah. Tapi persediaan kita? Macam tak ada. Masih bahagia dengan dunia, layan benda-benda lagha macam Allah tak murka, tinggalkan solat jadi perkara biasa, lewatkan solat boleh kata, "rilekslah, belum habis waktu lagi." 

itu belum bab mengutuk mengumpat. Belum bab menipu dan mencuri. Belum bab betepuk tampar dengan ajnabi. Belum bab tak baca doa lepas makan, doa bangun tidur, doa masuk tandas, hatta doa lepas solat pun kita malas!

sebenarnya kita nak yang mana?

mulut kata, "mestilah nak redha Allah!"

hati kata, "tapi aku sayangkan jahiliyah."

mulut kata, "jom kita sembah Allah."

hati kata, "alaa tak payahlah solat subuh berjemaah. mengantuk kot."

mulut kata, "aku nak berubah."

hati kata, "alamak, mesti payah."

kita nak yang mana?

redha Allah dalam kebencian manusia. atau redha manusia dalam kemurkaan Allah?

nak syurga dunia dan neraka selamanya. atau penjara dunia dan syurga selamanya?

nak hidup bertuhan, mati beriman. atau nak hidup dalam khayalan, mati dalam kekufuran?

sama ada kau, aku, dia, mereka, awak, anda, kalian, kita, semuanya tak terlepas daripada ujian. Malah, ujian nafsu dan iman memang sentiasa jadi cabaran.

jom bangun! Sama-sama jadi mukmin hebat. Pagi seperti singa di rimba, tak gentar walau berhadapan dengan berjuta musuh-musuh agama. Malam bagai rahib yang menangisi dosa-dosa, taubat dan keinsafan, menghabiskan waktu bersama Ar Rahman. Baru gempak!

aku akui, dan aku sendiri merasai jadi baik tak semudah jadi jahat. Nak lawan nafsu tak senang. Tapi nak masuk neraka memang kita tak akan mampu bertahan punya.

cuba bayang.. 

kita terjun dari pokok rambutan ke tanah, di atas tanah tu ada paku. Kita lompat, directly kaki terpijak paku. Sakit tak? Konfem sakit jiddan lah kan? Kalau itu pun tak mampu tahan, apatah azab Allah yang lagi mengerikan? Sumpah aku tak berani nak rasa seksa neraka. Seksa kubur juga minta sangat dijauhkan.

semoga kita semua tergolong sebagai manusia yang hidup dan mati dalam keimanan.

manusia benci kita sebab kita berubah ke arah yang lebih baik. Allah benci bila kita pilih untuk terus hidup dalam jahiliyah. Choose well.


teringat balik, dulu masa duduk dalam suasana tarbiyah, akulah manusia yang paling selalu ponteng usrah. leceh, penat, banyak benda nak buat. nak balik rumah. rindu mak ayah. itulah alasan. dan sekarang aku betul-betul rindu dengan suasana itu. rindu....sangat rindu...andai masa itu boleh di putar..... *lap air mata*







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 13, 2012

Siapa Daie?

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

bila ada ujian, kita lemah.

bila diberi dugaan, kita mengalah.

bila diberi kerja last minute, kita mengeluh.

bila dimarah, kita melenting.

bila diajak berbalah, kita tak nak kalah.

bila terbangun tengah malam, kita malas nak qiamullail.

bila nampak Al Quran, saja kita biar tak bersentuh.

bila terimbas kenangan lama, kita down.

bila orang ungkit kesalahan kita, kita marah macam orang separa gila.

come on, kita ni daie. Daie. Kita ni daie. Bila namanya daie, apa-apa yang dirasakan 'tak nak buat' itulah yang kita kena buat.

rempuh saja nafsu. Sampai bila nak jadi hamba pada nafsu? Sampai nyawa dah sampai di kerongkong baru tahu nak bertaubat? Baru gelabah nak buat amalan? Masa tu dah terlambat, sangat.

bila kita mati, segala apa yang ada di dunia terputus serta merta. Kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak-anak yang soleh.

alahai....

apa kita ni ada ke amal jariah yang boleh bantu kita berterusan dalam kubur nanti? Nak keluar duit seringgit dalam tabung masjid pun payah. konon nak harap pahala amal jariah.

doa anak-anak yang soleh? Aku tak ada anak lagi. Kahwin pun belum lagi. Anak tekak ada lah. Jadi terlepaslah chance ni. Fuh. Bayangkan saja aku mati muda. Dua peluang dah terlepas. Sedekah jariah, belum tentu lagi. Doa anak soleh? Aku tak ada lagi.

ilmu yang bermanfaat. Ini.. Aku risaulah juga. Apa sangatlah ilmu yang aku dah sampaikan. Nak harap ia berterusan. Ergh. Memang terlepaslah chance macam ni. Pendakwah apa macam ni. *sandar dekat dinding*

jomlah. Rempuh nafsu. Pendakwah, mana boleh lemah! Bangun, ummah perlukan kita. Bangun, Islam rindukan pejuang muda. Bangun, jadi pemuda pemudi harapan agama. Bangunlah! Bangun! Face realiti yang jahiliyah cuba kuasai hati kita. Satukan jiwa kita dalam kesatuan Islam. Bersatu kita atas satu jalan. Jalan dakwah.

"tapi aku bukan ustaz, ustazah nak jadi pendakwah..?"

 aikk takkan hampa nak tunggu jadi ustaz, baru hampa nak start. Come on lah, setiap daripda kite adalah daie..


"tapi aku busy, Quran pun aku tak sempat nak baca. Aku ada kerja nak buat, tak boleh pergi solat kat masjid." Aikk..alasan lagi. Baca Al Quran tak sempat, baca mesej awek/pakwe panjang berjela macam karangan tu sempatlah kan? pergi masjid tak sempat, tengok cerita korea petang-petang tu boleh pula kan?

dipukul ayat sendiri. Peh sakit. Mohon diri sedar sikit, hidup kita bukan di alam maya, kita ada dunia yang perlukan kita. Mohon sedar diri, nasihat orang panjang berjela kalau diri sendiri malas nak amal, lebih baik terjun masuk gaung.

 apa benda kata "Qudwah qabla dakwah", that means, tunjukkan contoh dahulu sebelum mula berdakwah. Sekadar dakwah kencang, amalan kecundang buat mende oii?

memang aku suka buat tembakan tepat masuk ke jiwa. Kalau orang tak nak terima apa yang aku nak sampaikan, biar aku yang terima sendiri. Aku pun selalu sentap dengan teguran sendiri.

aku bukannya baik sangat. Cuma dah penat nak jadi jahat. Doakan aku. Aku sangat perlu semangat dan doa dari kalian semua.

sangat-sangat...

LA TAN-SA-NI MIN DU'A-IKUM
jangan lupakan aku didalam doa tuan-tuan.

------------------------------------------------------------

tiba-tiba aku rindu dengan anak saudara aku seorang nih. aku ceritakan sedikit pasal dia boleh? Dia anak kelahiran negeri johor. Mak ayahnya berasal dari johor. Tapi orang panggilnya "Mek" seolah-olah dia anak kelahiran negeri cik siti wan kembang. Aku pun tak tahu kenapa.


dia dari kecil sudah menjadi daie. Sebab apa aku cakap macam tuh? Dia tidak akan penah membuka tudung, memperagakan mahkota wanita di depan ajnabi. Di saat sepupu  kecilnya yang lain sedang di lena dibuai mimpi, dia bangun untuk solat subuh tanpa dikejutkan oleh ibunya. 

disaat  kami membuat kenduri arwah, dia duduk di sebelah aku untuk turut sama membacakan tahlil untuk arwah wan dan atuknya walaupun dia tidak penah melihat arwah. Bacaan yassinnya sangat lancar.

bila ditanya kenapa mek tidak turut serta dengan sepupunya yang lain bermain kejar-kejar diluar. Ini jawapannya

"biar mereka tengok mek masuk baca yassin, nanti diorang akan ikut sama. Nak main lepas baca yassin pun boleh.."

ia ini lah yang dinamakan dakwah. Walaupun ia nampak remeh tapi besar harapan anak kecil ini, bila dia buat sesuatu yang boleh meningkatkan keimananya, dia mahu sepupunya yang lain akan turut sama buat. Bukan kerana dia tapi kerana Allah. Setiap daripada kita adalah pendakwah. Nak dakwah bukan dalam masjid atau surau saja, atas pandang bola pun kita boleh berdakwah.

Nuratiqah Alya moga menjadi anak yang soleh. moga jadi pemuda pemudi harapan agama, insyaAllah. tarbiah jiwa, tarbiah iman. tarbiah dari pengalaman. muhasabah dari kehidupan. Allah, bantu aku, dia dan mereka kuatkan iman.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 28, 2012

Sayang Dan Terlalu Sayang..

kau lihat jalan aku mudah,
kau kata family aku supportive,
kau nampak aku ceria ketawa,


tapi kau tak tahu mehnah,
Dia tetap ada untuk aku.
kau kata aku kuat, kau kata kau lemah.
tapi kau tak tahu, sebab kau aku kuat.
sebab Dia, aku bertahan.
akhawat fillah, aku cinta banget dengan kalian.

aku tahu,
Dia yang ubah aku,
Dia yang temukan aku dengan jalan ini,
Dia juga temukan aku dengan kalian.

dan hanya pada Dia,
aku mohon, aku doa, aku rintih.
moga kita terus sahabat.

bukan aku ego,
bukan aku hati kering,
tapi aku tak boleh tunjuk air mata.
aku malu.
apalah sangat mehnah aku terima.
berbanding dengan kalian.

 dulu mungkin ya,
aku tak matang,
sikit-sikit aku nangis,
sikit-sikit cengeng,
sikit-sikit mengadu.

tapi kalian,
bukan mudah menjadi "KITA" yang kini
seriously.

memang impian aku semua indah-indah belaka.
kalau lukis, dapat warna-warni persis pelangi.
tapi kau pun tahu bukan, Dia bagi ikut yang terbaik untuk kita.
bukan ikut suka hati kita.

kalau satu hari nanti aku dah tiada,
tak boleh ligat lagi,
tak boleh pimpin tangan bersama kalian lagi,
tak mampu bersuara lagi,
tak mampu tersenyum lagi,
aku mohon,
ampunkan aku.
maafkan aku.
doakan aku.


aku sayang, sayang...
malah terlalu sayang dengan kalian semua.
Akhawat fillahku. Abadan abada! Biiznillah.
LOTS OF LOVE <3 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .