Jom Follow!!!

Friday, May 20, 2011

Kenapa Sembah Kaabah ?

 
Persolan daripada seorang yang bukan islam..
 
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu ?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa ?"

"Secara terjemahannya rumah tuhan kami..Rumah Allah"

"Allah ? Allah ada dalam tu ?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau tuhan kamu tak ada dalam tu ?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Habis kamu sembah apa ?"

"Saya sembah Allah SWT"

"Jadi kenapa sembah bangunan tu ?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tegok perlawanan bola dalam TV ?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola ?"

"Tengok perlawanan bola la..apa la awak ni.."

"kat mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu..tengok kat dalam tv ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv tu, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak ?"

"Tak.. saya tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pelik pulak..awak ni macam tak pernah tengok bola dalam tv pulak"

"Ye la..awak cakap tengok perlawanan bola.. sedangkan saya tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yang ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah saya sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah SWT.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. ya la..awak betul.."

Ya Allah moga terbuka pintu hati dia untuk memeluk islam satu hari nanti..
Amin Ya Rabbal ' Alamin.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Abu Huzaifah said...

nice info.. usahlah kita gentar jika org bukan Islam cuba mencabar kita.. kita hanya tegak kan kebenaran Islam.. smoga dpt keinsafan.. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright •.¸❤SuBuHmEnJeLma•.¸❤ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .